Wednesday, 27 February 2013

Bitchology


Bismillahirahmanirrahim
Senyum comel. Kenyit mata.

Malu lah nak introducekan diri iteww. Harr muntah hijau. Hi aku gadis sweet 17 yang super ultraordinary. Mata besar, gigi rabbit wkwk. Salam perkenalan. Okay dah rasa annoying kejap heheww *kunyah bantal* . Selama ni cakap main lepas, kali ni tak tahu dah nak cakap apa haishh.  As warm up, I’ll make this first entry simple and just nice.

Definisi perasaan pada kefahaman aku;  satu rasa seronok yang senang berubah-ubah. Esok aku nak kahwin dengan kau, lusa aku nak kahwin dengan dia, tulat aku nak kahwin dengan kau balik, tahun depan hmm tengoklah macamana haha. No matter what do you feel today, ia takkan menentukan yang kau akan rasa benda yang sama esok. So, jangan buang masa. Frankly I told you, tak payah jenuh-jenuh cinta kat someone.




Hidup ni bukannya pasal the passing of years, remembering the memories atau the luck of survival. Tapi, hidup ni sebenarnya satu value dalam mencari kebebasan hidup, menghadapi muka-muka meloyakan dan keberanian dalam berjalan di hadapan muka-muka setan.

Just fall in love and break it up. If it’s doesn’t belong to you, fck off let it go. Don’t waste any tears. Hidup ni terlalu pendek kalau kita tak reti menghargai and keep on regretting. Live your life to the fullest. Mungkin kita perlu berhenti untuk fix on something broken. We should starting over and creating something better.

Bila dah rabak ofcoz lah sakit, perit, rasa macam nak meneran kan kan huzz. It eats you in and out, then leaves you crying in the darkness. It’s not just hurt, it is soul hurt . Faham tak soul hurt. It feels like something gets inside you and rips you apart. Dah lah rabak, kena koyak lagi. But then, enough. Start it all over again. Being in love is like a never-ended cycle, easy word endless loop lah. If terlepas yang ni, tak apa berlambak lagi yang lain.

Pesan aku, hiduplah dengan harapan. Tipu ahh korang hidup tanpa harapan. Harapan nak jadi cantik, nak kahwin dengan Kim Hyun Joong awww or untuk skema-tic person, maybe nak berjaya oh blabla whatever. Harapan itu penguat semangat ya sayang-sayang.

Arghh apa aku tulis ni Ya Allah.
Entah apa aku membebel. Sebelum melalut okaybye.


Sunday, 24 February 2013

Appreciate

photo credit to psychedelicwomb instagram

I'm She & I'm in love.

Tapi cinta ni tajuk yang sangat besar. Cinta pada siapa? Mak, boyfriend, makanan, kucing, agama, and the list goes on.

Bagi aku, cinta perlu dihargai. Untuk semua yang ada dalam hati kau, kau kena appreciate dan cinta seikhlas hati. Bila dah ada dalam hati, maksudnya dah jadi sebahagian dari diri kau. Appreciate, sebab bila cinta hati kau tu hilang, sakit dekat dada kau tu takkan ada ubatnya. Haa. Aku tau sebab aku pernah rasa. Rasa rindu, rasa jiwa kosong, rasa mcm dah mati.

Cinta kena ikhlas. Buat kopi setiap pagi untuk suami, jgn merungut. Cium mak setiap hari, jgn segan. Bersih sangkar kucing, jgn membebel. Call girlfriend bila jauh, jgn berkira. Sebab bila mak dah takde, baru kau menyesal nak rindu. Bila ukulele patah, baru nak nangis. Bila boyfriend pergi holiday jauh-jauh, baru rasa nak berkepit. Appreciate masa ada sebab nanti bila dah hilang takkan ada yg boleh ganti. TAKKAN.

Aku tulis based on pengalaman dan untuk peringatan dekat diri sendiri jugak. Aku, bukan perempuan subang yang tipikal. Aku kurus kering sebab sara hidup sendiri. Aku, anak yatim yang suka bila dimanjakan.

Start Your Engine...


Hello. SD in the house. Erm, entri pengenalan diri bukanlah sesuatu yang amat digemari. Sama juga irl, sesi berkenalan sering dielak. Tiada istilah sombong, Cuma mungkin agak kekok bergelumang dalam kalangan manusia yang antaranya agak sukar untuk diserasikan dengan diri. Okaylah, kita balik pada topik yang sepatutnya tentang tujuan blog yang dicipta oleh adik/abang/encik Aqram.

Bila bos si Aqram menawarkan aku untuk menulis di sini, aku terfikir samada dia nampak aku hebat dalam bercinta atau adakah aku terlalu rabak? Aqram, I need your explanation. Bercinta. Cinta. Perhubungan antara dua insan bernyawa. Kasih sayang. Kecewa. Ditinggalkan. Penyailang dan disailang. Mungkir janji. Ya, itu semua scene yang pernah berlaku depan mata selama dalam kehidupan aku.  Dan ada juga yang menjadi lipatan sejarah dalam hidup sendiri. Dan perkara yang melibatkan hati; rabak, ditikam, ditindas, penipuan. Itu semua adalah satu pembunuhan secara halus. Yang mana membunuh perasaan hati sikit demi sedikit. Dan mungkin juga ada yang mati hanya kerana hati. Tak mustahil. Pernah terjadi dan ada yang juga pernah terfikirkan untuk itu. Betapa hati itu kadang-kadang punya kuasa lebih besar dari akal fikiran.

Ada orang bermati-matian tidak membenarkan diri hidup tanpa cinta. Ada orang yang serik menghidupkan cinta dalam hati. Ada orang yang dalam ketakutan samada perlu untuk menyubur cinta semula atau tidak. Pelbagai ragam, pelbagai hati. Tiada agensi match maker dalam dunia yang boleh memadankan setiap satu hati yang bernyawa. Usaha kita sendiri. Cara penyelesaian kita sendiri. Tindakan kita sendiri. Yang ada hanya pandangan, pendapat dan nasihat dari orang-orang di sekeliling.  Dan itulah harapan aku di sini. Menjadi penasihat cinta. Peneraju untuk sentiasa membenarkan cinta  sentiasa hidup. Sentiasa ada dalam diri kamu.

Bila berkata untuk menjadi penasihat cinta, maaf jika aku katakan di sini yang aku agak kejam dalam mempersoalkan tentang cinta. Aku tidak selalu memandang cinta yang sudah terlalu cliché dalam kehidupan seharian. Aku lebih sukakan akan cinta yang mencabar. Cinta yang sebenarnya ada di sekeliling kamu, mungkin disedari tetapi tidak diendahkan. Cinta bukan tentang sepasang hati sahaja. Mungkin ada tiga hati, empat atau lima. Dan percayalah, itu yang sering berlaku sekarang.

Okaylah, rasanya tak manis untuk menakut-nakutkan kalian sekarang kan. Bagi masing-masing warm up dulu. Bagi semua senyum-senyum ceria. Seronok-seronok bercerita erti cinta. Cerita tentang fairy tale, ye dok.

“Apa gunanya hidup di dunia jika kau hanya duduk di tepi sebagai penonton. Kenapa tidak kau beraksi di situ, sebagai hero cinta. Adakah datang suatu kerugian? Mari sertai aku.” -SD 


Saturday, 23 February 2013

Random


Hi.

Terus terang aku nak bagitau, sebelum masa kau terbuang baca patah demi patah yang aku tulis, rasanya perlu kau tahu sesuatu. Aku bukan special pun. Lagi hebat si pengemis yang ada di jalanan, pakaian koyak rabak dan busuk pun lagi hebat dari aku. Kenapa? Hebat lah sebab dia duduk tepi jalan pun dapat duit hari hari. Lagi hebat pakcik yang bermain gitar kat KL Sentral tu, korang pernah tak dengar dia nyanyi? Awesome kan? Betul ni, tak percaya? Haa masih nak buang masa membaca? Terpulang lah.

Kadang kadang aku pun tak tahu aku ni macam mana, nak huraikan pun susah. Introvert pun bukan, sebab kadang kadang kalau kena topik best, konfem berjam jam aku boleh lepak berborak. Nak cakap feminin pun bukan juga, baru minggu lepas aku sempoi keluar pakai jeans dengan sweater Astro Boy kuning jumpa lelaki yang aku minat, lepas tu balik bilik menangis menyesal haha! Alim? Lagilah jauh panggang dari api, sebab semua orang adalah sinner, aku tak terkecuali. Terpelajar juga bukan sebab kalau aku dah pandai takdelah aku terkalut kalut belajar kat universiti tapi pointer masih bawah tiga.

Aku ni takdelah rare sangat pun, hipster pun bukan. Agaknya kalau lalu sebelah korang pun konfem takkan perasan sebab selalunya aku memang berjalan tunjuk pandang bawah. Tapi aku ada Abah yang awesome, kawan rakan sahabat yang suka tampar aku jatuh balik ke bumi kalau dah terbang sesat hingga ke langit, dan juga enam ekor kucing kat rumah. So aku ni boleh kira half awesome lah kot? Haha. Aku ni jenis kalau stress, diam aja, kena pijak kepala pun aku diam aja, malas nak cakap, pendam hingga hati aku mati sampai lah sekarang. Selalu juga aku jadi mangsa friendzone, benci betei tapi nak buat macam mana aku pun bukan jenis suka berjuang. Kalau benda tu nak terbang jauh, lepaskan aja, tu prinsip aku. Macam tu lah jugak pandangan aku kalau bab bab relationship ni. 



" Kalau dia nak pergi, biarkan pergi. Kenapa perlu kejar manusia yang berlari jauh sedangkan mungkin ada yang wujud di sisi? "

Eceh, keluar ayat bajet pujangga pulak.

Aku bukan la feminist, tapi mungkin pengalaman lepas ajar aku cara untuk bangun dan bangkit tanpa lelaki. Eh bukan la aku cakap perempuan boleh survive tanpa guys tapi, entah lah. Aku tak rasa kita perlu desperate dalam mengejar cinta. Bila dah umur meningkat tua, aku belajar cinta tu akan datang cari kita sendiri, dan perlukan usaha, bukan paksaan. Itu definisi cinta aku, sebab tu aku tak amik port sangat ungkapan cinta " demi kau kekasihku, laut berapi pun sanggup direnangi. " Kepala hotak kau, yang memandai nak berenang laut ada api tu kenapa? Konon ala ala Bruno Mars nak sambut Grenade? Haha goodluck with that.

Anyway, bagi aku cinta itu bukan bersifat destructive, tapi aku pun tahu kadang kadang cinta ni bersegi segi, tak ada salah dan benar. Bagi aku la, masing masing konfem ada pandangan tersendiri kan. Takpe, cinta tu subjektif, asal hati bahagia, apa salahnya kan? Oh lupa nak cakap, aku Zaffe, dan aku tak suka tengok movie fullscreen kecuali kat wayang. Jangan tanya kenapa, aku pun tak tahu kenapa.

Satu cerita tragis




Exhale. Inhale. Fuh. Dedebor masa type ni tau.

Masa aku hantar artikel kat Terfaktab 2 tahun dulu, aku takde perasaan nervous cam gini pulak. Tapi nervous bila post yang patutnya jadi luahan hati rahsia yang penuh pilu keluar kat Terfaktab guna nama penuh sekali dengan binti. Ah anak Bukhri ni. Jadi sekarang aku rasa takde guna nak rahsiakan nama sebenar atau identiti aku.

So, haaaaai. Perasaan aku sekarang ni macam zaman sekolah masa cikgu paksa kenalkan diri lepastu kau terkulat-kulat nak jawab sebab semua tengah pandang kau. Dulu aku akan jawab camni dengan suara nak tak nak keluar tapi muka tetap maintain konfiden, “Nama saya Nurul Ain Nadirah, hobi membaca novel dan melukis, cita-cita saya nak jadi fashion designer.” Ah gittew, boleh imagine tahap bimbo aku sekarang?  Lepas aku ambil subjek Kemahiran Hidup Bersepadu di mana sekolah aku memaksa pelajar perempuan mengambil ERT maka terpaksalah aku lepaskan cita-cita aku jadi pereka fesyen sebab level menjahit aku -999.

Lepas ni kalau aku rasa sedar diri level menulis aku -999 mungkin aku akan melepaskan juga cita-cita terpendam (yang hanya muncul ketika aku emo/rage/patah seribu) sebagai penulis. Yelah aku tau siapalah aku ni, aku tak sehebat Fizz Fairuz dan bekas tunang dia nak buat cerita multichapter berjela yang buat korang terpaku di Beautifulnara.

Eh, jap dah menyimpang ni, sepatutnya aku cerita pasal err cinta dan perhubungan. Hmm. Jeng jeng jeng. Aku rasa nilah pengakuan paling jujur aku pernah buat secara bertulis dan mungkin korang semua akan jawdrop lalu menuding jari kata aku penipu besar. Umur aku sekarang 21,  tetapi believe it or not selama 21 tahun hidup ni aku tak pernah langsung bercinta. Langsung. Aku tau reaksi korang, “TIPUUU, OMGWTFBBQ, LIKE SERIOUSLY, LAAAME, KUNONYA, SO APA PEREMPUAN NI BUAT KAT SINI”.

 Haih tsk tsk biasa dah semua ni. 

Kau ingat aku suka-suka nak cakap aku tak pernah bercinta bila semua orang lain, “like omg, you know last week my boyfriend blablabla”, “haritukan ex aku tetiba kacau aku nak aku balik”, “boyfriend kita plan surprise burffffday partayy”; hey ey ey aku pun nak cerita kencang camtu gak ah. Ini realiti hidup aku yang taktau pilu ke sedih ke bahagia (sebab banyak status Facebook kata single tu lagi happy haruslah aku mohon share harharhar) tapi yang paling bestnya dan yang paling akan buat korang jawdrop jugak satu gang aku kat university (tipulah satu gang tapi 70% from the gang) pun sama. 

Happy lagi bahagia tau sebab tak pernah rasa insecure omg I takde boyfriend lah siapa nak jadi boyfriend I lalu post status di FB tapi tu kat dalam university jelah. Masa dalam gang forever single, dunia ni macam kitorang yang punya; gossip tak ingat dunia, shopping tak ingat dunia, makan tak ingat dunia, gelak lagilah tak ingat dunia. Pendek kata kitorang ni ibarat heroin-heroin filem chick flick lah tapi takde hero.

 Bila keluar tanpa gang, macam kena paaaang pelempang berdas-das, wow ramainya couple-couple dalam Malaysia ni! Aku ni forever alone rupanya. Masa tu tetiba hati rasa ketat dan sesak  Nak jugak orang belanja satu grande Green Tea Latte, nak jugak orang belanja Strawberry Pudding Au-Lait, nak jugak orang belanja wayang, nak jugak orang belikan handbag Sometimes…hmm. Err, nampak tak niat salah di situ sebab tu forever single ehe.

Post first mana boleh cerita semua terus tak misterius lah jadi kaum minority dalam cinta ni, jadi InsyaAllah  aku akan share pengalaman aku sebagai seorang forever 21 single dan masalah-masalah yang dihadapi (contoh: cara menyimpan duit untuk membeli kasut dan bagaimana untuk mendapat pencerahan di H&M) dan tips-tips untuk menjadi forever 21 single yang berjaya.

xoxo, 
Gasip Gol

P/s: Kami bukan gang tudung labuh tau (pencerahan ini harus diberi supaya tiada konflik di masa hadapan)


Friday, 22 February 2013

cubaan pertama

Hai..

Hihi. Sebenarnya aku still rasa tak percaya sebab terpilih untuk jadi salah seorang penulis dekat blog terfaktab zine ni. Serius. Ibarat impian jadi kenyataan lah orang katakan. Tak dapat jadi skuad terfaktab pon okay lah sebab ada chance nak berangan kat sini. Hehe.

Actually, sekarang aku tengah rabak. Tersangkut dalam konflik dan masalah. Al maklumlah duniawi. Bukan semua benda yang kita nak kita dapat. Tapi tu lah, mungkin Allah dah tentukan sesuatu yang lebih baik untuk aku nanti pada masa akan datang, jadi mungkin ni sebabnya aku rasa sakit sekarang. Jangan ingat aku cuma rabak dalam masalah cinta. Lagi banyak masalah lain yang aku ada sebenarnya.

Bab nak introduce diri sendiri memang tak pandai. Nak dipendekkan cerita aku ni memang suka bercerita. Bergosip, menulis atau apa-apa je. Aku tinggal di Ipoh. Selalu terlepas semua event atau apa-apa acara yang terfaktab adakan. Sedih gila. Duduk jauh kan. Nak buat macam mana. Redho jela. Hihi. Sudah berpunya?? Eh?? Haha.
Pernah ada blog pada satu masa dulu tapi dah ditutup atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan. Ya, aku seorang hardcore terfaktab. Sangat obses dengan terfaktab sebab terfaktab besttt. Hihik. Pernah satu ketika dulu semua penulis terfaktab aku kacau. Well, terlalu obses lah katakan sampai macam tu sekali aku buat. Haha. Sampai diorang semua dah tak larat nak layan aku dah gamaknya.

*ehem ehem*

Jadi, pandangan aku pasal cinta? Well, love is not about me and you. It's about "us". Cinta tak berguna kalau sebelah pihak je yang beria-ria nak jaga hubungan. Tak guna jika ada "me" je tapi takde "you". Tak guna jugak kalau ada "me" and "you" tapi takde "us". Cinta memerlukan komitmen kedua belah pihak. Kalau taknak ada komitmen dan cuma mahu touch n go kau boleh pergi bercinta dengan ayam.

"A true relationship is not about me and you. It's about us. All about us. It's called LOVE."

Penangan Asmara



Hyeeeeeeee *lelambai tangan*

Memandangkan ini entri pertama aku untuk Terfaktab Zine, makanya aku memilih untuk up entry yang ringan dan santai. Disebabkan aku tersangatlah blurr untuk up entry apa sebagai permulaan, aku menyahut saranan incik yang orang gelar boss di Terfaktab iaitu Aqram untuk perkenalkan diri dan pandangan aku tentang relationship atau hubungan dalam bahasa melayunya.Terima kasih untuk idea tu.

Sebelum aku pergi jauh melalut, aku tekankan ini hasil tangan pertama, jangan mengharapkan apa-apa. Aku ni budak baru belajar. Kalau kata tahap sekolah tu kira aku ni darjah satu lah. Suci mulus lagi. Pegang pensel pun boleh tahan gigil. Tulisan pun kemain buruk senget benget. Mengeja pun banyak yang salah. Teruk betul bunyinya.

Alang-alang nak entri pengenalan, aku nak lah jugak kenalkan diri sikit. Bagi can lah. Kata baru, tak kan main redah je. Rasanya tengok nama pun tahu aku ni perempuan. Kalau ada kata yang aku ni lelaki mungkin ada gangguan dalam sistem otak kau. Tak pun kau terkena buatan orang. Haaaaaa. Umur pulak kawan aku kata dah lepas umur minimum masuk pub, club dan seangkatan dengannya. Entah, aku tak tahu sebab undang-undang emak aku, umur berapa pun tetap tak boleh masuk tempat cenggitu. Jadi aku tak ambik pusing semua hal duniawi tu.

Nak bagi pandangan apa ni?

Kalau nak ikutkan aku pun tak berapa nak layak lah cakap pasal hal perasaan dan jiwa ni. Nak nak kalau bagi nasihat. Lagi lah. Aku ni salah satu insan terfaktab tegar tahu. Dengar ayat tu pun dah rasa mencucuk je kat ulu hati ni ha. Betul lah apa orang kata, hakikat tu kekadang memang menyakitkan. Tapi pergi arwah lah kan korang nak kata apa pun. Bak kata Aqram,

Kau ingat semua yang jual burger tu suka makan burger? 

Ada lagi sambungan ayat dia, tapi aku lupa. Maaf. Sama lah jugak. Tak semestinya aku asyik failed dalam relationship aku tak boleh cakap pasal cinta. Damn you!

Cinta ni memang best bak hang. Dia boleh kasi kau terbang melayang nun setinggi langit sampai kau lupa ada tanah kat bawah. Dia punya asyik memang tak menahan. Orang kata kalau tengok cerita sedih sampai basah bantal meleleh air mata pun kau boleh steady senyum. Tu dia punya syok. Tapi kau jangan lupa, cinta ni jugak boleh humban kau ke tanah sampai hang tak boleh berdiri. Silap haribulan terbenam jauh ke dalam, kepala pun tak nampak. Sakit dia tak boleh ceghita. Dia punya berkabung tu bawah sikit je dari kematian. Serius.

Makanya, bila dalam mood duk tersegih sebab penangan asmara tu jangan lah sampai lupa diri. Macam orang kiri kanan tak wujud. Asyik nampak dia je. Melampau. Macam dunia ni tak kan berakhir. Tak fikir langsung kemungkinan akan datang. Dan bila kau dah jatuh terduduk dek cinta pun jangan rabak sangat. Macam takde hari esok. Kemon lah, dunia belum nak berakhir lagi. Kalau berakhir pun dunia lagi satu ada. Kau jangan lupa. Sebab tu kau jangan buat benda bodoh. Dah dah lah awan terpilu tu.

Aku selalu ingat pesan emak aku,

Kalau sayang orang, simpan sikit benci ke dia . Kalau benci orang, simpan sikit sayang ke dia. 

Bukan apa. Kalau benci sangat nanti makan diri. Kalau sayang sangat pun silap haribulan boleh gantung diri. Kita tak tahu esok apa jadi.

Walaupun aku berpegang teguh dengan mandat keramat dari emak aku tu, bila bercinta kekadang tersasar jugak terbang tinggi. Bila rabak, tersepuk ke ceruk jugak aku. Herh. Dasar manusia, kalah dengan cinta.

Monday, 11 February 2013

Selamat Terjadi



Terfaktab Zine.

Mudah. Ringkas dan senang ingat. Sebuah laman khas untuk semua pembaca dan peminat Terfaktab yang mempunyai kebolehan menulis dan berkarya.

Uollz teringin betul nak jadi sebahagian dari anggota penulisan Skuad Terfaktab atau mahu menulis untuk Terfaktab Media? Di sinilah tempat uollz mengembangkan penulisan uollz itu ke tahap lebih power dengan bimbingan dari kami.

Marilah mencuba dan menyertai projek khas ini, mana tahu rupa-rupanya uollz ada bakat terpendam dan bakal diserap ke Skuad Terfaktab? Mula-mula tulis blog kat sini, lepas tu tulis zine, lama-lama tulis buku. Semuanya bermula dari perkara asas iaitu kertas dan blog. Peringkat demi peringkat seperti yang anggota skuad Terfaktab pernah lalui.

Kami sedang mencari sepuluh penulis bagi peringkat awal ini. Jika uollz berminat, hantarkan 2 penulisan atau lukisan terbaik uollz ke creative@terfaktab.com .

p/s: Kami lebih terjerumus pada genre penulisan relationship yang maha kelakar, parody dan sarkastik. Yang  rabak-rabak ni boleh juga. Puisi pun boleh. Tapi tak terjerumus sangat.

Selamat mencuba!