Saturday, 24 August 2013

How to treat your woman


"A man who treats his woman like a princess is a proof that he has been raised by a queen."
 - Wiz Khalifa

Sehina-hina seorang perempuan, aku tak rasa dia patut kena pukul dengan lelaki. Sedap mulut panggil perempuan whore, bitch, sundal, kau tu takde telur ke nak pukul perempuan? Mak cik aku pernah pesan, kalau boyfriend pernah pukul, janganlah kahwin dengan dia. Perempuan, perlu dibelai, perlu dijaga. Kalau buat salah, bimbing. Pukul sampai lebam, akan buat perempuan tu takut dengan kau je. 

Okay maaf, ter-emo. Seriously dude, you gotta know how to treat a woman. Selain jangan pukul perempuan..


1. "I love you"
Ada jenis lelaki yang ada girlfriend tapi payah betul nak cakap I love you. Ye tau la more than words, action speaks louder than words tapi perempuan nak la jugak dengar I love you, so that dia rasa secure sikit. Takde lah setiap malam tertanya kau sayang dia ke tak. Kalau malu, you can always be romantic. Bagi la kad ke, lukis ke. Be creative.

2. Fokus
Masa sekolah dulu, cikgu English korang ajar tak beza hear & listen? Senang cerita, listen is when you pay attention and hear is when you are aware of the sounds coming through your ear but you are not paying attention. Perempuan (atau mungkin aku je) tak suka ulang benda yang sama banyak kali. Semalam dah pesan, harini nak kena cakap lagi, esok ulang lagi. Cuba bila perempuan cakap, dengar betul-betul. Kalau tak dengar, memang lah kitorang bebel.

3. Jaga mulut
Perempuan ni kan hati lembut. Kalau marah, tolong lah jangan keluar ayat hina caci maki ugut ungkit dari zaman tok kaduk. We fall for words, so kalau ayat manis boleh cairkan kitorang tak mustahil ayat kurang ajar mulut kau tu boleh buat kitorang tawar hati nak dekat kau. Don't blame us.

4. Menunggu
Jangan buat perempuan tunggu kau please? Ajak jumpa pukul 3, tapi pukul 5 tak sampai lagi. Amboihhh. Rupanya kau tidur. Amboihhh. 

5. Keluarga
Kalau girlfriend kau gaduh dengan bapak dia ke kan, kau jangan mengada nak kutuk bapak dia. Kau siapa? Jangan hina family/keturunan girlfriend kau. Ni patut no 1 sebenarnya tapi aku malas nak edit letak atas. Ni paling penting woi. Jangan cakap apa-apa yang buruk pasal family girlfriend kau. Tau la nak kahwin dengan girlfriend kau, bukan bapak dia. Tapi dari baby, kau ke yang jaga tanggung makan minum girlfriend kau? Eleh, keluar dating pun girlfriend keluar duit.

Okay lima je la kasi. Banyak lagi sebenarnya tapi common sense la. Jangan kritik, jangan selalu nak menang, make her feel special, yada yada. Sempena kempen 'Love your woman, Defend your country', cuba kita sama-sama hayati, boleh?




Wednesday, 21 August 2013

Save, respect, appreciate.

Terus-terang aku tekankan di sini yang aku bukan la seorang feminist mahupun pejuang hak wanita dalam usaha mencapai equality between both men and women. Bagi aku, equality is a very strong word. Dan bagi aku, sebenarnya perjuangan untuk bersuara secara lantang dan perbentangan perihal fakta berkenaan isu ini sepatutnya tiada, tak perlu wujud pun. Kenapa?

Because the way you should treat a human, regardless of any gender, is common sense.

Aku rasa ini bukan sekadar masalah pencerahan tentang apa itu penindasan, apa itu penderaan dan apa itu oppression towards our women and whatnot. Tidak guna juga jika sekadar mahu menyedarkan satu pihak. Untuk menyelesaikan satu masalah, both party need to cooperate together. Masalah yang besar kebanyakannya berakar dari satu titik kecil. 

Bagi aku, tak adil untuk masyarakat sewenang-wenangnya menuding jari kepada lelaki sebagai punca penindasan terhadap perempuan, kerana percaya atau tidak, perempuan sendiri adalah salah satu punca yang besar. Banyak kes buli terjadi, terutamanya dari segi lisan, siapa yang pernah tinggal di asrama mungkin tahu dan bersetuju. Berdasarkan perkongsian pengalaman rakan dan aku sendiri, dulu para senior perempuan yang galak menutur kata-kata seperti sial, perempuan tak sedar diri, perempuan tak tahu malu, bitch dan sebagainya. Sesi kutuk-mengutuk dan merendah-rendahkan orang lain, regardless of the same gender, berlaku tanpa segan silu, especially dalam " open court " . Aku kurang pasti kalau asrama lain dipanggil apa tapi " open court " ini kononnya diwujudkan atas dasar mahu come clean, mahu menyelesaikan masalah tapi sebenarnya? Bash selagi kau mampu, kutuk dan dedahkan aib orang, maki dan caci terang-terangan. Verbal abuse.



Mungkin ada yang memandang perkara sebegini sebagai remeh, tapi pernah terfikir pasal long term effect dia? Para mean girls akan kekal berkuasa, akan rasa mereka hebat. But the victims? Mereka rasa teruk, depressed, dan hilang self-worth. Worst case scenario, they will start to believe in everything that has been said to them. Bayangkan bila seorang perempuan sendiri yang mengherdik perempuan lain sebagai perempuan murah, sundal dan sial. What do you expect will be happening to our society and country? And this is already happening in high school, tak perlu cerita effect dia kalau berlaku di peringkat universiti dan dalam keluarga sendiri. Nampak?

There will be lack of trust, even between girls. Hatred and all the negative emotions will exist. The victims will then seek for a saviour, iaitu sekalian jenis buaya di luar sana. Kalau yang bernasib baik, ya mungkin dia akan berjumpa dengan manusia bernama lelaki. Tapi banyaknya yang suka mengambil kesempatan. Perempuan yang merasakan dirinya worthless, yang kini sudah buta dan pekak hasil segala cacian dan penindasan dari kaun sejenis, ibarat pengemis. Mengemis kasih dan cinta merata-rata. Expectations mereka terhadap lelaki akan menjadi rendah, harga diri menjadi murah, seeking for any arms that willing to hold them close.


Ini mungkin juga akan menjadi titik punca di mana bila in future, dapat boyfriend lintah keparat, makan duit perempuan pun, masih bertahan atas alasan cinta. Bila diri dipukul dirogol, masih berdiam diri. Rata-rata orang yang memerhati akan berasa pelik, yang jenis prejudis dan cepat menghukum, akan lantang berkata perempuan tersebut sebagai bodoh. Percaya atau tidak, some of the victims think that they deserve it. Minda mereka sudah dibentuk dengan pemikiran tentang cinta yang kurang tepat, they even reluctant to go out and seek help. Kerana mereka merasakan berdiam diri itu lebih mudah. Apatah lagi jika ada sesetengah kaum lelaki yang memberi alasan bajingan " I buat ni sebab I sayang you ", lagi lah berkecamuk hati dan perasaan mangsa. Dilema tak berpenghujung.

So please, please note that whatever that had happened in past, whatever people say about you, semua manusia ada harga diri, ada maruah. Fight for it, stand up for yourself, dan pada masa yang sama, hulurkan tangan untuk membantu. There is nothing okay about suffering and being oppressed, fizikal mahupun mental. Kita perlu sedar, kadang-kadang perkara kecil sebegini yang membentuk pemikiran songsang masyarakat. How on Earth can we make men see that they should treat women with respect and dignity, kalau kaum Hawa sendiri memandang enteng dan sesuka hati meletakkan posisi Hawa yang lain dalam lumpur hina?

Ada juga entri-entri sebelum ini yang aku pernah sentuh pasal perempuan, harga diri dan persepsi masyarakat. Boleh baca balik Harga Murah , Confession #30 , Ovari Macho kalau mahu.

Save yourself, and then others.
Be kind to yourself, and then others.
Respect yourself, and then others.
Love yourself, and then others.

It all starts with yourself first.
Love your women, defend your country.

Tuesday, 20 August 2013

Victim Blaming


Ada sejenis mentaliti kat dunia yang aku agak susah nak faham. Aku kata dunia, sebab aku tau benda ni bukan jadi kat Malaysia je satu dunia pun wujud orang berfikiran macam ni. Victim blaming ni, maknanya kau salahkan mangsa. Contoh untuk benda ni aku ambil kes rogol, “Padan muka perempuan tu, tulah pakai seksi sangat kan dah kena rogol.” Nampak tak apa yang salah dengan statement ni? 

Statement tu menyalahkan mangsa bukannya si perogol. Jarang sangat aku tengok kalau kes macam ni jadi ada statement, “Perogol tu tak dapat pendidikan ke apa sampai tergamak nak rosakkan hidup orang?” Even dalam kes rogol SUKMA baru-baru ni pun orang ramai masih menyalahkan mangsa di mana ada statement “Dah tau diri tu perempuan kenapa nak keluar malam-malam dengan lelaki?” Ha ha ha kelakar sial padahal in the first place lelaki-lelaki tu TAK PATUT pun merogol perempuan tu tak kiralah dia mabuk ke sedar ke.

Baru-baru ni aku ada nampak satu post kat Facebook, meletak gambar perempuan dalam keadaan baju tersingkap semua lepastu ada caption “Hentikan gangguan seksual terhadap lelaki.” Kahkahkahkah. Maksudnya kat sini kalau perempuan tu tak menutup aurat (tak jugak sebab gambar digunakan semua wanita bertudung cuma tak menutup completely lagi) kira gangguan seksual terhadap lelakilah camtu? Habis tu aku tak nampak pulak gambar lelaki pakai shorts or shirtless dikatakan gangguan seksual terhadap perempuan? 

Aku tak nampak pulak bila kat padang bola bila lelaki pakai shorts atas paras lutut ada orang jerit “Hoi hentikan gangguan seksual terhadap perempuan!” Kau nak tau benda apa yang lagi sedih? Komen-komen kat situ semua jijik. Jijik gila. Aku malas nak tulis balik kat sini tapi rasa korang boleh agak kan apa yang ditulis, “Memang saja mintak kena rogol” tu memang statement yang sentiasa diulang.

Adik-adik sekalian, nak bercakap dari sudut pandangan agama? Meh akak provide view agama Islam yang dianuti kebanyakan orang yang mengomen dengan jijik tu. Adik-adik lelaki yang sibuk nak merogol orang sebab tak tutup aurat tu dalam Surah An-nur ayat 30, “Tell the believing men to reduce [some] of their vision and guard their private parts. That is purer for them. Indeed, Allah is Acquainted with what they do.” Atau translation dalam bahasa Melayunya “Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka.“ Aku lagi suka translation English tu sebab lagi jelas dia kata suruh guard their private parts kalau kehormatan tu masih guna ayat berlapik. Ayat 31 pulak menyuruh wanita menutup aurat. Tetapi tak ramai orang nak quote ayat 30, kenapa?

Meh sini nak bagitau, kalau perempuan tu pakai seksi mana pun masih tak justify perbuatan si perogol tu merogol perempuan seksi tu. Kenapa kau rasa perempuan tu layak dirogol sebab cara pemakaian dia? Takde siapa pun kat dunia ni layak dirogol, aku nak kau ingat benda ni tak kira apa pun walaupun perempuan itu pelacur. Faham? 

Bila kau kata no wonderlah kena rogol seksi habis, aku tanya kau balik ni kenapa pulak? Adakah lelaki ni tak boleh berfikir dengan akal sendiri, takde kemampuan nak mengawal perbuatan sendiri padahal Allah dah berikan akal sampai nampak perempuan seksi je nak merogol? Adakah di sini kau nak kata lelaki ni lemah sampai nampak visual yang mengghairahkan dah nak merogol orang? Quoting an article, “we treat men like animals who can’t help themselves, and we expect women to police themselves to protect themselves from men as if they were beasts.” Jadi adik-adik especially lelaki fikir 2-3 kali sebelum kau buat statement sebab dekat situ kau sendiri merendahkan martabat diri kau seperti tak punyai akal nak mengawal nafsu. 


Sejujurnya, aku rasa benda ni patut diajar kat sekolah. Cara pemikiran yang ada orang layak dirogol tu patut dibuang jauh-jauh dan ajar orang untuk TIDAK merogol instead. Kita patut berhenti cakap kat budak-budak perempuan masa diorang nak keluar “jaga diri, takut jadi apa-apa.” Fikir balik sebelum kau kata kat orang yang diorang layak dirogol, fikir balik sebelum salahkan mangsa, fikir! Apa-apa pun pemakaian seseorang wanita tak menghalalkan rogol. Nothing, absolutely nothing will justify sexual assault or rape.

Friday, 16 August 2013

Cinta kau pada ‘abang senior’




Babe, kau ingat tak masa sekolah dulu kau ada minat seorang abang senior ni? Alaa yang konon ‘hot stuff’ kat sekolah menengah kita. Kalau nak ikutkan takdelah hensem mana, kacak lagi Remy Ishak aku. Kau ingat tak?

Dulu kau selekeh, comot, pakai tudung pun senget, budak sekolah biasa je, tak setanding dengan abang pengawas pujaan ramai tu. Kau ingat lagi tak yang kau suka curi pandang dia masa perhimpunan. Yelah, dia kan pengawas, selalu kat depan conduct assembly. Lepas tu, jalan-jalan tengok pelajar dan sebenarnya it was just too obvious dia nak tayang muka hensem dia tu kat juniors.

Kalau kau masih ingat, Abang Syed sedar kau suka dia sebab kau ni transparent sangat. Orang sekeliling boleh baca dari reaksi kau setiap kali terserempak dengan dia dan bila dia lalu sebelah, belakang, tepi kiri kanan.

Kau ingat tak, dulu dia pernah mainkan perasaan kau. Seingat aku yang dia perli cakap muka kau tak lawa, sudah lah pendek, ada hati hendak kat dia. Kau diamkan saja, tahu lah ramai perempuan melekat dekat dia, separuh sekolah gamaknya. Tapi standard la kau tak dilayan, kau minat orang glamour. Alasan bodoh kau, masa umur 5 tahun, korang berdua belajar di tadika yang sama, tinggal dekat kawasan kejiranan yang sama. Piraaahh. Kecil-kecil dah pandai nak bercinta. Tapi sadisnya bila, dia hanya pandang kau sebelah mata saja.
Sibuk dia kejarkan akak Nora yang sekelas dengan dia masa Tingkatan 5. Aku tak nafikan akak tu memang lawa pun. Baik sangat orangnya. Tapi honestly pada pendapat aku masa tu, aku tak rasa dia layak dapat girlfriend yang baik dengan perangai suka recycle perempuan dia tu. Ya, aku bukan Tuhan untuk nilai kelayakan orang lain tapi yang aku pasti aku berpegang pada prinsip ‘perempuan atau lelaki yang baik adalah untuk lelaki atau perempuan yang baik’.

If you still remember, ada satu hari tu dia terlanggar kau, tapi dia langsung tak pandang muka kau apatah lagi minta maaf. Sudah tu kawan-kawan dia punyalah sakan gelakkan kau yang basah lencun kena air sirap yang tertumpah. Kau pun diam, tak marah dia. He had such a big ego and you had the least bit of pride.

Masa hari terakhir persekolahan dia, lepas selamat habis je peperiksaan SPM tu, kau ada bagi surat dekat dia nak minta maaf kalau-kalau dia rasa tak selesa kau ada pandang-pandang dia. Truthfully, aku rasa kau bodoh masa tu. Minta maaf? That was something that you shouldn’t have done since I bet he didn’t even notice all the hints given and most importantly YOU. He didn’t feel your existence at all. Kenapa kau suka lelaki macam tu? Well, mungkin betul orang kata ‘you can never forget your first love’. If that, between you and him can be considered as ‘love’.

Lama kau minat dia dari tingkatan satu sampai tingkatan empat. Hinggakan selepas dia berhenti sekolah kau tak boleh move on lagi. Dulu perangai umpama kau awek dia, frust menonggeng cinta terhenti separuh jalan. Cinta ke? Lagi-lagi bila dia habis sekolah menengah terus dia pindah rumah sekali. Kau memang pencinta setia. Cuma, aku jelas dan faham akan hak Abang Syed untuk terima atau tolak cinta sesiapa pun. Cinta, manusia tak boleh paksa dan tak perlu dipaksa.

Bila kau cerita kat aku bulan lepas kau jumpa dia,kau cerita dia cuba berborak dengan kau. Terus aku teringat macam mana dulu dia tak pandang pun kau. Tambah menyampah aku bila kenangkan masa dia gelakkan kau jatuh main cop tiang dulu. Nak tolong memang jauh sekali. Nasib baik kawan dia, Abang Ijat ada tolong. Abang Ijat tu baik, dia tahu kau suka si Syed Amin dia siap tolong pass kan surat. Lepas tu, tup tup kau pulak dapat surat luahan perasaan daripada Abang Ijat. Masa tu memang aku gelak berdekah-dekah. Tak sangka comot-comot kau ada peminat. Rupa boleh tahan pulak tu.

Dah dekat 8 tahun, kau kata kau jumpa dia masa kau teman Abang Ijat pergi reunion alumni sekolah kan. Aku tak dapat bayangkan macam mana muka terkejut dia bila tengok kau. Sekarang dah makin cantik meletup, tak sangka kau makin besar makin ayu, terpampang muka kau dekat front cover majalah Hijabista. Cehhh, nak kembang la hidung tu. Tapi apa-apa pun sebagai kawan meh aku bagitahu, memang aku lagi cantik la kan. Haha. I’m proud and happy for you babe. Padan muka Abang Syed melepas.

Lepas 8 tahun, lebih 10 kali dia pandang kau eh? Ke kau perasan lebih ni? Tapi pertemuan semula macam ni, kau rasa jodoh ke?




P/S: Macam KAU, aku ada kisah cinta-sekolah-menengah yang sama.

Wednesday, 14 August 2013

Confession #34


" You, maaf. Selamat hari raya. "
Pendek, ringkas, padat ayat yang diterima.
Nasib baik lah aku jenis yang suka meletakkan pertimbangan rasional dalam aras pertama tindakan, berfikir dua kali itu penting. Kalau tidak, aku rasa bersepai juga dua tiga pinggan. Berpisah hati mahu rasa gembira atau rasa ralat, tapi sudahnya bila puas berfikir selama lebih lima belas minit untuk reply, masih kosong. Aku rasa kosong. Jadi aku biarkan. 
" Is your 'maaf' really for maaf or just for hari raya? " Dengan penuh angkuh, aku tekan send. Tujuh puluh dua jam selepas itu.
Hendak buat bagaimana, hati masih lagi rasa berat, rasa sakit yang dia calit masih berbisa. Parut pun belum hilang sepenuhnya. Aku fikir, after all this time? Kenapa sekarang? Kenapa maaf tidak diluah pada hari biasa? Habistu aku selama ni meraung melolong dalam diam, wajib terima maaf dari dia?

" Entah ikhlas ke tak ikhlas tu. " bisik aku sendiri. Aku angguk, perlahan termakan kata pujukan syaitan.

Mungkin dia pun terkejut, aku pun terkejut dengan keras hati sendiri. Jari-jemari masih menari nari di atas huruf huruf yang ada, niat di hati mahu menambah pedas atas luka. " Biar, biarkan dia rasa! " bentak dendam dalam hati.

Tapi itulah, sungguh, aku tak rasa bangga dengan ego yang likat, liat melekat dalam hati. Sebab benci itu bukti yang kasih masih ada. Cuma tidak redha, cuma tidak pasti dengan perasaan sendiri. Sambil sambil mencicah nasi impit dengan ayam masak kicap dan emosi semakin stabil, aku hadamkan balik situasi. Putar balik segala yang aku  mampu ingat. 

Terima kasih, sebenarnya. 
Tanpa rasa sakit yang dia beri, bila entah aku mahu bersyukur dengan sekelumit rasa bahagia? Tapi aku manusia. Maaf sebagai satu idea yang tak terluah, lebih mudah. Bukan senang hendak lupa, apatah lagi bila dari jauh, aku tengok dia senang lenang gembira. Orang kata, mungkin sakit tersorok, siapa yang tahu. Tapi itu dia, aku pun masih serabut menyimpul jaringan takdir yang tiba-tiba putus. Aku mahu dia belajar, ya, kesilapan itu mudah dan murah, tapi maaf itu mahal. 

Dibiar dua sayap berlari,
ditikam sayang dua hati,
masih berat memori berisi janji,
mohon pergi, jauh dari sini.

Tuesday, 6 August 2013

#SHRMZB

  

Hai readers Terfaktab Zine. Masing-masing dah ada kat kampung ke? Baju raya dah siap? Kuih raya berapa balang tahun ni? Kuih raya buat atau main kuih Harry Potter jek?  Sampul duit raya semua dah berisi ke atau hanya sekadar sampul kosong? Yang nak balik beraya kat kampung tu, rumah jangan lupa kunci bagi kemas. Pesan pada jiran tetangga untuk tengok-tengokkan rumah sepanjang bercuti raya nanti. Owh, masa ni lah baru nak kenal jiran kan. Manalah tahu jiran rupanya ada anak bujang / anak dara yang selama ni tak terperasankan. Nak kira dah terlepas peluang ke atau balik raya nanti dah boleh mula nak tegur-tegur jiran tetangga?

Sebab sekarang pun semua dah mood2 raya. Kira kalau nak bercerita pasal hubungan, kisah hati, rabak etc memang dipandang sepi jerklah. Cuba kalau bukak topik baju raya designer mana yang kau beli tahun ni, mahu sampai esok subuh pun tak habis lagi.

Masih lagi beraya bersama orang tersayang yang sama dengan yang tahun sudah? Ke tahun ni korang beraya dengan pakwe / makwe baru? Class kau Jah kalau tetiap tahun bertukar partner. Seronoklah dapat tayang pakwe / makwe ke sepupu sepapat yang lain. Barulah ada standard, orang tak pandang kau losers sangat. Yerklah dedulu time kecik-kecik, kaulah yang paling selekeh. Dah besar ni, haaaa. Tetiap tahun ada partner baru. Kau suke kan? 

Ke ada yang tahun ni kali pertama beraya dengan status single? Ala, kesiannya. Padan muke, siapa suruh breakup bila dah nak dekat raya ni. Tak pasal-pasal  tak dapat duit raya / kad raye dari pakwe / makwe. Orang lain seronok makan lauk raya sampai ada sikit lagi nak serupa lembu, kau kenyanglah makan tangisan di pagi raya. Sekarang ni kau nak marah aku ke sebab cakap padan muke ke kau? Rileks brader. Aku cakap cenggini pun hati ada sikit pedih jugak. Sikit jerklah tapinya. 

Menjelang Hari Raya ni dah sinonim orang semua akan mula bersalaman meminta maaf atas segala keterlanjuran yang pernah terjadi. Agak-agak korang, nak tak ex-ex korang datang minta maaf atau nak tak korang maafkan ex-ex korang? Kalau tak dimaafkan mesti akan ade ayat klise macam; "Sedang nabi pun maafkan ummat...." Lepas tu kau rasa serba salah, lepastu maafkan. Padahal dalam hati tak ikhlas dan masih simpan dendam. Ada ke yang macam tu? Eleh, jangan tipulah, mesti ade tu....

Okaylah, aku nak sambung shopping raya. Apa kau ingat orang single tak boleh beraya sakan macam orang lain ke? HELLO. Single lagi seronok hokeh. Tak payah sesak kepala nak pikir tahun ni nak bagi apa ke dia. Hiks. Okaylah, kepada semua pembaca Terfaktab Zine aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin. 

"Duit raya? Pi mintak kat Aqram. Aku takde bonus tahun ni. Kekekekeke." SD