Monday 18 November 2013

Berserah Pasrah

Aku sebenarnya benci dengan diri sendiri bila menulis entri percintaan yang rabak. 

Sebab sebenarnya, bila difikirkan semula, segala sakit, segala derita, itu semua bukan salah cinta. Kesian, sebab salah manusia yang memutarbelitkan perhubungan. Bila kata tak seiring dengan rasa, bila tindakan diselit dengan ragu, dan bila akhirnya kita terluka, senang saja kesemua hati yang parah mendongak ke langit dan menyalahkan cinta.

Aku rasa manusia masa kini perlu belajar untuk merasa manis dalam setiap yang mendatang, kedua-duanya yang baik atau buruk. Kerana masalahnya begini, kita sentiasa membina satu jangkaan, satu expectation yang tinggi. Contohnya bila kita menyukai seseorang, kita marah bila kita bertepuk rasa sendiri. Rasa malu, rasa bodoh, rasa hati kena carik. Rasa setiap sudut perasaan ditarik.

Itulah kau.
Fokus kau hanya pada yang indah.

Kau pun tahu, dalam sepanjang hidup kau yang tak berapa nak panjang ni, kau akan jumpa seribu satu orang, kekal atau tidak itu lain cerita. Dan kau tahu cinta yang abadi itu hanya untuk yang di atas, kekal untuk disanjung, kekal untuk dijunjung. Aku tak nafikan, perasaan bila bercinta itu manisnya bagaikan di syurga. Bila dua manusia berlainan jantina bersatu, halal atau haram, kau akan rasa nikmat yang tak terungkap dengan kata. Blissful, ecstatic, in seventh heaven.



Tapi kelakar sebenarnya, kelakar bila kita sebagai manusia masih boleh mendabik dada dengan bangga dan mencanang cinta terhadap benda / kejadian pinjaman dunia semata, yang mungkin esok atau lusa bakal dibunuh mati. Kelakar juga bila perasaan boleh berubah-ubah, bila senang mengaku rindu hari ini dan beralih rasa di kemudian hari. 

Contohnya, ingat tak pasal ex kau tiga tahun dulu yang kau sibuk meroyan saban hari, menangis bagai meratap orang yang dah mati? Eh tapi sekarang, kau dah bahagia pun kan dengan yang lain, dengan yang baru? Gitu.

Ini bukan setakat peringatan untuk kau, tapi untuk aku juga dan yang seangkatan dengannya. Sebab aku takut, bila dah rasa suka, bila dah terasa jatuh dalam dakapan manis cinta, selalunya aku akan lalai. Selalunya aku akan lupa. Aku alpa, manusia itu hatinya dipegang Tuhan, dan jika aku gandakan seribu satu kali kudrat dan tenaga sekalipun, jika si dia bukan jodoh aku, maka bukan lah. 

Dan selalu nya jika kau sudah merasa suka, seringkali kau membuat persediaaan fizikal dan mental untuk ke tahap seterusnya. Di mana hendak berjumpa, topup secukupnya, dan bekerja siang malam. Tapi kenapa kau (dan aku juga) lupa hendak membuat persediaan, jika si dia itu bukan kita yang punya? Pernah kau buat preparasi jiwa agar kental dan tabah jika perhubungan terputus di tengah jalan?

" Yakin kan aku Tuhan, dia bukan milikkuuu.
Biarkan waktuu, waktuuu, hapus aku. "

Memang tak pasal je lah menangis bila terfikirkan probabiliti yang mungkin terjadi sambil dengar playlist lagu Nidji. Mungkin engkorang semua cakap aku ni fobia ataupun anxious melebih, mungkin juga separa gila dan terlampau overthinking.

Tapi serious lah ni, aku tanya ni.
Pernah tak terfikir, mungkin dia tu bukan kau punya?

Dah bersedia?


11 comments:

tangan gatal said...

Bila bicara pasal pasrah...

2006 kami kapel.2008 aku fly obesea.hari-hari skype.hadiah bday xpernah miss. 2011 kami break.

alasan- "awak ni manusa yg tak romantik dan tak ade perasaan".

aku cuba pujuk balik.cinta aku jijik katanya.
"dia lagi baik"katanya.empat bulan lps tu officially ada boipren baru.

"masa awak takde lelaki ni yang ambik berat" katanya."dia romantik dan caring".dia byk suport ms awak takde" tambahnya lagi.

aku pasrah.aku kacau.aku extend.scholar kena sekat.aku takleh terima dia blah gitu je.tapi aku teruskan hidup tanpa dia.seriously lps break masa paling aku dekat dengan Allah.

2013 aku balik malaysia.lepas grad ye.bekerja dan membina kehidupan.hari ni aku pegi kursus kahwin.balik kursus ada msg di facebook.

"saya nak mintak maaf sgt2.mungkin sebab rs bersalah buat saya selalu mimpikan awak.awk mmg sgt baik."

aku tersenyum.ko punya maaf dan rs bersalah lambat 3 tahun.

p/s:aku tak suka comment di blog or facebook.tapi aku rasa hal ni buat aku rasa nak menulis.

lollybiess said...

sentiasa berfikir sehingga langsung tak mampu meluahkan rasa. takut kehilangan rasa yang aku dapat..takut hilang bahagia..takut dia bukan aku punya..bersedia pada permukaan namun tidak pada dasar

zaffe said...

@tangan gatal : well, it's good that now you can see from a different perspective :)

Unknown said...

“Cintailah apa yang kamu cintai sekadarnya saja, boleh jadi apa yang kamu cintai itu menjadi sesuatu yang paling kamu benci pada suatu hari nanti. Bencilah Sesuatu yang yang kamu benci sekadarnya saja, boleh jadi ia akan menjadi sesuatu yang paling kamu sukai pada suatu hari nanti.”
(HR. Tirmidzi)


Hati manusia boleh berubah ibarat pantai.

Unknown said...

buat cik yg mngarang karya ni...
maafkan sy klu sy ada wat slh dan silap...
sy harap anda boleh kembali sprti sedia kala...

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Belum. Tak tahu. Tak pasti. :/

Unknown said...

Taknak sedih2. sedih apa guna beb. Baik happy.

Kalau boleh taknak fikir lgsung bila tgh bahagia. tapi..
Tak fikir pun, bendanya tetap berlaku, and dah berlaku dah pun.

So, let it be. Hidup kena teruskan :)

the dietitian said...

3 tahun lebih kami couple..setahun setengah aku melayan kerenah ocdnya..jarang call..jarang msg..aku rase down.die still jadi best student..aku?..cuba cari kekuatan menghabiskn sisa degree..alhamdulillah habis dgn cemerlang..bln lepas dia mintak break up dgn alasan ocd buat dia tak ok dan tak yakin boleh jadi suami yg baik..aku keraskn hati..terima segala dengan redha..walaupun susah..tp betol jodoh itu rahsia Allah..hari2 keep reminding my self supaya jadi kuat..

mochallatte said...

Tabikkkk! The best Bro. :-)