Thursday, 28 August 2014

Peluang


Dalam hidup ni banyak benda kita kena hargai bila dia melintas dalam hidup kita contohnya ibu bapa, cinta dan peluang.

Jadi korang jangan lepaskan peluang untuk dapatkan buku baru keluaran terfaktab. Buku Do-It ini akan mula dijual di Pesta Buku Selangor pada 29 ogos – 8 september 2014




Kalau nampak buku ni di depan mata pastikan korang terus beli.  Sebab apa? Sebab peluang kadang-kadang hanya datang sekali. Takkan nak tunggu sampai cetakan ke lapan belas baru nak beli. Beli dan bergembiralah. 

Mana tahu crush korang baca buku ni, tak ke itu akan menaikkan peluang korang untuk ke next level dalam perhubungan. Eceyh.

Jadi si cantik dan si kacak, ambil peluang dan just DO-IT.


Tuesday, 26 August 2014

Pandangan peribadi

Hello. Hai. 


Honestly, aku happy dapat jadi sebahagian daripada komuniti Terfaktab. Aku mula sebagai pengikut pada 2010, peminat, pekerja booth dan finally part of this. KT1 cover lama tu aku simpan lagi kot. Pada aku, ianya bukan sekadar satu komuniti penulisan. Its more than that. Brotherhood, family, its about orang yang kita boleh harapkan tika kita jatuh ke pelusuk kekejaman dunia paling bawah. Fuh.


It really is. 


Dan sebagai entri pengenalan, aku nak bagi pandangan aku sendiri pasal relationship. Pada aku, relationship bukan berasaskan rasa sayang semata. Bukan juga willingness nak berkorban semua benda demi kebahagian si dia. Definisi relationship yang paling true, dan yang aku pegang selama ni ialah rasa tanggungjawab. Responsibility. 


Kau bertanggungjawab terhadap perasaan dia pada kau. Semua action atau perbuatan kau sama ada baik atau buruk akan bagi impak pada perasaan dia dekat kau. Kenapa aku pegang benda ni? Mudah. Bagi aku tak wujud istilah salah seorang mendominasi perhubungan. Keduanya sama penting, keduanya patut main peranan dan paling penting, keduanya perlu bertanggungjawab.


Kalau kau bertanggungjawab, ending dia cantik lah nanti. Kalau kau buat keras je taknak bertanggungjawb terhadap hubungan, sendiri mau ingat. Ini bukan soal tanggungjawab sebab dah terlanjur ke apa ke. Yang itu kita cerita lain okay. Kakaka. Tapi ini yang aku selalu pesan pada diri sendiri. 


Dugaan perhubungan tu datang dalam macam-macam bentuk dan cara. Dengan sikit rasa tanggungjawab, aku rasa paling tidak kita mampu buat keputusan terbaik dalam relationship.


Akhir kata, ini cuma pandangan personal aku kalau orang tanya definition of relationship. Setakat ini dulu. Kita jumpa dalam entri lain.  Yang ni pendek sangat pasal aku takde idea dah ni. Tenenenene




Kisses, -SA

Tuesday, 19 August 2014

Terkilan : Maju ke Hadapan

Ada satu ketika yang aku terfikir mengenai perasaan. Aku sendiri tak tahu apa yang aku rasakan. Antara nafsu, suka, cinta dan rindu, bagaimana entah manusia klasifikasikan. Sepanjang dua tiga minggu yang lalu, aku rasakan yang aku hampir-hampir hilang pedoman. Masalah hati ini berat, tahu. Apatah lagi untuk aku yang sedang terkilan.

Akhirnya aku dah jumpa jawapan, setelah aku mencari dari Kuala Lumpur hingga ke Seremban. Waktu itu hujan, dan aku bersendirian. Tapi tak mengapa, sebab tujuan mahu berjumpa (bekas) kesayangan. Aku dah lama berangan, mungkin setelah lama tidak bertemu, adalah sedikit peluang untuk kami bersama semula seperti dahulu. Paling tidak, mungkin ada lah terselit rasa rindu dari dia untuk aku.



Tapi tidak. Dia lebih banyak membisu.

Jadi ketika itu, perasaan yang masih bersisa terus menjadi bisa. Aku rasa seperti dunia ini memang berkonspirasi untuk membuatkan hidup aku celaka. Tak pernah ada tuah dengan cinta, biarpun aku dah kejar dengan seribu daya. Bayangkan hati yang dah parah cedera, kau simbah kan dengan cuka. Iya, memang aku yang bodoh sebenarnya.

Tapi entah kenapa dalam kesedihan pulang dari Seremban, ada terselit satu rasa bangga. Mungkin kerana akhirnya aku tahu apa sebenarnya perasaan yang aku rasa. Atau mungkin aku bersyukur yang aku sudah sedar akhirnya. 

Kerana, mungkin ada satu ketika, aku rasa cinta membuatkan aku rasa nak mengalah. Rasa macam diri aku ni selayaknya hanya mampu nak rasa pasrah. Ada satu ketika, aku rasakan cinta yang membuatkan aku kalah dalam kehidupan yang terlalu banyak cabang dan arah. Jadi sejujurnya, aku pernah rasakan yang cinta hanya akan membuatkan kau lemah.

Ada satu ketika, mungkin aku rasa cinta ini satu beban. Cinta adalah sesuatu yang kau tak boleh jamin akan kekal dari sekarang hingga masa hadapan. Jadi, aku tinggalkan cinta perlahan-lahan. Cinta itu aku anak-tirikan. Sebab ada satu ketika, aku yakin yang cinta itu tak boleh jamin kebahagian. Malah, aku juga pernah percaya yang cinta itu adalah syaitan.

Tapi sekarang aku rasa, cinta adalah sesuatu yang merelakan. Aku rela berjumpa dengan dia sebagai kawan dan bukan kesayangan. Aku rela melepaskan segala perasaan terkilan. Sebab apalah bahagia walaupun kami bersama semula, kalau apa yang kami pernah rasa sudah hilang semuanya.

Dan jawapan yang aku jumpa di Seremban?
Mungkin sudah sampai masa aku serahkan semua kepada Tuhan.





Thursday, 14 August 2014

The show must go on!

Hidup ni kan berputar. Sama macam bumi yang tak pernah berhenti berputar satu arah pada paksinya. Hidup ni tak nampak bentuk bulat nya, tapi cara bergerak tu tak ubah macam roda. Cuma kelajuan putaran untuk setiap orang itu mungkin berbeza. Tapi masa tu tetap akan tiba. Harini kau di atas dilambung setinggi langit, ditatang penuh kasih, ditimang penuh sayang. Esok lusa dihayun ke bawah, dicampak ke tepi, di tolak sampai terduduk dekat ceruk.

Hari-hari nak bahagia pun tak boleh jugak ye dak. Cuba kalau panas semedang, katanya cuaca ni elok buat sidai kain, cepat keringnya. Tapi entah kenapa tiba-tiba rasa nak merungut sebab dah lama tak hujan. Air tadahan dah makin kurang. Semua nak kena jimat cermat guna air. Menyusahkan pulak rasa. Tuhan itu sifatnya Maha Mengetahui, diturunkan hujan seeloknya buat kita. Ingat diturunkan secukupnya, rupanya berlebihan yang membawa ke musibah. Berdoa pulak ingin hari yang sedang sedang sahaja cuacanya. Tidak panas dan tidak lah terlalu sejuk. Ah, hari yang macam ni memang boleh bikin kita malas. Satu keje pun tak jalan kang. Tak boleh.

Manusia, mana pernah bersyukur. Puas apatah lagi.

Kekadang bila kita terlalu yakin dengan apa yang kita ada selaras dengan apa yang kita mahu hari ini buat kita lupa, dekat atas sana punya Satu yang sedang memerhati. Dilihat dalam diam. Dikira dalam senyap. Yakinnya kita sehingga lupa yang kita patut yakin dengan Dia melebihi yakinnya kita dengan apa yang kita punya. Sebab yang kita ada pun datangnya dari Dia. Hanyut dalam leka dia dah tetapkan setiap satu daripadanya.

Sebab tu hari ini kau jumpa satu orang, esok kau mungkin hilang satu orang.
Harini kau ketawa, esok kau menangis.
Harini kau sayang, esok kau benci.
Harini kau kat atas, esok kau kat bawah.
Normal nya kitaran hidup manusia aturan Tuhan.

Tak ada yang kekal atas muka bumi ini. Sama ada sesuatu yang nampak secara fizikal, mahupun tak dilihat tapi dapat dirasa.



Bila sesuatu yang kau tahu tapi tak pernah berharap untuk jadi tapi dah pun terjadi, jangan berharap pada hukum karma sangat. Sama macam apa yang dah berlaku, karma ni jugak tak datang dalam bentuk dan ketika yang kau mahu. Tak semua yang baik tu dibayar secara terang, dan tak semua yang jahat itu dibayar dengan tunai. Kadang kita yang melihat tak tahu, tapi yang melalui tu yang tahu.

Cukup kau percaya Tuhan tu ada. Dia tahu apa dia buat. Dia dah atur jalan untuk setiap ciptaan Dia. Tak perlu bersusah payah tambah dosa untuk berharap orang lain ditimpa musibah, berdoalah agar kau dilimpah rahmat. Bawak bawak sedekah Al-fatihah ke diri sendiri semoga terus bahagia hidup aman sejahtera. Nak berdoa untuk diri sendiri pun kekadang terlupa, ini kan pulak nak berdoa untuk orang lain. Kita ni pun belum tentu boleh sayang orang sampai kita mati. Jadi tak perlu untuk kita benci orang sampai dia mati.

Kalau sesuatu terjadi, sama ada baik atau buruk, anggap apa kita buat dah terbayar. Tak perlu rasa yang orang lain itu perlu jugak dibayar. Tuhan tahu keje dia. Kalau kita tak boleh nak doakan kebahagiaan orang, jangan pulak kita doakan kesengsaraan dia. Sebab bukan ke doa untuk kebahagiaan diri sendiri jauh lebih baik dari doa untuk sengsara orang lain?

Keep calm. Meet your fate. Entertain your faith. Find your will to carry on because whatever it is, the show must go on. Let’s rock the world!

Wednesday, 13 August 2014

Jual Mahal

Hello! Biasa shopping dekat PS tak? Hahhhhh, PS? Kat mana tu? Petaling Street. Ala, yang jual semua barangan immitation jeeee tu. Macam aku ni masuk PS tu empat tahun sekali jek. Bila tibanya WorldCup. Sebagai makwe yang tengok bola empat tahun sekali rasanya lebih afdhal lah kalau cari jersey bola kat situ. Kannnn. 

Okay, bukan nak cerita pasal shopping punya hal kat sini. Tapi siapa yang biasa pergi PS mesti akan kenal akan satu scene ni. Bila kita nak membeli satu barang tu, akan ada satu scene kita panggil tawar menawar. Memula kita bukak harga. Sebagai contoh sepasang kasut yang dijual tokey kedai jual dengan harga RM100. Kita yang bajet bagus macam tau sangat berapa harga kos kasut tu terus pangkah nak beli dengan harga RM60. 

"Aiyaaa, mana boleh makan itu harga. Wa punya komisen pun tak lepas itu macam. Up sikitlah. Wa  kasi lu harga RM90."

"Kalau lu tak bagi RM60, saya taknaklah. Kasut macam tu mana boleh jual RM90. Takpelah, saya cari tempat lain."

Dalam kita nak blah dari kedai tokey kedekut nak bagi harga RM60 tu tetiba pulak dia jerit cakap nak turunkan harga lagi. Tapi tak capai lagi target kita. Kita blah jauh sikit lagi dia menjerit-jerit lagi turunkan harga dan last yang kita dengar dia cakap, "Freelah, free. Wa bagi lu free lah. Angkat kasut ni!!" Okay, kalau dah sampai scene macam tu, aku nasihatkan kau blah laju-laju sikit. Tokey kedai tu dah mengamuklah kau dah bukak harga tapi tak jadi beli barang dia. Hehhhh. Siapa suruh jual mahal.

JUAL MAHAL dan DISKAUN LAST MINUTE. Itu yang aku nak cakap sebenarnya. Aku syak sebenarnya ramai perempuan kena cop jual mahal bila ada segerombolan lelaki yang lepak-lepak tepi jalan lepastu swiiitt-swiitt kat engkorang macam bunyi cencorot tu. Bila yang perempuan tak layan, mesti diorang akan cakap, "Eleh, jual mahal konon." Paling teruk aku pernah kena, "Jual mahal lah kau. Jadi andartu baru tau." Celaka betei! Aku kalau jumpa balik budak yang cakap tu memang senang-senang je aku nak tampar mulut dia lepastu cakap, "Apahal mulut kau masin sangat???" Kakakakakkakaaka.

Salahkah seorang perempuan itu jual mahal? Entah, bagi aku tak salah tapi kena kenal pasti mahal mana yang dijual tu. Dan aku pun rasa lelaki lagi suka perempuan yang jual mahal. Sebab scene nak mendapatkan barang yang mahal tu lagi menyeronokkan dari beli barang longgok. Macam jinak-jinak merpati, mahu dipegang akan lari. Orang kata lagi adventure. Barulah boleh dibawak cerita ke anak cucu nanti. Amboihhh, jauh sangat berangan. 

Perempuan kalau nak jual mahal boleh, memang aku galakkan. Tapi satu yang aku pesan, teguhkan pendirian kau tu. Faham apa maksud jual mahal dulu. Tahu apa tujuan kau nak jual mahal. Yang paling penting, set your benchmark. Apa yang kau mahu sebenarnya. Dan apa yang kau boleh tawarkan. Barulah ada kredit dan debit. Kalau kau sendiri pun takde benda untuk ditawarkan semula, macam mana nak jual mahal ye dok? 

Kes jual mahal yang akhirnya menjadi diberi diskaun ni pun banyak jugak sebenarnya. Memula kemaen kau jual mahal bila orang tu beriya-iya nakkan ke ngko. Bila orang tu dah start nak blah, mula lah kau nak kelam kabut kan. Kes macam ni terjadi sebab kau takde pendirian dan kau sebenarnya tak dapat nak kenal pasti perasaan sendiri. Mungkin juga ada sedikit rasa 'over confident'. Kalau kau sendiri kenal harga diri sendiri, kenapa perlu risau bila pembeli tak jadi nak beli? Kenapa perlu kau pula nak bagi 'diskaun' bila nampak pembeli nak lari? Atau pun aku rasa dalam kes ni, kau cuma acah-acah jual mahal. Bila orang nak blah kau mula menggelabah. Hey, payah ni. Payah. Dan akhirnya bila keadaan tiba-tiba jadi genting macam ni, percayalah akan jadi macam-macam hal lagi. Mungkin dalam memberi diskaun, ada banyak lagi 'benda lain' yang dah terberi. Membelinya belum tentu, tapi yang dah diberi diskaun tetap telah diberi. Takut kan? 

Jadinya dalam kes jual mahal, tak semua perempuan boleh hayati watak untuk menjual mahal. Perlukan ketetapan hati yang kuat. Perlukan rasa tabah yang jitu. Dan cara nak menjual pun bukan boleh pada sebarangan orang.  Bukan kejap kau rasa nak yang itu, nak yang ada ciri-ciri macam ni. Tapi esok lusa, kau punya pilihan berubah. Itu yang namanya kau takde pendirian. Set your target, confirm your choice. Lepastu kau nak jual mahal sampai 30k masa orang nak memasuk meminang, lantak ngko lah. Kalau kau rasa harga itu layak untuk kau, teruskan. 

"Dia menjual hanya untuk dibeli seorang itu sahaja. Namun yang seorang itu galak sangat membeli pada yang lain.Tinggallah si dia masih menunggu untuk dibeli dari yang satu itu." SD

Tuesday, 12 August 2014

Misi Pelarian

Lama sungguh menyepi. Membawa diri ke arah satu fasa kehidupan yang lain. Jauh meninggalkan dunia pengkhianatan yang maha kejam. Melarikan diri dari dunia yang penuh dengan diam dan diterjah dengan kebenaran yang telah diduga. Sakit? Mungkin kalau mati itu boleh dirasai, mungkin ia boleh dibandingkan dengan rasa sakit yang dikhianati. Mungkin. Pernahkah merasa mati?

Kadang-kadang kita tak sedar kita terlalu meletakkan percaya pada satu bahu yang kita sayang. Kadang-kadang dalam kita menilai orang itu naif sebenarnya kita yang terlalu naif. Kadang-kadang kita terlalu ralit menjunjung mereka yang kita percaya sehingga meminggirkan orang yang sepatutnya di tempat yang betul. Kadang-kadang (terutamanya perempuan) hanya bergantung pada satu bahu untuk meluah segala bahagia dan derita demi melepaskan segala rasa sesak di dada. Berbaloikah? Bukankah sepatutnya memang begitu. Cerita dalam kelambu takkan mahu dihebah serata dunia? Mahu apa? Ditonton ramai untuk dipuji ketika bahagia dan dikeji ketika derita? Dan begitulah jadinya hanya satu bahu yang diperlukan. Hanya satu bahu.

Tapi apa kesudahannya jika satu bahu yang ditatang itu membawa bersama pengkhianatan dalam diam? Kau mampu untuk membayangkan? Adakah segala penjelasan yang dikhabarkan cukup untuk meredakan segala setelah soalan bertubi yang berulang kali ditanya hanya dijawab sepi? Perlukah penjelasan panjang lebar diceritera walhal nasi sudah menjadi bubur? Di mana pendirian kau wahai bahu yang dijunjung? Di manakah kasih sayang yang dihambur telah engkau campakkan wahai bahu yang disayang? Perlukah jujur yang dibentangkan engkau cukur-cukurkan wahai bahu?

Bila orang cakap 'People changed', aku dengan senang hati nak menaikkan jari hantu dan menunjukkan tepat ke arah muka manusia tu. Yup, that's right. Ingin betul aku nak buat macam tu. Macam akan ada rasa satu bentuk kepuasan yang maha puas sangat-sangat.  Kalau manusia berubah dari segi fizikal tu kira logiklah jugak. Itu tolak ketepi. "Sometimes it's not the people change, it's the mask that falls off." Dan kita namakan ia sebagai hipokrit. Manusia hipokrit yang keliru tentang perasaan sendiri. Manusia ego yang menyangkal pada benda yang dia sendiri tahu dia rapuh. Manusia pengkhianat. Dan manusia durjana dalam senarai manusia pengkhianat level paling tertinggi adalah kawan baik sendiri yang memegang watak tersebut. Okay, sekarang kau cuba bayangkan pulak macam mana perasaannya. You got it?

Apa bentuk hukuman yang mampu kau berikan pada mereka-mereka ini? Kata nista? Caci maki? Sumpah seranah? Bakar rumah atau kereta diorang? Hehhh.... nothing. Kau fikir mereka kisah? Buang masa kau je. Tapi sebagai manusia normal kau memang akan lalui fasa meroyan. Dan fasa meroyan paling normal sebulan ke dua bulan. Itu je. Kalau masih kau meroyan dalam bulan ketiga dan keempat, aku rasa ada lebih baik kau fight for your right. Sebab ternyata kau belum move on. Dan nanti dalam fasa fight for your right kau akan sedar samada itu satu perkara yang berbaloi atau tidak. Believe me, you can feel it.

Melarikan diri bukanlah bererti satu kekalahan atau kita yang salah. Kadang bila kau penat memandu kau akan bagi signal ke kiri dan perlahan-lahan menuju ke RnR atau lepak ke bahu jalan. Berhenti seketika. Take a break. Inhale and exhale. Minum air kejap. Cari gula-gula, makan. Berehatlah. Berehatlah dari peperangan yang timbul. Berehatlah dari persengketaan yang boleh membawa mungkin luka yang makin parah. Berehatlah sebelum kau mati sebelum waktunya. Berehatlah dan kembalilah semula sebagai manusia yang baru. Mungkin sudah sampai masanya kau juga perlu menanggalkan topeng di muka.

"Sabar dan percaya ceritanya untuk kita. Let go of your steering. Kasi chan Tuhan drive." SD

Sunday, 10 August 2014

Unrealistic Love

“Come on. Realistic sikit please”

Cinta tu kan buta. Perasaan itu memang diturunkan satu dari sembilan puluh sembilan bahagian atas muka bumi tu dengan sifat tak realistic. Hanya perasaan tu sahaja yang real.

Beritahu aku berapa banyak manusia jadi bodoh atas dunia dek kerana cinta. Aku salah satunya. Dan kau tak terkecuali. Kita sama-sama pernah rasa duduk di tempat masing-masing. Jadi jangan cakap aku buta kalau kau jugak pernah tuli. Berhenti tanya kenapa nak jadi bodoh kalau kau sendiri pernah ada sikap bodoh. Setiap sebab yang aku beri tak jauh lari dengan alasan yang kau pernah bagi. Sayang. 

Panggil aku indenial, sikit tak bergerak. Sepanjang hidup kau merasa cinta, apa tak pernah sekali kau duduk dalam situasi cuba menafi yang sesuatu yang pasti? Berharap juga pada yang tak pasti?

Cinta tu tak cuma datang dalam bentuk yang membahagiakan. Dah dijanjikan Tuhan yang baik itu pasti punya sisi buruk. Sama ada kau, aku, mahupun perasaan yang tak dilihat itu. Kita semua pernah memperjudi hati demi rasa yang tak pasti sejauh mana akan kekal. Bermain cinta yang tak tahu sekuat mana. Membina sejuta harapan yang entah lama mana akan bertahan. Masih kita mahu berjalan atas takdir ciptaan kita yang entah membawa ke arah mana.

Setiap kali kita mempertaruh janji yang tak pasti, setiap kali jugak risiko menanti. Risiko yang kita tahu setiap satu daripadanya bakal membunuh. Aku telan setiap madu yang aku terima, aku hadam setiap racun yang aku dapat. Biasalah, pepatah omputih ada kata ‘if you can’t handle me at my worst, you don’t deserve me at my best’. Dengan rela hati kita terima apa ada nya.




Macam mana kita mencuba untuk pasak kaki atas dasar perasaan yang kita cuba jaga, macam tu jugak kuatnya kita diuji. Dan aku masih bertahan ditempat asal sedangkan kau sudah mengalah. Entah, mungkin ini yang orang kata cinta pelarian.

Orang kata masa dan ruang itu mampu mengubah segala. Kadang bila kau terlalu cinta, kau lupa untuk memberi sedikit jarak antara kau dan dia. Sedar dalam tidak, sama ada kau atau dia akan mati dalam pegangan erat yang kau dan dia genggam. Atau kadang ruang tanpa niat kau beri membuka pada jalan lain yang memakan diri sendiri. Entah kau yang silap langkah, atau dia yang salah langkah. Ah, setiap haluan ada hitam dan putihnya. Takpe, berilah ruang dan masa untuk dia kalau itu yang dia minta. Mungkin yang buruk boleh jadi baik. Siapa tahu?

Kalau lah semudah meniup angin lalu membiar segala macam rasa hilang, aku rela hidup seribu tahun lagi. Sebab sakitnya hari ini tak ubah seperti di seksa seribu tahun.