Monday, 3 June 2013

Sakit Serupa Bodoh

Ni kalau dapat jumpa depan mata memang sedap. Teringin aku nak tengok siapa perempuan tu.

Monolog seorang perempuan pada suatu petang yang cuacanya boleh tahan panas. Namun bahang dek cuaca diluar tak boleh menandingi suhu yang boleh tahan tinggi dekat dalam hati.

Kemain lagak doa mintak terserempak depan mata. Mesti seronok katanya. Macam drama. Hiks. Mungkin kerana marah, dia mintak yang tak sepatutnya.

Kau jangan mintak yang bukan bukan. Kang dah nampak kau tak lalu nak hadap. 

Kata rakan kepada perempuan tersebut. Nasihat yang bagus, tapi si perempuan pesen tak makan saman. 

Chill lah. Takdenya aku nak terajang dia time tu. Come on. Baru fun. Haha.

Masih angkuh dan lupa diri. Ego masih besar. Tak sedar yang tanah masih ada dibawah. Menunggu untuk menerima dia terjatuh. Atau mungkin tersungkur.

Pap, Tuhan makbulkan doa. Kuasa Dia. Kau mintak ye, naahhhh. Rezeki kau. Bukan senang tau hajat nak dipenuhi. Bersyukurlah sebab kau terpilih.



Eh, itu bukan kereta dia? Siapa yang turun dari kereta tu? 

Dari tenang menjadi resah. Mata tak lepas pandang. Hati mula gundah. Otak sudah ligat. Badan menggigil.

Ini lah masa yang dia tunggu selama ni. 

Istighfar. Ah, still tak jalan. Tarik nafas. Hembus. Dia masih sabar. Masih waras. Masih teguh. Sekurangnya saat itu.

Mungkin dia fikir dia cukup kuat nak hadap adegan keramat tu. Tapi dia lupa yang hati dia rapuh. Sekuat mana dia tahan, kuat lagi hati dia terganggu. Besar mana ego dia, besar lagi perasaan kecewa dia dek hal tersebut.

Tahan. Tahan. Tahan.

Menangis.

Kan dah kalah.

Ada benda yang kau patut tahu, dan ada benda yang kau tak patut tahu. Selagi kau belum bersedia untuk hadapi kebenaran yang menyakitkan, ambik lah peluang nikmati penipuan yang menyenangkan. 

Dan hati, tetaplah kau disitu dan terus teguh. 

6 comments:

gadis said...

aaahh aku pernah merasai,ye sekuat mana sahaja kita mampu bertahan,memang gah bercakap dgn besar hati tapi itu sebenarnya ingin menutup segala kekusutan dan keremukan hati walhal pada hakikatnya kita memang tak mampu dan tak kuat

fyqa said...

Pernah aku berhadapan dgn situasi.. Kau,aku dan dia. Rasa dunia aku terhenti seketika tika. Kau kata syg padaku tapi siapa dia yg kau pegang tangannya? Argh! Aku tak minta situasi tu terjadi. Sumpah tak minta.

bintangmalam said...

i penah rasa this situation..knon berlagak kuat je nk hadap..tp bila dah hdap depan mata,tuhan je tahu perasaan ni..rasa jatuh tersungkur dari langit..dah la stu kampus..selalu pulak tu nmpak..mmg kental la jugak hati ni nk hadap..hurmmm

Mikael Sahaja said...

Kita ingatkan kita kuat. Tapi perasaan kan selalu menang kalau berlawan dengan akal.

Unknown said...

I pernah hadap lebih teruk dari ni. Tersungkuh, terpelesuk, berdouble2 sakit dia. Tapi bila kembali pada Allah semuanya jadi okay.

Shaklee by Kasya said...
This comment has been removed by the author.