Pagi-pagi lagi mak dah kejut suruh
hantar dia pergi pasar tani. Awal pagi pulak tu. Aku macam biasa sebab tak
biasa mandi berairkan air sejuk (rumah kampung, mana nak adanya water heater), terpaksalah teman mak
dengan berbekalkan cukup sekadar membasuh muka jek.
Tak sempat nak panaskan enjin kereta
aku terus tukar gear ke D, tanda memang nak cepat pergi dan cepat balik. Mak
rilek-rilek jek dok kat sebelah sambil membetulkan tudung dia yang aku tau tak
sempat nak sarung habis tadi. Baru jek tayar nak bergolek dalam tiga golekan,
aku terberhenti.
“Laaa, ni dah kenapa pulak berenti
tiba-tiba?” Mak dah mula nak buat muka kompius dia.
“Lupa nak amik lesen. Akak letak atas
meja semalam. Japlah, nak gi amik lesen dulu.” Tak sempat aku nak cabut
seatbelt, mak dah halang aku.
“Dah tak payah. Berapa kali mak cakap,
jangan nak patah-patah balik kalau dah keluar rumah. Tak elok.”
Ah, sudah mak aku ni. Tak habis-habis
dengan pantang larang dia. Tak taulah mak engkorang macam mana. Tapi mak aku
memang selalu ajar macam tu. Pantang sungguh dia kalau orang dah keluar rumah
lepastu u-turn balik, nak amik
barang-barang yang tertinggal.
“Isk, mak ni. Kalau dah lesen pun
tertinggal, maksudnya dengan wallet dengan duit-duit sekali lah tertinggal
ceritanye.” Aku macam ada sedikit hilang sabar.
“Eh, duit pun tak bawak ke? Haa,
pegilah amik. Sape pulak nak bayar barang-barang mak kejap lagi.” Mak senyum
comel jerk. Aku cuma geleng kepala
senyum tengok mak aku yang comel tetibe pagi ni.
Kesudahannya, mak balik dengan barang
yang penuh satu bonet. Ceritanya, apa saja jenis ikan dia tak amik, kalau boleh
satu pasar dia nak borong. Bunga India buat pergi sembahyang tu pun kalau boleh
dia nak beli. Nasib baik aku sempat halang dengan jelingan mata.
**************************************
Patah balik. Aku banyak dengar kisah
orang yang dah putus hubungannya tapi berpatah semula pada pasangan dia yang
dulu. Mungkin dengan alasan memberi peluang kedua. Mungkin nampak akan
kesungguhan dari si dia yang nekad untuk sekali lagi menjadi yang terbaik dalam
hidup mereka. Atau mungkin menempah maut sekali lagi. Mungkin. Semuanya satu kemungkinan.
Sebenarnya atas alasan apa untuk kita
memberi peluang kedua? Susah untuk move on? Hati sukar untuk menerima kehadiran
orang yang lain? Pernah bersumpah untuk tiada yang lain selain dari dia dan
akhirnya takut akan termakan sumpah sendiri?
“Babe, dah setahun kau single. Bila lagi nak ada orang yang
boleh jaga kau ni?”
Pelan-pelan aku sikat rambut aku bagi
jadi rupa orang semula. Aku raup muka dalam keadaan slow motion sambil tarik nafas panjang.
“Kau jangan pikir aku tak sikat rambut
takde orang nak ke aku. Rambut aku ni berserabut sebab ramai sangat yang nak
rebut.”
Ayat memang sentiasa taknak kalah.
Padahal hakikatnya dia masih lagi tersangkut pada cinta lama. Alasannya mudah.
Si dia kerap kembali untuk memadah kata. Kedatangan yang memungkinkan untuk
cinta itu bertaut kembali. Kedatangan yang tak pernah putus-putus. Malah lebih beratus
kali dari dulu. Nah, langkah yang mana harus diatur kalau yang lama masih
bertutur manis? Jalan yang mana harus ditempuh kalau yang lama masih duduk
bersimpuh?
Jadinya, perlu atau tidak peluang
kedua itu dihulur? Bagi aku, hanya satu kesimpulan yang boleh disimpulkan.
Lihat kembali cara bagaimana dia meninggalkan kau dulu. Dihumban ke tanah terus
kah? Atau dalam keadaan keterpaksaan yang tak dapat dielak? Dari situ lagi kau
patut tahu, adakah peluang kedua itu berbaloi untuk dijual kepadanya. Tapi pada
yang pernah ditinggalkan lama seperti scene Edward yang meninggalkan Bella tanpa
kata muktamad, menghilangkan diri tanpa khabar berita. Yang itu kau kena kaji
balik. Mungkin dia dah berkahwin dan datang kembali sebab tak dapat kepuasan.
Chill okeh. Hidup bagaimanapun tetap perlu diteruskan.
“Peluang
pertama mungkin terbazir kerana kita masih dalam proses suai kenal, mungkin
peluang kedua adalah langkah terbaik untuk kita corakkan bersama. Segalanya
adalah suatu kemungkinan.” SD






