Sunday, 30 June 2013

Berapa Kali Jadi Bodoh?


Aku pernah suatu ketika menjadi seorang yang terlalu naïf. Masih muda dan mendapat lesen untuk terbang bebas dari kongkongan famili.   Bebas untuk menentukan arah tuju hidupku di waktu itu. Terus terang diakui, setiap tindak tanduk hampir 100% dipengaruhi oleh kawan-kawan sekeliling. Lantaklah kalau nak kata, kawan-kawan bukan mempengaruhi kita tetapi kita yang mudah terpengaruh dengan kawan-kawan. Bagi aku sama sahaja. Jangan nafikan sesuatu perkara yang sebenar walhal hakikatnya kita terpaksa ego untuk tidak mengaku salah.  Dalam banyak-banyak perkara,  rasanya perkara yang paling mengecewakan bila aku mengenal cinta di usia yang terlalu muda. Yang mana ketika itu aku percaya cinta adalah segala-galanya. Cinta bagiku adalah kebahagiaan. Cinta bagiku adalah sayang yang tiada berpenghujung.  Cinta bagiku sesuatu yang indah, langsung tiada buruk sangka terhadap erti cinta. Tanpa aku sedar, cinta telah buat aku lupa untuk menjalani hidup sebagai anak muda yang sepatutnya menikmati hidup bebas buat pertama kali. Ya, cinta buat aku jadi bodoh; di usia remaja.

Melihatkan kawan-kawan yang seronok berpasangan, membuatkan aku juga mahu keadaan yang sama. Keluar berjumpa setiap hujung minggu, bergayut di telefon setiap malam hingga lewat pagi. Setiap hari dapat bercerita dengan kawan-kawan yang lain betapa seronoknya si dia yang sentiasa dapat memenuhi keinginan di hati. Setiap bulan dihadiahkan dengan bunga, teddy bear, dibawa berjalan-jalan, shopping bersama. Ya, itu semua dengan menggunakan duit PTPTN atau tanggungan MARA. Hebat kan. Insan mudah cemburu dan rapuh seperti aku telah membuatkan hatiku juga memberontak untuk punya satu pasangan hidup. Walaupun realitinya aku belum tahu apa itu cinta. Dan langkah aku untuk terjun ke dalam cinta dalam usia yang terlalu muda menjadikan aku sebagai aku yang sekarang, sentiasa pesimis terhadap cinta.

Aku tak nafikan ada yang berjaya bercinta di usia muda, selaras dengan kejayaan  pelajaran masing-masing. Tapi berapa kadarannya kalau hendak dibandingkan dengan yang tumpas? Dalam lima orang yang bercinta sewaktu belajar, mungkin satu pasangan sahaja yang berjaya hingga ke menara gading dan berkahwin. Lagi empat pasangan? Hurmm. Mungkin ada yang mahu menyangkal, mereka yang tewas bukan tergolong dalam golongan yang cerdik pandai dalam belajar. Ini ada suatu kisah benar di tempat asalku. Seorang budak lelaki, seniorku. Sangat bijak orangnya. Aku kenal dari semenjak kecil. Dan ditawarkan untuk menyambung pelajaran dengan tanggungan JPA. Bukan senang nak dapat kan. Sewaktu cuti akhir final semester  bulan Ramadhan, dia dijumpai menggantung diri di biliknya dalam keadaan biliknya berselerak dengan surat-surat cinta dan gambar-gambar seorang perempuan yang telah dikoyak-koyak. Apa perkara pertama yang dapat disimpulkan? Adakah hasutan syaitan pada ketika itu? Walhal kejadian di bulan Ramadhan. Wallahu a'lam.

Aku tak pernah menghalang untuk bercinta di usia muda. Jauh sekali untuk mencebik ke arah mereka yang bercinta sewaktu belajar.  Tak adil untuk aku seorang yang menjadi bodoh, apakata bodoh itu dikongsi bersama, kan. Tiada salahnya untuk menjadi bodoh untuk pertama kali. Sedangkan kita semua tahu, kita perlu melalui kesilapan untuk mencipta kejayaan. Yang menjadi isunya, berapa kali kesilapan yang perlu dilaku untuk capai kejayaan itu? Atau bahasa yang kasarnya, berapa kali kita mahu menjadi bodoh untuk mencapai cinta yang dimahu? Cinta dan bodoh, berpisah tiada. 


“Sekali silap, mungkin ada salah kita. Dua kali silap, mungkin kita terlupa sejarah. Tiga kali silap, mungkin sudah ketentuan. Empat kali silap, mungkin bodoh sentiasa wujud dalam diri.” SD

Thursday, 27 June 2013

Apa lagi lelaki mahu?

Baiklah, begini. Aku bosan bila orang asyik salahkan perempuan. " Perempuan ni ada komplikasi perangai dan hormon yang tak tercapai akal! ", begitu rungutan para lelaki dalam dunia. Kau jangan nak gebang lebih, sebenarnya sama aja. Lelaki juga punya komplikasi emosi dan hormon.

Kalau perempuan suka, dia ketawa. Kalau dia sedih, tak puas hati, dia akan menangis. Paling susah kau nak tafsir pun, bila perempuan tu diam. Tapi itu semua cerita dah basi. Kau dah tentu tahu kalau perempuan diam tu ada la kau buat salah, ada la benda yang dia merajuk. Direct dan senang, kan? Tapi lelaki?



Baiklah, apa lagi yang lelaki mahu?

Kenapa aku kata lelaki ini punya komplikasi lagi hebat dari perempuan? Sebagai seorang perempuan, aku faham bila in relationship tu memang adat la nak text, malam malam nak buat supersavers, nak sweet sweet kata orang. Aku pun ada pengalaman begini, dulu la, dulu k. Siap nak declare la, status relationship segala jadah tu. Tapi ada lelaki kata ini merimaskan. Ini mengongkong, katanya. Ini budak budak. Bosan dan jemu. Paling lama tahan pun dua tiga bulan pastu dia akan mula merungut kalau perempuan marah sebab Whatsapp dia tak dibalas. Masa tu aku fikir, dia ni tak rasa ke apa aku rasa? Rindu nak dengar suara, rindu nak text. Gitu lah. Lelaki macam gini akhirnya akan cakap mereka rimas dan serabut. Mereka akan mintak space.

Flashnews! Biasanya kalau lelaki ni cakap nak mintak space, chances are, dia nak mintak pakej sekali dengan break. Tak percaya? Kau tunggu, dua tiga minggu lepas tu kau tengok la, dia sakan dok kepit dengan perempuan lain.

Jadi lepas tu mungkin pencerahan tentang dunia akhirnya datang. Usia dah cecah 20-an, kau pun mula rasa, eh macam betul. Texting dan calling selalu ni macam buang masa juga. Masing-masing ada life, katanya. Masa ni mungkin kau pun dah jumpa lelaki lain, dan berdasarkan pengalaman dengan ex kau, maka kau buat konklusi, lelaki perlukan ruang. Lelaki mahu bebas, tak mahu terikat. Jadi apa yang kau buat seterusnya akan bertentangan dengan apa yang kau buat dengan ex.

Goodmorning and goodnight text? Ain't nobody got time for that! Selalu nya hanya texting, itu pun bukan kerap. Call hanya kalau ada hal mustahak atau ada cerita-cerita yang best. Mungkin ada rasa rindu, tapi sebab serik dulu ditinggalkan sebab jadi clingy punya pasal, kau biarkan aja. Kau tak mahu sejarah berulang. Bila kau tahu si dia tengah lepak, kau biarkan. Mahu tengok bola bersama homies? Kau bagi green light. Kalau dapat girlfriend jenis extreme sikit macam aku, siap tanya " Eh tak lepak ke malam ni? Pergi la keluar ke apa. Have fun! " Cool la kononnya.

Tapi lepas tu kau dituduh tak ambil berat. Lelaki ni kata kau tak ambil peduli pasal dia. Kau dilabel tak sensitif, tak ada perasaan. Kalau nak lagi teruk, ada yang kata kau ni ego tak bertempat, ada boyfriend tapi tak reti nak jaga. Buat hidup macam orang single. Free je kena maki. Padahal kau pun bingung. Bukankah lelaki mahu kebebasan? Mahu lepak dengan kawan, mahu keluar, tidak terikat. Tapi mahu girlfriend yang selalu text juga? Yang mengacau masa lepak juga? Yang merengek sepanjang masa juga? Pastu sekali lagi kau ditinggalkan dengan sebab yang bodoh.

Ada seorang lelaki ni pernah cakap kat aku, " Kalau I nak text, I text la. Kalau you bagi text, I akan reply bila I nak reply. I will call when I want to call. Okay? ". Dulu aku rasa boleh tahan bersalah juga, kononnya salah aku la kot. Tapi bila aku ingat balik ayat ni, aku rasa macam, eh boleh tahan celaka jugak mamat ni.

Like hekeleh, apa lagi lelaki mahu sebenarnya?


Tuesday, 25 June 2013

Apa Perempuan Mahu?


Kalau tiba-tiba makwe kau diam secara mendadak. Entah angin apa pulak tetiba mendatang kan. Bercakap taknak, dipujuk tak mahu. Call taknak pickup, mesej tak dibalas. Akhirnya kau mati kutu. Dah tak tahu apa yang perlu dilaku. Sebenarnya apa yang perempuan itu mahu? 

Scene #1
Perempuan bila dah rasa ada sesuatu yang mencurigakan, dia mulalah acah-acah untuk menjadi  penyiasat cabuk. Perhatikan perangai diorang bilamana tiba-tiba diam dan anak mata meliar tak tentu arah. Mesti ada benda yang dia nak luah, tapi samada tak cukup berani atau takut untuk diluahkan. Tak cukup berani mungkin sebab tuduhan yang bakal disuarakan rupanya hanya berpunca dari cemburu buta. Takut untuk diluahkan mungkin sebab rasa diri tak selamat, insecure sebab apa yang disyaki itu benar dan buat diri hidup dalam dilema. Mungkin bakal ditinggalkan? Okay kalau dalam scene macamni, apa sebenarnya yang perempuan mahu?

  • Bagi dia masa untuk bertenang. Tapi dalam masa yang sama jangan menjauh dari dia. Perempuan ambil masa yang lama untuk cakap sesuatu yang dia kurang pasti. Jadinya, step yang pertama adalah bagi dia masa.
  • Jangan paksa. Jangan desak untuk bercakap. Jangan tinggikan suara dan tanya soalan yang bertubi-tubi. Jangan, jangan dan jangan. Waktu macam ni korang kena pecahkan otak sikit, fikir balik apa yang korang dah buat. Jangan malas untuk berfikir.
  • Perempuan nak tengok sejauh mana usaha korang untuk meraih mereka kembali. Bila diorang tengok usaha yang bersungguh, sikit demi sikit apa yang menjadi punca diorang berubah tu akan hilang. Kadang-kadang sampai lupa kenapa mereka dingin secara tiba-tiba. You know why? Sebab segala syak wasangka itu pupus setelah korang bersungguh untuk sentiasa ada di sisi walaupun dicurigai.

Scene #2
Kalau yang tadi masa dalam keadaan syak wasangka. Kalini bila keadaan perempuan dah tahu apa yang berlaku di belakang dia. Maybe korang ada bermain kayu tiga, empat dan lima di belakang diorang? Atau buat something fishy tanpa pengetahuan diorang. Bahaya ni, bahaya. Yang korang pulak tak sedar yang makwe-makwe ni dah tahu pasal kegiatan korang. Haaaaa, sedingin kutub utaralah mendapatnya. Perempuan itu tetap diam tapi lain macam diamnya. Membahang jek kalau ada dekat tu. Macam boleh rasa lahar gunung berapi nak meletus. So apa tindakan selanjutnya dan apa perempuan mahu?

  • Ingat semula last word dari si dia. Perkataan terakhir itu kunci untuk segala-galanya. Sebab dia dah mula mendiam, dan kau takkan ada peluang untuk bertanya banyak lagi. Kau pulak jenis pelupa, jadinya kaitkan ayat terakhir dia dengan apa kejadian yang berlaku 2,3 hari sebelumnya. Sekaranglah masanya korang nak jadi penyiasat cabuk pulak.
  • Kalau tadi kau kena bagi masa, kalini kau kena bagi ruang pulak. Kau perhatikan dia dari jauh. Tengok apa tindakan dia. Dia meroyan tak tentu pasal kat mana-mana laman sosial ke? Kau ada nampak dia tiba-tiba rancak keluar dengan semua kawan-kawan dia TIAP-TIAP hari ke? Bila dah sampai tahap macamtu, kau kena cepat sikit sedar apa salah yang kau dah buat atau yang lagi tepat MAKWE KAU DAH TAHU APA SALAH KAU DAH BUAT.
  • Bila kau dah sedar yang diorang tu dah tahu segala aktiviti sampingan kau tu, BERSEDIALAH UNTUK MENGAKU. Siap siagalah dengan pelbagai hujah sebab sekali kau dah pergi mengaku ke dia, kau umpama watak si penjenayah yang dalam bila-bila masa sahaja akan dijatuhkan hukuman gantung sampai mati. Kalau kau rasa tak mahu kehilangan dia, air mata yang paling mahal tu boleh dijadikan modal. Sekali sekala menangis untuk makwe, apa salahnya kan.

Sebenarnya perempuan terlalu rumit. Aku pun macam tu jugak. Kadang bila lelaki kata itu sekadar benda remeh, padahal perempuan anggap itu hal besar antara hidup dan mati. Padahal bergaduh sebab nak pilih tempat mana nak makan jek. Hurmmm. Bala, bala.

Tapi ada satu keadaan lagi yang jarang-jarang berlaku. Yang mana perempuan itu diam dan terus menghilang. Mungkin kerana dia dah tahu kebenaran yang dirinya sering ditipu. Dan penipuan itu sering ditutup dengan simpati. Penipuan yang buat hatinya keras untuk kembali semula. Penipuan yang buat dia rasa kosong dan hilang segalanya. Dan bila keadaan ini berlaku, agak sukar untuk kau meraih dia kembali. Kalau berlaku pun, mungkin kau memang power. 

Okey, makwe-makwe semua. Apa lagi yang korang mahu? List outkan kat ruangan komen, then cc kan entry ni ke pakwe korang. Kakakakakaka…  Pakwe-pakwe jangan marah pulak. Nanti I buat entry khas untuk korang pulak. ^_^*

“Mungkin masa untuk bermain telah tamat. Atau mungkin aku boleh jadi bodoh untuk kembali semula. Semuanya tiada dalam ketetapan.” SD

Thursday, 20 June 2013

Tunggu

Pernah tak, bila kau suka somebody tu pastu kau rasa, tak apalah asalkan dia bahagia, even bukan dengan kau? Tapi tipu, kan? Sampai bila nak tipu diri sendiri? Rasa sakit yang kau rasa tu, sampai bila nak sorok? Sampai bila nak menangis? Sebab kalau boleh, kau nak tunggu. Tunggu sampai dia nampak.

Kan?

" I was there for him, I was with him through every dark stages in his life. I love him, Jay. Why can't he see that? Why he still choose her over me? " said Sarah when her crush chose another girl over her.

I couldn't entirely put the blame on her, really. Because this is how our world works. Relationshit. Often we found ourselves giving love and appreciation to those who least deserve it, and then we ignore those who really have affections and care for us. We keep on chasing the one that we want, and we run away from the one who want us. We fight for the wrong battle, and if it's a war with love, baby, then you ain't winning.



Kau rasa mulia sangat ke sakit kau? Rasa kagum tak dengan diri sendiri? Sanggup tahan sakit mengejar orang yang tak suka kau. Tapi kau pandang orang yang suka kau sebelah mata. Kadang-kadang aku pelik tengok kau yang asyik mencarut ke langit, selalu salahkan takdir. " Kenapa orang yang aku sayang, orang yang aku kejar tu asyik terlepas? " kau tanya Tuhan sambil menangis. Aku perhati aja selama ni kau sibuk bercerita rabak kau yang sekali lagi gagal bercinta. Kau mengadu dan terus mengadu sambil mulut jadi biru.

Tapi aku? Kau tak pernah nampak aku kan?

Bila Sarah tanya, why the hell I choose to still stick around and stay with her? I just shrugged my shoulders and replied, " I don't know, I guess I like being around you. ". Tapi hakikat sebenar hanya aku aja yang tahu. I want her to finally see me, even after days, months or years, the hope in me still burning brightly. Maybe she will notice me, esok, lusa atau minggu depan. Atau hari lain, siapa tahu? Kelakar kan? Sanggup menunggu sampai cinta, sampai hati jadi lusuh, busuk.

Funny how we couldn't see it, funny how sometimes we thought love is fine when true love is selfish, true love is murderous. Kelakar bila kita asyik menunggu dan mata jadi buta, sampai terlepas pandang orang yang sayang kita. Love sometimes means we are willing to sacrifice, even if it means to lit our own inside with our own bare hands. No?

" Jadi, kau masih nak tunggu? Atau nak berhenti dan pandang kiri kanan? Mana lah tahu, ada yang menunggu. " soalan yang berlegar dalam otak. Tapi Thom Yorke cakap, true love waits. Entahlah.


Tuesday, 18 June 2013

Kau malu?

Kau malu nak mengaku dia boyfriend kau?

Sebab dia pendek, gemuk, tak handsome? Malu nak bawak jumpa kawan. Sebab dia takde duit, takde kerja, takde kereta.

Kau tinggalkan dia untuk lelaki lain. Yang lagi tinggi, perut six packs, muka handsome kacak bergaya. Kau bawak lelaki lain jumpa kawan-kawan kau. Sebab lelaki lain ni kaya boleh belanja semua, kerja pangkat besar, kereta dua pintu.

Satu hari kau sedar, lelaki lain ni tak sayang kau macam mana dia sayang kau. Lelaki lain ni tak pernah setia, tak peduli kalau kau sedih, suruh kau diet, tak suka tengok muka sememeh, marah kau pakai selekeh.



Kau rindu rasa kena cium dekat dahi setiap pagi, setiap malam. Kau rindu dia yang suka layan kerenah kau, usap rambut kau, buat kau gelak. Dulu, dia tak pernah kisah kalau tengok muka kau sememeh, tak pernah kisah kalau kau pakai simple, tak pernah kisah kalau kau naik 2kg, tak pernah buat kau nangis sedih, tak pernah tinggikan suara.

Dia dah taknak kau yang dulu tak pernah nak hargai dia. Sekarang dia bahagia dengan aku yang takkan tinggalkan dia.

Sekarang, kau nak dia balik. Tak malu ke kau?

Saturday, 15 June 2013

Sakit



Sakit.   

Satu benda yang semua orang akan rasa. Tipu lah kalau kau kata kau tak pernah rasa. Paling lopek pun mesti sekali pernah rasa macam mana rasa kena tikam jiwa. Bila rasa sakit rasa nak penerajang orang pun ada. Kan?

Sakit ni sebenarnya satu rasa yang gila. Sakit yang kekadang datang tanpa kau cari atau kekadang tak ada tapi kau yang cari sakit sendiri. Masa sakit tu lah kita nak tahu siapa yang selalu ada dengan kita. Masa sakit tu lah kita nak tahu siapa yang pedulikan kita. Masa sakit tu semua rasa kita nak luah. Remuk rendam, kecewa lara, semua kita luah, semua kita rasa. Bila sakit, rasa macam satu hari suntuk tak cukup masa kita nak menangis meratap bagai gila. Rasa macam satu hari tu patut ada 48jam atau selebihnya. 

Nak nangis orang kata habiskan masa satu hari. Kena nangis lama-lama sampai puas hati. Tapi kalau satu hari pun rasa tak cukup macam mana? Kemana lagi nak lari?   

Kekadang bila kau sakit. Kau mesti cari semua orang yang kau ada. Luah semua benda, luah semua sakit dalam jiwa. Kau minta pendapat, kau minta nasihat. Orang yang betul peduli akan betul-betul pujuk kau sampai tangis kau berhenti. Bagi nasihat itu ini. Kau dengar, kau iyakan tapi dalam hati kau taknak tahu pun apa nasihat orang lain. Kau berdebat itu ini dengan orang yang jadi tempat kau meluahkan perasaan. Semua rahsia, semua rasa keluar tanpa disangka. 

Bertalu-talu nasihat kawan kau lemparkan. Kau ambil, kau dengar tapi lepas itu kau buang ke laut. Kau buat pekak, buat buta tuli. Kau ikut kata hati kau sendiri. Sebab pada kau, apa yang kau fikir je yang betul. Sebab pada kau, kawan kau tak rasa apa kau rasa. Kau yang rasa dan kau je yang ada hak nak buat apa yang kau nak. Orang susah payah bagi cadangan nak jauhkan kau dari rasa sakit hati, tapi kau degil nak hadap sakit sendiri. Bila sakit kau mengadu itu ini kat semua orang. Ingat semua orang suka dengar cerita sama berkali-kali?   

Ibarat kau cuba belajar menunggang basikal. Kau mula kayuh, kau jatuh. Luka berdarah, kau rasa sakitnya. Tapi kau bangun balik, naik atas basikal dan kayuh sampai habis. Mak kau kata sudahlah. Nanti bertambah luka. Tapi kau degil, kau buat pekak telinga. Kau kayuh juga. Sebab kau tahu, satu rasa yang puas kau akan dapat bila kau dah berjaya kuasai basikal tu. Kau dah berjaya tunggang. Kau rasa puas bila kau boleh depa tangan sambil kaki kayuh pedal.   

"Nak rasa bahagia kena rasa dulu sakitnya."

Itu contoh sakit yang kau cari sendiri. Kau tahu sakit tu ada punca. Punca datangnya dari mana. Tapi kau tetap dekat dengan punca. Hadap rasa sakit yang buat kau jadi gila. Kau butakan mata, kau matikan rasa. Sebab kau rasa bila semua sakit tu dah reda kau akan temu bahagia. Tapi kau yakin bahagia tu akan ada? Kalau bahagia tu cuma angan-angan yang sia-sia macam mana?   

Berbaloi ke kau cari sakit sendiri kalau kau sendiri tak pasti bila tarikh luputnya? Takkan kau nak hadap sakit tu sampai mati? Konon berharap kau akan bahagia satu hari nanti?

Friday, 14 June 2013

Confession #30

Kadang-kadang aku rasa apa yang aku fikirkan selama ini salah sebenarnya. Tak kiralah, pasal manusia, dunia, mahupun syurga neraka. Dulu aku fikir, baik dan jahat ni boleh je sama dengan hitam putih,senang orang nampak dengan mata kasar. Akhirnya aku di sini fikir yang manusia tu banyak yang berwarna kelabu, pakai topeng celoreng persis kuda belang, kadang-kadang hitam bergaris putih, kadang-kadang putih bergaris hitam. Sama juga lah dengan cinta. Dulu aku rasa macam perasaan fall in love mesti indah, mesti ada bahagia kat hujung cerita. Gambaran merah jambu, perasaan buat aku terasa di awangan. Cloud nine.

source
Tapi kau mahu tipu siapa? Dunia tak indah. Itu semua dongeng.

Terasa ada gerak di sebelah, beban baru atas katil. Mata aku sengaja pejamkan, perlahan aku hembus nafas. Terasa lima jari berjalan perlahan di pangkal peha. Ah, dah terjaga rupanya dia. Aku telan pahit tekak sedang pinggang aku dirangkul. Dan yang seterusnya kau tentunya tahu, tak perlu aku cerita.

Dan dalam masa satu jam berkata bahasa kononnya cinta menggunakan tubuh, akal aku masih lagi berlari-lari. Dalam masa tangan dia dan aku menjadi satu, irama yang sama bergerak laju, sebenarnya dalam diam hati aku bisu. Tiada apa yang dirasa, entah apa yang seronoknya hubungan sebegini. Tapi aku simpan jauh-jauh, mulut hanya mampu mengeluh kesah, nada manja sengaja diluah, biar ego seorang lelaki terjaga. Lantas bila sudah, aku pahatkan senyuman puas, walhal mata aku cepat-cepat beralih arah, bingkas aku bangkit dan mengutip pakaian atas lantai.

Mandi. Ya, aku patut mandi.

Shit! Dah pukul 3.15 petang. Aku dah terbayang muka bengis Madam Lim kalau aku datang lambat kelas dia ni. Masa ni lah aku teringat assignment report yang dia bagi minggu lepas aku tak print lagi. " Sarah ada kelas lepas ni, so I don't think I could make it tonight. Final exam pun dah dekat, I need to study. Maybe next week I datang lagi, okay? " ujar aku laju. Aku lihat dia hanya mengangguk perlahan, dan tangan aku lincah memakai tudung empat segi merah jambu bercorak bunga putih, padan dengan baju kurung hitam pada badan.

" Take care, Sarah. Thanks for the night. " ujar dia.

Pernah tak kadang-kadang kau rasa yang selama ni kau fikir betul tu salah? Tipu kalau aku cakap benda macam ni semua orang nak buat. Tapi tipu juga aku cakap kalau aku buat ni kena paksa dan bukan rela. Baik, betul dan buruk, itu semua kelabu bagi aku. Bibir diketap sendiri, kuat. Teringat dulu susah-payah bekerja siang malam untuk makan, itu belum lagi nak bayar yuran pengajian. Masa tu ada orang tolong? Tak ada. Siapa nak kawan dengan kau kalau tak berduit? Dulu juga berhempas-pulas makan hati, cuba untuk setia separuh mati. Akhirnya jantan tak guna tu kahwin dengan orang lain. Bak kata orang, habis madu, sepah dibuang. Masa aku nangis, berapa kerat je ada? Masa aku meroyan hati patah, kau ada? Tak ada, aku hidup bangkit seorang. Geram bara dendam berapi semula.

Dulu bila orang tanya, aku ada jugak cuba nak cerita. Cuba juga nak bagi orang faham apa yang aku rasa. Tapi sekarang aku malas. Berat mulut aku nak kata kat orang, sebab tak ada yang akan faham. Pernah ke orang kisah, sakit aku macam mana, jalan yang aku pilih macam mana. Semua orang sibuk nak agungkan sakit sendiri, semua orang rasa cabaran hidup dorang lah paling getir, paling teruk. Sebab tu aku malas. Biar aja lah aku diam.

Semua orang asyik berlumba dorang lah paling sakit sampai tak nampak, ada orang lain yang lagi parah rabak teruk dari dorang. Semua orang dah jadi buta.

Ah, pedulikan! 

" Ini kan yang kau pilih? Mereka yang lain apa kisah. Abaikan. Mahu salahkan siapa? Tiada! " bisik Iblis dalam hati. Kesian Iblis, asyik dia yang dipersalahkan, padahal kadang-kadang dosa yang dibuat sebab hawa nafsu sendiri, dia cuma curah minyak atas api. Pantas dua tangan digunakan untuk mengemas barang, mengutip segala sisa satu malam. Sebelum keluar, aku ambil satu keping kertas nipis atas meja. Hak aku, maruah aku, harga yang aku letak untuk setiap hujung minggu. Tujuh ribu ringgit Malaysia. 

" Boleh makan besar aku malam ni. " kata aku sambil bersiul girang. Harap-harap Madam Lim tak marah aku tak buat lagi assignment yang dia bagi. Hhhmmm.


Monday, 10 June 2013

Galau

Ikut hati mati
Ikut rasa binasa

Tapi aku tak ikut hati, tapi aku dah pun mati. Aku tak ikut rasa, tapi tetap jugak binasa.

Orang kata jangan mudah percaya dan beri sayang tu sewenangnya. Jangan terlalu murah dengan sayang sebab kelak makan diri. Habis kau fikir aku tabur sayang aku mengikut angin lalu? Biar terbang rawak. Bertebaran lah sejauh mana dia mampu. Rebahlah pada yang dia mahu. Sayang itu aku jaga, aku bendung biar tak pergi ke orang yang tak selayaknya. Aku tahu. Tapi mungkin aku silap sebab aku tak jaga hati aku sebetulnya. Hati yang timbulkan rasa sayang. Sayang aku ikat tahan, tapi hati aku lepas bebas.

Jangan bagi ruang untuk hati disakiti. Tapi mana kau tahu hati kau akan sakit kalau kau sedang kecap bahagia. Sayang baru berputik, semua nampak indah. Yang buruk pun dikata elok. Kau kata itu buta tuli, pergi mati sana sebab kau mungkin tak pernah rasa nikmat cinta sampai kau jadi bodoh. Akal boleh realistik tapi hati tak kan pernah boleh waras. Dalam berjaga kau tergelincir. Tenggelam dalam nikmat perasaan sampai lupa kemungkinan yang menanti dihadapan.

Ku sangka panas sampai ke petang rupanya hujan di tengahari.

Sakit. Memang sakit. Sakit yang tak boleh nak diungkap.

Menangis selagi kau boleh. Benam hati kau sedalam yang kau mahu. Layan remuk redam selagi kau mampu.



Aku mahu kau tahu, ini bukan salah kau sayang. Kau tak bodoh. Menyerahkan hati pada yang dia yang masih kelabu tu bukan satu kesalahan. Lumrah manusia. Tapi dia. Dia tak pandai menghargai kau. Penglihatannya masih liar. Hati nya masih besar. Nafsunya masih kasar. Otaknya masih dumpu. Dia juga seperti kau. Insan biasa yang buta bila dihidangkan dengan rahmat kasih. Biarkan. Beri dia peluang. Lepaskan dia melangkah sejauh mana dia mahu. Tengok destinasi mana mahu dia berhenti. Sebab kau perlu tahu mana letak duduknya kau dan dia.

Dan kau cuma perlu kuat. Sekuat batu kerikil. Berhenti tanya apa salah kau. Dan alihkan jari kau dari terus menuding pada dia. Tak perlu terlalu mencari di mana silap. Abaikan mahkluk keliling dan pelbagai cakap kerana mereka tak tahu apa sebenarnya yang wujud antara kau dan dia. Dan rahsia itu biar terus kekal disitu. Simpan. Kerana banyak mana pun yang kau ungkap, setulus mana kau luah, ia masih tak sama apa yang di dalam.

Saat dia terjatuh sebagaimana dia lakukan pada engkau, baru dia tahu apa itu dunia. Dia akan sedar, hati tu bukan sekadar untuk bahagia. Derita sentiasa menanti untuk mengambil tempat. Ada sisi lain selain putih. 

Sudah, kesat air mata. Lalui hari kau seperti masih punya pelangi. Bertenang. Teruskan hidup dan bersedia. Lihat ke mana takdir akan membawa kau. 

Friday, 7 June 2013

Tolak tepi

Malam yang senyap, bunyi jarum jam pun aku boleh dengar. Buku " The Perks of Being A Wallflower " dan cawan berisi air kopi diletak perlahan atas meja. Nafas dan keluhan aku hembuskan perlahan. Suara Thom Yorke setia jadi peneman, album Pablo Honey berulang aku dengar. Hati rasa sebak.

Selama ni aku tak pernah nampak erti bila orang cakap  " If you love someone, set them free. " Aku tak pernah mengaku kalah. Kalau aku nak, aku akan usaha sampai aku dapat. Sama dengan perhubungan, aku jenis direct, kalau suka akan terus confess. " Kau confident, boleh la. " cakap kawan aku, Cumi. Tapi malam ni baru aku sedar berat beban bila kita suka kat orang.


" We accept the love we think we deserve. "

Kau ingat kau seorang aja yang sakit? Habistu aku? Tangan yang melepaskan juga terluka. Aku tolak kau tepi ada sebab, bukan sengaja. Bukan sebab aku tak suka, bukan sebab perasaan sayang tak ada. Tapi nak buat macam mana. Hidup masih panjang, dan hidup juga bukan pasal cinta aja. Kerjaya, pelajaran, mak bapak, itu semua kena fikir. Bila aku nampak kau, hati rasa gentar. Hati rasa takut nak berjuang. Rasa takut buat aku lemah.

Dan aku kena kekal kuat, aku kena kekal realistik. Kalau setakat cinta, takkan boleh bayar makan minum aku, tak boleh nak tanggung hidup aku. Kalau asyik bergelumang dengan emosi cinta tak stabil, macam mana nak berjaya? Macam mana nak kekal sober? Macam mana nak jadi waras sentiasa? Orang bercinta ni kalau tak reply text pun boleh bawak berperang. Itu cinta apa? Cinta manis remaja? Cinta budak-budak? Maaf ya, bukan itu yang aku cari dalam hidup.

Kau perlukan dia yang manja, yang boleh bergelak-ketawa, yang boleh berjumpa saban hari tanpa jemu. Dia yang cantik, kulit lebih mulus, hati lebih tulus. Dia yang boleh Whatsapp kau setiap saat, bertanya makan minum pakai kau, yang boleh beri senyuman manis bila kau sakit. Bukan aku, kau tak perlu aku. Aku yang sibuk ke sana ke mari dengan urusan dunia dan bergelumang dengan lumpur realiti dan perasaan sendiri. Nak senyum pun payah, hati aku simpan jauh biar dingin, biar beku. Sebab aku rasa sakit perit nak terus bernafas dalam kalangan mereka yang kejam. Aku nampak dunia satu tempat layar yang tak indah.

Cinta itu suci? Cinta tak boleh bawak mati.

Jadi jangan kau sedap mulut kata aku manusia tak berperasaan. Aku pun rasa apa yang kau rasa. Kau anggap benda ni mudah macam buang ludah. Aku fikir juga nanti, kalau kau punya mata yang boleh nampak segala buruk cela hodoh nista aku, apa akan jadi? Sepuluh tahun akan datang, apa akan jadi? Kau ingat cinta kekal abadi?

Aku tanya kau ni, apa akan jadi?