Saturday 6 July 2013

Aku suka dia? Bitch, please.

Jepun ni banyak term pelik-pelik dalam melabel orang especially dalam relationship sampai manusia herbivorlah karnivor omnivor pun ada maksud kalau kat sana. Artikel ni aku nak cerita pasal the unfortunate case of being a tsundere. Tsundere ni pronunciation dia sun.they(dei cam kau panggil mamak).ray. Kalau korang yang memang dah otaku mode switch on lepas nampak perkataan ini mesti dah tau apa maksud dia sebab tsundere ni pun memang one of typical characters dalam anime/manga.


Tsundere ni senang cerita macam bipolarlah (sikit) lagi-lagi kalau dengan orang yang dia suka; mulut dengan ekspresi orang tsundere ni tajam sikit mampuslah siapa yang dia suka tapi dalam hati sebenarnya dia suka walaupun dia selalu cakap bodohlah, banganglah, bencilah.  Ada faham? In other words, tsundere ni mahu tapiiiii taknak tunjuk dia akan tunjuk dengan keganasan/kebencian. Kalau nak contoh paling familiar & universal, Helga dalam Hey Arnold. Dia sukaaaaa gilaaaaa kat Arnold tapi perangai dia bila depan Arnold? Heh.

The unfortunate case jadi tsundere ni ialah bila nak mengaku kau suka kat orang tu pun payah tahap dewa. Belum mengaku kat orang lain lagi, nak mengaku kat diri sendiri pun azab. Peringkat awal bila si tsundere sedar yang dia (might be) suka orang tu, dia akan deny gila-gila-gila punyalah dalam otak dia sendiri. “Kenapa nak suka kat dia? Tak handsome pun si Abu lagi handsome. Eee dahlah pemalas bodoh lembab kepala cam bola ragbi pulak dah tu.”


Bila dia dah rasa confirm suka pulak, dia akan rasa cam nak facepalm oh god why kenapa aku boleh suka manusia kepala bola ragbi camni tapi rasa suka tu tak hilang jugak. Bila nampak orang yang disukai tu kalau orang normal selalu hati berbunga tsundere pulak cam pehal dia nak tunjuk muka hodoh dia depan kau. Bila confuse, orang tsundere ni ada gak rasa cam nak meroyan kat Twitter macam manusia lain tapi nanti dia terfikir pehal aku yang nak kena meroyan pasal dia siapa dia untuk diroyankan.

Part paling dahsyat sebagai tsundere ialah bila kawan-kawan dia tengah bergosip pasal crush dia, dia boleh buat-buat taktau siapa nama crush dia padahal dalam hati dah terpahat terukir duduk fikir tiap-tiap hari. Kalau kawan dapat sense pastu tanya tsundere ni boleh jadi jawab "Aku suka dia? Bitch, please." Tapi kalau si crush tu tak kenal dia, buat apa dia nak kenal si crush tu hebat sangat ke si crush tu sampai dia nak kena tau nama. Nampak tak betapa teruknya jadi tsundere ni?

Oleh sebab perangai hazab camni, kalau si crush orang tsundere ni tau memang muntah darah gelak guling tak percaya. Contoh kalau ada orang bagitau kat Arnold yang Helga suka dia memang Arnold geleng kepala tak percayalah sebab tsundere ni memang sehabis boleh taknak tunjuk yang dia suka kat crush dia.

Jaaaadi point aku kat sini, kemungkinan tsundere ni jadi forever single ialah 99.9% sebab crush diorang selalu salah faham diorang ni musuh ketat. Aku doakan semua para tsundere akan jumpa pasangan yang memahami sebab for sure pah cerohlah nak harap si tsundere ni start. So, ada antara korang yang rasa korang tsundere lepas baca ni? Mohon bertabah.

xoxo,
Gasip Gol


P/s: Eeeeee siapa yang suruh korang baca sampai habis ni? Eeee bencinyaaaa.

8 comments:

Unknown said...

cane dengan yandere? kuudere? hehew.
aku rasa yandere lg dasyat kod.

n. ain nadirah bukhri said...

Ooooo Yandere borderline psycho kot. Takpe lain artikel kita cerita type deredere yang lain.

ArtForAuction said...

aisaka dan misaki samaaaa! (did i remember it right?)

tsundere dalam anime je kiut, dalam dunia sebenar esp dalam dunia melayu kita, kalau yg tsundere tu jantan mmg makwe tu boleh ada can lagi. tp kalau yg tsundere tu ppuan mmg kirim salam sayonara lah...

Unknown said...

yeap, aisaka and misaki tapi still aisaka taiga forever lejen tsundere.

weh kannnn exactly memang muka cap jual mahal jadi.

Vanilla_ais said...

ramai nya pencinta yang layan anime! hewhew

Nadia said...

Alamak, saya tsundere la kalau gitu. Baru tahu T____T *foreveralone*

Mikael Sahaja said...

Oooo, yeke... *catit dalam buku note*

odah the owesome said...

sangat comel artikel ni...buat saya lagi rapat dengan bestfriend saya sbb dia sangat tsundere..