Friday, 22 February 2013

Penangan Asmara



Hyeeeeeeee *lelambai tangan*

Memandangkan ini entri pertama aku untuk Terfaktab Zine, makanya aku memilih untuk up entry yang ringan dan santai. Disebabkan aku tersangatlah blurr untuk up entry apa sebagai permulaan, aku menyahut saranan incik yang orang gelar boss di Terfaktab iaitu Aqram untuk perkenalkan diri dan pandangan aku tentang relationship atau hubungan dalam bahasa melayunya.Terima kasih untuk idea tu.

Sebelum aku pergi jauh melalut, aku tekankan ini hasil tangan pertama, jangan mengharapkan apa-apa. Aku ni budak baru belajar. Kalau kata tahap sekolah tu kira aku ni darjah satu lah. Suci mulus lagi. Pegang pensel pun boleh tahan gigil. Tulisan pun kemain buruk senget benget. Mengeja pun banyak yang salah. Teruk betul bunyinya.

Alang-alang nak entri pengenalan, aku nak lah jugak kenalkan diri sikit. Bagi can lah. Kata baru, tak kan main redah je. Rasanya tengok nama pun tahu aku ni perempuan. Kalau ada kata yang aku ni lelaki mungkin ada gangguan dalam sistem otak kau. Tak pun kau terkena buatan orang. Haaaaaa. Umur pulak kawan aku kata dah lepas umur minimum masuk pub, club dan seangkatan dengannya. Entah, aku tak tahu sebab undang-undang emak aku, umur berapa pun tetap tak boleh masuk tempat cenggitu. Jadi aku tak ambik pusing semua hal duniawi tu.

Nak bagi pandangan apa ni?

Kalau nak ikutkan aku pun tak berapa nak layak lah cakap pasal hal perasaan dan jiwa ni. Nak nak kalau bagi nasihat. Lagi lah. Aku ni salah satu insan terfaktab tegar tahu. Dengar ayat tu pun dah rasa mencucuk je kat ulu hati ni ha. Betul lah apa orang kata, hakikat tu kekadang memang menyakitkan. Tapi pergi arwah lah kan korang nak kata apa pun. Bak kata Aqram,

Kau ingat semua yang jual burger tu suka makan burger? 

Ada lagi sambungan ayat dia, tapi aku lupa. Maaf. Sama lah jugak. Tak semestinya aku asyik failed dalam relationship aku tak boleh cakap pasal cinta. Damn you!

Cinta ni memang best bak hang. Dia boleh kasi kau terbang melayang nun setinggi langit sampai kau lupa ada tanah kat bawah. Dia punya asyik memang tak menahan. Orang kata kalau tengok cerita sedih sampai basah bantal meleleh air mata pun kau boleh steady senyum. Tu dia punya syok. Tapi kau jangan lupa, cinta ni jugak boleh humban kau ke tanah sampai hang tak boleh berdiri. Silap haribulan terbenam jauh ke dalam, kepala pun tak nampak. Sakit dia tak boleh ceghita. Dia punya berkabung tu bawah sikit je dari kematian. Serius.

Makanya, bila dalam mood duk tersegih sebab penangan asmara tu jangan lah sampai lupa diri. Macam orang kiri kanan tak wujud. Asyik nampak dia je. Melampau. Macam dunia ni tak kan berakhir. Tak fikir langsung kemungkinan akan datang. Dan bila kau dah jatuh terduduk dek cinta pun jangan rabak sangat. Macam takde hari esok. Kemon lah, dunia belum nak berakhir lagi. Kalau berakhir pun dunia lagi satu ada. Kau jangan lupa. Sebab tu kau jangan buat benda bodoh. Dah dah lah awan terpilu tu.

Aku selalu ingat pesan emak aku,

Kalau sayang orang, simpan sikit benci ke dia . Kalau benci orang, simpan sikit sayang ke dia. 

Bukan apa. Kalau benci sangat nanti makan diri. Kalau sayang sangat pun silap haribulan boleh gantung diri. Kita tak tahu esok apa jadi.

Walaupun aku berpegang teguh dengan mandat keramat dari emak aku tu, bila bercinta kekadang tersasar jugak terbang tinggi. Bila rabak, tersepuk ke ceruk jugak aku. Herh. Dasar manusia, kalah dengan cinta.

2 comments:

AlexiaAqram said...

yg bab simpan sedikit sayang ni resah jugak kalau ramai orang sayang ke aku. aherherher.

ain izzati said...

bestnya dapat join terfaktab