Thursday 21 November 2013

U-TURN

Pagi-pagi lagi mak dah kejut suruh hantar dia pergi pasar tani. Awal pagi pulak tu. Aku macam biasa sebab tak biasa mandi berairkan air sejuk (rumah kampung, mana nak adanya water heater), terpaksalah teman mak dengan berbekalkan cukup sekadar membasuh muka jek. 

Tak sempat nak panaskan enjin kereta aku terus tukar gear ke D, tanda memang nak cepat pergi dan cepat balik. Mak rilek-rilek jek dok kat sebelah sambil membetulkan tudung dia yang aku tau tak sempat nak sarung habis tadi. Baru jek tayar nak bergolek dalam tiga golekan, aku terberhenti.

“Laaa, ni dah kenapa pulak berenti tiba-tiba?” Mak dah mula nak buat muka kompius dia.

“Lupa nak amik lesen. Akak letak atas meja semalam. Japlah, nak gi amik lesen dulu.” Tak sempat aku nak cabut seatbelt, mak dah halang aku.

“Dah tak payah. Berapa kali mak cakap, jangan nak patah-patah balik kalau dah keluar rumah. Tak elok.”

Ah, sudah mak aku ni. Tak habis-habis dengan pantang larang dia. Tak taulah mak engkorang macam mana. Tapi mak aku memang selalu ajar macam tu. Pantang sungguh dia kalau orang dah keluar rumah lepastu  u-turn balik, nak amik barang-barang yang tertinggal.

“Isk, mak ni. Kalau dah lesen pun tertinggal, maksudnya dengan wallet dengan duit-duit sekali lah tertinggal ceritanye.” Aku macam ada sedikit hilang sabar.

“Eh, duit pun tak bawak ke? Haa, pegilah amik. Sape pulak nak bayar barang-barang mak kejap lagi.” Mak senyum comel jerk.  Aku cuma geleng kepala senyum tengok mak aku yang comel tetibe pagi ni.

Kesudahannya, mak balik dengan barang yang penuh satu bonet. Ceritanya, apa saja jenis ikan dia tak amik, kalau boleh satu pasar dia nak borong. Bunga India buat pergi sembahyang tu pun kalau boleh dia nak beli. Nasib baik aku sempat halang dengan jelingan mata. 

                                                **************************************


Patah balik. Aku banyak dengar kisah orang yang dah putus hubungannya tapi berpatah semula pada pasangan dia yang dulu. Mungkin dengan alasan memberi peluang kedua. Mungkin nampak akan kesungguhan dari si dia yang nekad untuk sekali lagi menjadi yang terbaik dalam hidup mereka. Atau mungkin menempah maut sekali lagi. Mungkin. Semuanya satu kemungkinan.

Sebenarnya atas alasan apa untuk kita memberi peluang kedua? Susah untuk move on? Hati sukar untuk menerima kehadiran orang yang lain? Pernah bersumpah untuk tiada yang lain selain dari dia dan akhirnya takut akan termakan sumpah sendiri? 

“Babe, dah setahun kau single. Bila lagi nak ada orang yang boleh jaga kau ni?”

Pelan-pelan aku sikat rambut aku bagi jadi rupa orang semula. Aku raup muka dalam keadaan slow motion sambil tarik nafas panjang. 

“Kau jangan pikir aku tak sikat rambut takde orang nak ke aku. Rambut aku ni berserabut sebab ramai sangat yang nak rebut.”

Ayat memang sentiasa taknak kalah. Padahal hakikatnya dia masih lagi tersangkut pada cinta lama. Alasannya mudah. Si dia kerap kembali untuk memadah kata. Kedatangan yang memungkinkan untuk cinta itu bertaut kembali. Kedatangan yang tak pernah putus-putus. Malah lebih beratus kali dari dulu. Nah, langkah yang mana harus diatur kalau yang lama masih bertutur manis? Jalan yang mana harus ditempuh kalau yang lama masih duduk bersimpuh? 

Jadinya, perlu atau tidak peluang kedua itu dihulur? Bagi aku, hanya satu kesimpulan yang boleh disimpulkan. Lihat kembali cara bagaimana dia meninggalkan kau dulu. Dihumban ke tanah terus kah? Atau dalam keadaan keterpaksaan yang tak dapat dielak? Dari situ lagi kau patut tahu, adakah peluang kedua itu berbaloi untuk dijual kepadanya. Tapi pada yang pernah ditinggalkan lama seperti scene Edward yang meninggalkan Bella tanpa kata muktamad, menghilangkan diri tanpa khabar berita. Yang itu kau kena kaji balik. Mungkin dia dah berkahwin dan datang kembali sebab tak dapat kepuasan. Chill okeh. Hidup bagaimanapun tetap perlu diteruskan. 

“Peluang pertama mungkin terbazir kerana kita masih dalam proses suai kenal, mungkin peluang kedua adalah langkah terbaik untuk kita corakkan bersama. Segalanya adalah suatu kemungkinan.” SD


4 comments:

Qis❀NurellyQis said...

dear writer, mcammana pulak pandangan kamu, kalau kita sendiri yg meninggalkan kekasih lama (sebab selingkuh, kemudian hubungan tu tak bertahan lama) dan setelah btahun single, tfikir kembali utk memberi peluang & ruang kepada si dia? boleh berikan pandangan kamu?
* Si dia pun kerap kembali bertanya khabar & meminta ruang utk mrajai hati ini kembali cuma aku yg masih ragu2.

TQ ye kerna mbalas.

Unknown said...

Hi Qis,
Ini hanya sekadar pandangan.
Tak salah memberi peluang kedua jika ada nampak kesungguhan dari keduanya. Manusia tak lari dari membuat silap. Cuma jadikan sejarah sebagai benteng peringatan. Awak mungkin ragu sebab takut akan sejarah yang lalu. Mana tahu sebab sejarah yang berlaku menjadikan masa akan datang lebih bermakna. :)
Jangan takut akan sebarang kemungkinan.

Qis❀NurellyQis said...

takut sebenarnya mahu berikan peluang, kerna risau mungkin diri ini akan melukakan hatinya buat kali kedua. Wlauapapun, maseh ea.. =)

mr f said...

to Qis. one word u gadis yg kejam. tinggalkan dia sbb nk lelaki lain? sbb? rupa ke harta ke? yang penting u jelas2 x ikhlas dgn lelaki tu. n now u nk balik dekat lelaki tu? sbb? rupa dah x penting? harta dah x guna? hati tiba2 jadi faktor utama kasih dan sayang kau. n now u pulak seolah2 dalam dilema nak bg peluang kedua dekat lelaki tu. sorry to say. u sepatutnya dalam ketidaktentuan sbb peluang kedua tu ada kat tangan lelaki tu. bukan kau. so learn to appreciate people around u. hopeless!!! nak jual kasih sayang bila dah ditinggalkan ke? haha ridiculous!