Friday 5 July 2013

Jangan lari, hadap.

Kalau kau rasa dengan dapat lupakan orang dengan cara larikan diri dari orang yang buat kau sakit tu satu kejayaan, kau silap. Sebab berjaya berhadapan dengan orang yang buat kau rabak tu jauh lagi besar tahap menang dia.

Kau ingat senang nak hadap muka yang buat reaksi macam takde apa-apa sedangkan dia buat kau sakit hati tu tak tahu nak cakap macam mana. Nak nak yang jenis kejam serupa nazi. Semalam baru lepas buat kau rabak harini dia datang dekat kau sengih sengih macam baru jumpa harta karun. Rasa macam nak terajang muka dia pun ada time tu. Kalau kau tak betul betul kuat, mau meleleh dah kau kat depan dia. Tapi sebab kau kena berlagak steady dan cool, so kau pun buat macam takde apa.

Sebenarnya tu lagi baik dari kau lari tak nak jumpa dia. Tak nak cakap dengan dia. Tak nak contact dengan dia. Atas alasan kau tak boleh tengok muka dia. Kalau dengan cara tu kau cakap kau dah berjaya bangkit dari kekalahan, kau silap. Terang terang kau masih tertakluk bawah bayang bayang dia.

Eh, ye lah. Kalau kau betul betul dah move on, jadah apa kau still tak boleh tengok muka dia? Nampak sangat kau tergugat takut jatuh hati balik. Pesen senang kalah. Haritu sikit punya meroyan, tapi still tak boleh jumpa dia, sakit hati tak hilang lagi katanya. Sakit hati ke sebab kau ada hati lagi kat dia. Mulut cakap dah move on, tapi hati duk terkenang kisah silam. Sudah lah. Dia elok tegak depan kau buat muka bahagia, kau tak habis dengan muka taik. Tak rasa malu ke bila tunjuk sisi lemah kau ke dia.

Memang tak mudah nak berhadapan dengan dia. Nak nak baru lagi kan. Kalau hati tu boleh nampak, luka pun tak kering lagi. Tak payah tengok muka, dengar suara pun dah sakit hati. Marah tapi nak nangis. Kan? Macam bodoh.  Tapi sampai bila pun kau nak macam tu. Kau pernah dengar ayat,

Lagi jauh aku lari, lagi cuba aku lupakan dia, lagi dekat dia datang, lagi asyik aku teringat dekat dia. 

Aku bukan angkuh, tapi aku tak pernah larikan diri dari orang yang buat aku rabak. Bukan lah tak pernah langsung. Maksud aku paling teruk pun aku berselisih bahu dan aku tunduk. Kalau dia tegur, aku balas, kalau dia lalu buat bodoh, aku pun jalan buat bodoh. Settle. Tapi aku rasa tu tahap boleh dibanggakan lah sebab ada sesetengah orang langsung tak boleh. Dengar bunyi tapak kaki, bau dia sekali lalu pun boleh boleh mengundang air mata. Parah.



Bagi aku bila kau face up dengan manusia yang buat kau melalui fasa sakit dalaman ni menunjukkan kau memang super power. Of course lah sebab tak semua orang boleh  buat kot. Kau tak rasa ke macam best bila dia buat atau cakap sesuatu yang menyakitkan hati kau semalam. harini kau jumpa dia kau boleh senyum dan gelak ketawa dengan orang lain serupa takde apa. Bravo. Silap haribulan, dia balik yang rasa tergugat sebab tengok kau tak terjejas dek angkara dia.

Jangan tunjuk yang kau lemah depan dia. Macam mana sakit pun kau hadam sengsorang. Kalau perlu, cerita dengan someone, go ahead. Cerita. Tapi bila sampai depan dia, hadap. Control diri kau sebaik mungkin. Selagi kau boleh sorok rabak kau tu, kau sorok. Kalau nak melalak pun tunggu sampai rumah, masuk bilik, cari bantal, tekup muka. Jangan meroyan campak campak barang pulak. Mengamuk pulak mak kau nanti.

Cara ni bagi aku one of the best cure lah. Harini kau tengok muka dia sakit level sembilan puluh lima. Esok tengok muka dia sakit tu dah turun level tujuk puluh. Lusa turun lagi level lima puluh lima. Everyday kau akan get used and slowly kau jadi okay. Bukan lah aku pergi suruh kau jumpa dia hari hari. Itu contoh. Jangan jadi bebal kau pergi cari dia tak tentu pasal. In case kalau terjumpa atau memang kau perlu deal dengan dia hari-hari. Tak perlu nak larikan diri kalau terserempak. Kalau kena kat aku tu memang aku gelak je. Perangai serupa budak belum sunat.

Kau boleh meroyan, lepastu cari jalan. Kau boleh sepuas hati menjerit, tapi terus bangkit. Kau boleh sakit hati, cuma mohon cepat berhenti. Apa kau perlu buat, tarik nafas, dan dia kau lepas.

Kekadang, kita memang kena telan dan hadap benda yang buat kita sakit. Bukan sebab takde pilihan, tapi sebab dari pahit tu lah kita akan lepas dari perit dan kuat untuk bangkit. Orang kata, alah bisa tegal biasa.

.......................................

"Sampai sekarang aku still tak boleh jumpa ex aku sebab rasanya kalau aku jumpa, confirm aku menangis. Tak boleh." - seorang wanita yang telah pun berkahwin.

Ini nama dia ikut hati tak lama lagi kau mati dekat tangan laki. 

5 comments:

Anonymous said...

hadap dan hadamkan. Dan kelamaan , segala rabak barai tu akan pulih sendiri. dan takpayah nak gila sembunyi dan paksa diri nak lupakan. memang kebangangan.

Unknown said...

buat apa lari kan?
nasib aku still boleh jadi kawan dengan ex dulu.

Anonymous said...

tak boleh tengok muka Ex yg dah kawin dgn kawan baik sendiri....dua2 aku dah tak boleh teruskan berkawan dah

Mikael Sahaja said...

Kalau masih sayangkan bekas kekasih, kenapa berkahwin?

afi ismail said...

kepade yg tulis post ni,aku nak kalo bleh nak peluk dia n ckp terima kasih.

tapi memikir yg aku mungkin akan hadap dia n probably dengan GADIS PILIHAN dia tu,buat jantung aku sikit lg nak gugur.