Thursday, 30 May 2013

Move On? You can do this!

Orang kata benda paling sakit dan seksa lepas sayang kat somebody tu adalah breaking up. Menangis tahap boleh tadah air mata tu dalam baldi buat mandi. Rasa nak jerit, rasa kosong. Rasa macam roh kena tarik, jadi jasad takde nyawa. Tapi bagi aku, breaking up tu mediocre je, tak perit sangat. Kau nak tahu pebenda lagi sakit dari putus cinta?

Move on.

Fasa paling dibenci. Masa ni la semua lagu cinta kau caci, semua novel jiwang kau campak tepi, kalau jalan KL nampak couple pegang tangan rasa nak maki. Pantang kau sensorang aja terus meroyan. Balang tubuh kau penuh tenaga negatif. Ada ke orang gila yang suka fasa moving on? Ada. Maybe orang yang mintak break up tu kot. Haha! Okay tak kelakar.

Makan, tidur, online, meroyan, menangis. Repeat that all day, rutin kalau tengah move on. Pastu stalking. Itu perkara biasa. Kalau boleh, ada satu tab memang bukak Twitter / Facebook ex kau tu aja. Sendiri cari pasal, pastu sakit hati. Pastu depress. Ah, perkara normal betei. Tipulah kalau kau baru break-up pastu boleh bangun pagi muka ceria. Itu bukan manusia. Atleast kalau orang yang mintak break-up tu pun konfem la ada text sekali dua konon cakap rindu. Tak payah nak tipu, mesti ada punya. Pastu kau pun tertipu, gembira layan konon rindu dia tu petanda ada harapan nak get back together. Hahaha good luck with that.

Esok lusa tetiba masa kau stalk dia, ada gambar sweet dia dengan boyfriend/girldfriend baru. Ooppss, bantal kau pun masih basah lagi menangis sebab dia, memang lencun balik la jawabnya. Benda macam ni boleh buat orang jadi gila, kan? Takpe, aku sarankan kau chill aja dulu.



Kalau dalam fasa nak move on ni , ada certain things yang kau boleh / tak boleh buat. Aku boleh senaraikan fasa-fasa tersebut kepada lima.

First of all, get a clean break! Fasa pertama macam ni memang paling perit, ye aku tahu, sakit dia macam makan makanan pedas time panas-panas. Air mata jatuh automatik, you just can't help it. Tapi siapa cakap senang? But it's the right thing to do! Unfollow terus, unfriend kat Facebook, buang contact, delete conversation, alihkan semua barang masuk dalam kotak, letak tepi. Buat apa mengenang yang lama? Nanti kau sendiri yang sakit kan? 

Second, look good, feel good! Wajib kena naik kan self-esteem, be confident about yourself. Be nice to everybody, kalau boleh tweet setiap pagi " Goodmorning sunshine! " Untung kalau korang kaya, pergila shopping. Change your hairstyle, change your wardrobe! Pastu cuba cuba lah kau pergi exercise. Ini memang gerenti lepas stress, and you will look good too! Dulu aku pernah kena tinggal sebab aku gemuk, so aku jog. Dalam masa empat bulan, I've lost 13kg kot haa power en. Kuasa heartbreak! :D Lagipun, when you look good pastu tetiba jumpa ex kau berkepit dengan girlfriend / boyfriend baru, takdelah rasa malu kan? Siap boleh berlagak lagi wehhh hhmmpph! 

Third, insert new people in your life. Orang cakap kalau nak move on ni, kena cari rebound. Eh, tak semestinya. Rebound ni keji, kejam nokhorommm, aku nasihatkan jauhi la, tambahkan dosa kau aja. Why not kau pergi keluar, make new friends, and just socialize? Tak payah nak pressure diri cari relationship baru. Remember, don't be a desperado! Just keep in mind, jangan bersendirian. Nanti kang meroyan haaa.

Fourth, discover new things! Make some time for yourself. Go travelling ke, roadtrips dengan kawan ke, or just drive somewhere far and random. Kalau perempuan ni aku sarankan keluar buat foodhunting je! :D Durian crepe, Wondermilk, Dip n Dip, makan je semua, go and eat at places yang kau tak pernah makan lagi. Buy a ticket to a concert, have some fun, go backpacking ke. Get some adrenaline rush, baru semangat sikit kan hidup. Jangan jadi lifeless je duduk menangis kat rumah!

Dan yang terakhir sekali, kau kena ingat. Dalam dunia ni mana ada yang kekal kecuali Tuhan. Kalau yang bertunang pun boleh putus, yang berkahwin pun boleh cerai, anything is possible. Bawak-bawak la mengucap, putus cinta bukan tanda dunia dah kiamat. Sebelum kau jumpa dia, boleh je kan kau hidup? Jangan fikir banyak. Lepaskan aja dia yang nak pergi, kalau nak merayu meroyan pun takde guna. If it's meant to be, then it will be. Ayat paling cliche untuk situasi begini : Kalau ada jodoh, takkan kemana. 

Dah dah la tu. Lap air mata.
Jadi kuat, okay?


Wednesday, 29 May 2013

Tak Pernah Pudar


 

“Sekejap sangat masa bila ada dengan U ni. Rasa tak puas.”

“Memang patut pun sekejap sebab I nak U datang selalu. Tapi jangan selalu sangatlah. Nanti I bosan.”

Lontaran ketawa itu diselang seli dengan cubitan manja dan diakhiri dengan pelukan kedap yang agak panjang. Masing-masing tenggelam dalam kerinduan yang bakal menjelma tatkala masa itu hampir tamat.

Ahh, aku. Dalam keadaan macam ni pun masih lagi nak pertahankan rasa ego. Jerit saja lah depan dia. Cakap kau sayang dia. Cakap kau mahu dia. Cakap yang kau benar-benar menyayangi dia dan perasan itu benar belaka. Bukan satu penipuan. Tapi mampukah aku? Atau itu hanya akan bakal mengundang jawapan sepi yang mampu meruntuhkan  lagi rasa cik hati? Hanya mampu serah pada masa, serah pada situasi yang bakal berulang saban hayat.

“Nanti ada masa I jumpa U lagi okay. Take care.”

Dan itu adalah situasi sebulan yang lepas. Keadaan kembali sunyi seperti selalunya. Hilang lagi. Sepi lagi. Sendiri lagi. Untuk yang entah ke berapa kalinya. Dan aku? Masih di sini. Setia menunggu pada sesuatu yang ku tahu bukan milikku.


Tapi bila difikir semula, bukan ego yang aku pertaruhkan untuk merebut sayang itu. Sebab aku nampak takdir depan mata. Yang mana takdir hidupku bukan ditentukan untuk bersama dia. Iya, kau mahu kata takdir itu ditentukan Tuhan. Iya, aku tidak punya kuasa untuk menentukan apa yang bakal terjadi di masa hadapan. Tapi aku percaya, aku yakin dan aku akur. Banyak benda yang tidak dapat kuramal tapi dia? Dia memang bukan untukku. Dan aku nampak itu. Dan kenapa aku masih bersama walhal aku tahu hakikat sebenar? Sebab aku mahu kecap bahagia yang seketika bersama dia dalam hayat yang mungkin tak berapa panjang. Cukuplah itu sahaja. Biar hidup ini kujalani dalam keadaan puas aku penuhi setiap apa keinginanku.

Kenapa sayang yang diberi dibalas dengan sepi? Kenapa rindu yang menghantui dihadiahkan dengan kehilangan? Dan kenapa aku masih kuat menunggu hanya pada yang satu? Sudah butakah mata ini? Sudah jelikkah hati ini pada yang lain? Jawapannya hanya ada pada dia. Dan dia tak punya jawapan. Dan aku? Rasa rindu ini tak akan pernah pudar. Walau dihambat masa. Walau dihambat usia. Mungkin dia perdagang kata sayang seluruh dunia. Tapi aku tahu menilainya. Dan biar aku sendiri yang ketahuinya.

“U, rindu I takkan pernah hilang. Sentiasa ada dan ia milik U untuk selamanya. I promise.”

“Kau mungkin pernah merasa remuk ditikam cinta yang dikhianati. Kau mungkin pernah merasa hancur didusta cinta. Tapi cuba kau rasa pula pada rindu yang tak pernah mahu lekang dalam hati. Dan baru kau tahu betapa seksa punya hati yang sebegitu.”  SD

Monday, 27 May 2013

Kerja

Selamat Pagi!
Ahh, lama tak menaip. Rindunyaaaaa.

Hampir sebulan aku dikuarantin. Handphone takde, tak boleh call, tak boleh text, whatsapp, wechat, facebook, twitter, semua lah! Aku tak tau pasal dunia luar langsung. Sihat ke tidak semua dekat rumah, hmm.

Untuk minggu yang pertama, semua orang yang dikuarantinkan tak senang duduk. Rindu betul semua orang dekat boyfriend/family dekat rumah. Kitorang dekat sana nak cuci mata pun tak boleh. Lelaki ada lah dua tiga jemput.

Dan aku..
makin lama aku makin suka dikuarantinkan. Aku suka hidup dekat sana walaupun stress dengan penyingkiran, cabaran, bangun pagi nak kena pakai make up, kamera sentiasa ada, tapi aku suka. Dan aku jatuh cinta dengan kerja aku.

Sekarang aku dah balik dan aku confuse. Keliru dengan hati aku sendiri. Jujur, aku rasa tawar hati untuk bercinta. Untuk bercinta dengan siapa-siapa pun melainkan kerja. Aku jadi tak keruan sekarang bila tak ada kerja. Aku rasa malas untuk keluar, malas semuanya. Hati aku kosong. Hati aku tak tenang bila fikir aku ada boyfriend untuk dilayan setiap hari sebab hati aku cuma fikirkan kerja. Kejam tak aku kalau aku tinggalkan dia demi kerja?

Show Off


*Satu hari dalam keadaan matahari mencacak atas kepala lepas penat keluar masuk bank selesaikan urusan kerja, duduk dalam kereta untuk ambik nafas, ternampak satu couple berjalan berpeleseran dengan gaya yang nampak sangat bahagia*

Aku toleh kanan dam memandang  kepada orang yang sedang duduk di kerusi pemandu. Dia pulak pandang aku dengan muka tak faham.

Aku : Suka macam tu?
Dia : Entah. 
Aku : Kenapa entah?
Dia : *senyum pandang aku*
Aku : Kenapa senyum. Jawablah.
Dia : Siapa tak suka kena kepit. Tapi personally, tak suka macam tu. Show off gila.
Aku : Eleh, ye lettew.
Dia : Betullah *pukul bahu aku*

Pasangan show off. Mungkin sesuai lah kot tajuk yang aku bagi tu. Mesti engkorang kata aku jeles tak dapat camtu, tu yang meroyan up entry cenggini. Kesah pulak aku kan kau nak cakap apa.

Show off atau dalam erti kata lain suka menunjuk. Definisi menunjuk ni mungkin berbeza setiap orang. Ada yang anggap bila kau upload gambar lunch date dekat McD sambil minum Coke tu,menunjuk. Ada yang rasa bila kau berpeleseran manja dekat timeline twitter dengan pasangan kau tu, show off. Ada yang kata up entry pasal pakwe beli kan handbag baru pun nak mencapub. Blergh. Ada saje yang tak kena. 

Orang tua selalu cakap,

Macam mana kau tengok dia canang yang dia tu bahagia, macam tu jugak lah nanti dia bergaduh. Kecoh sekampung.

Tergelak jugak lah aku bila first time aku dengar ayat ni. Tapi ada betulnya jugak lah kekadang. Kalau biasa kau tengok diorang berkeliaran kat timeline, tetiba senyap takde ayat manis tu kau faham sendiri lah. Tetiba kang tweet bengang, tak pun sedih. Itu ada ampun lagi. Bantai yang keluar maki hamun. Semua pekung keluar. Dari dulu semanis madu, sekarang sepahit hempedu punya cerita keluar. Tengah bergolak lah tu gamaknya. Tunggu masa nak angkat senjata je.

Memang ada yang pesen suka lovey dovey dekat timeline, facebook semua. Kemain baby honey intan payung semua keluar. Sayang nau dekat pasangan. Semua orang duk tahu dia tengah bahagia. Sampai ada yang tweet or comment jeles ke dia sebab ada perfect relationship katanya. Tak ketinggalan jugak yang puji sebab sweet sangat dan beruntung dapat bf or gf cenggitu. Lepastu siap wish dapat marka dan relationship till jannah macam pasangan ni.

K.



Tak salah pun kalau nak bermanja dekat public. Serius tak salah. Itu hak kau. Kita tak boleh nak tutup mulut orang. Macam mana pun, apa pun yang kau buat ada je benda yang tak kena. Entah dengki, entah jeles. Cakap je lah kan. Tapi tu lah, nak cakap pun, kekadang kau pun over sangat. Bukan ke besederhana tu lebih baik. Simpan sendiri sudah. Macam kawan aku pernah cakap,

Aku tak suka nak show off. Biar orang tak tahu aku dengan siapa. At least orang tak kenal dan tak nampak siapa pasangan aku. Kalau tetiba jodoh tak panjang pun tak lah malu dengan orang keliling. Dan takdelah nampak aku ni jahat kalau tukar tukar pasangan pun sebab orang tak tahu! Haha.

Kau memang win doh. Kau win.

Mak aku selalu pesan jangan nak post sangat gambar dekat laman sosial. Nak ambik gambar banyak mana pun lantak lah. Simpan sendiri cukup. Kekadang macam kolot jugak mak aku ni sebab sekarang memang zaman orang share gambar apa. Tapi bila fikir balik, ada baiknya lah apa yang mak aku suruh buat. Cuma kekadang kita ni tergelincir jugak. Ter upload barang satu dua gambar ye dak. Kehkeh.

Ye lah macam ada sesetengah pasangan yang memang suka share gambar or lovey dovey in public. Aku tak kisah. Bila sikit-sikit aku suka lah tengok. Tapi bila banyak sangat kau sendiri faham. Sampai satu tahap aku rasa diorang memang confirm kahwin. Ikut hukum pun dah jatuh wajib kahwin tu. Tak payah cite banyak. Rasanya kalau bagi tok kadi, time tu jugak dia henjut tangan. Tapi tu lah orang kata, jodoh kita tak tahu. Tetiba putus. Tak ke rasa macam, err. Bukan korang memang tahap cinta mati ke? Kalau orang keliling pesen tak jahat mulut takpe. Dapat yang kaki padankan muka orang. Masuk muka dalam kain lah cerita dia.

Bila share gambar dan sesekali being sweet in public tu okay je. Nampak yang korang appreciate partner korang. Jujur dengan hubungan sebab korang tak sorok siapa partner korang. Cuma kekerapan tu yang kekadang orang pertikaikan. Tapi bila tak tunjuk pasangan kat public tu tak bermakna korang tak jujur dengan hubungan korang, tak yakin dengan hubungan tu. Tapi lebih kepada nak stay low profile. Kekadang bila kau simpan sikit atau dalam kata lain jadi mahal sikit tu bagus tau. Buat orang tertanya-tanya siapa pasangan kau. Bila kahwin pun orang teruja je tunggu nak tengok. Kalau dah semua kau tunjuk, orang dah tahu. Bukan lah tak teruja, tapi perasaan nak tahu dah berkurang.

Tapi macam mana pun terpulang dekat hak masing-masing. Pekak kan telinga buat je hal kita. Orang nak cakap apa pun lantak lah. Kang kalau ikut cakap orang keliling pun susah jugak. Kau biar je. Penat nanti berhentilah diorang tu. Habis cerita.

Saturday, 25 May 2013

Confession #25


At certain points in our lives, there would be times when all you wanted to do was to gaze into a black hole. Something static, something infinity. Walls, ceilings, sky or even sea. You begin to ponder and look back, of all the days and hours that you've been living all these while, and you begin to question yourself.

How did I get here?

True. Some might say that this is indeed, a very simple question, very childish, very immature. But hold your horses and try to imagine this. What you are now is the result of several incidents that had happened in your life, both pleasant and unpleasant. Did it ever occur to you that if and only if, one of these occurences actually ended differently, that you might be someone else? Your life is a maze on a map, different routes were drawn and your decisions to travel down on which road will lead to different ends of your life.

It gives me goosebumps.



It was New Year's Eve, noisy and warm. I look around, smiling crowds and cheering kids playing skateboards. 4 minutes before midnight and not a single happy heartbeat in me. Because I knew it. Any girl could easily see this coming, when texts went unreplied and calls were unanswered. I knew it all along.

" Are you breaking up with me? ". I asked him. 

People were shouting happily around me. All I can see now was a shower of fireworks, thousands of bright colours in the sky. The irony of witnessing something so beautiful, so  mesmerizing, but it became a bitter mark, a life-changing memory. My whole body was shaking. It was probably the worst sight ever in my life, seeing him infront of me, so calm, like he was prepared for this. To confront me, to have this conversation. It looks like he has already practiced this before, his speech. A sugar-coated break-up speech.

" You have to understand, I just need some space. " he answered.

I was convinced, at first. Maybe it is true, you need some space. We were young and wild. The world is a large place to play and we need time for ourselves, to grow up and discover new possibilities. But several months after that, funny when I saw your picture with another girl on a social networking site. Hilarious, to think that I actually believed you, trying to hold on to your empty excuses, lies and promises.

You demanded space, and you got me replaced.

It was hard. The memories were like a two-edged sword. I had nightmares, endless nights trying to figure out where we went wrong. The regrets were swimming in my thoughts, like sharks nibbling my brain, bit by bit until I lose my concious on what is life. But you know what, I survived. It's an apocalypse of love, and I pick myself up, my honour and my dignity.

How long has it been now? Two? Three years? Who said that you gonna lose if you're fighting against love? If it's the right kind of love, then you wouldn't have to fight. I can breathe easily now, I can see life is love itself. My mistake was to shape it, mold it into a human-shaped form. All the bitterness, all the hatred and revengeful thoughts are just mere poison, and I've let it all go. I've set myself free. I can even see you now, talk to you normally. No hard feelings at all, and I'm happy. Can you see how happy I am now?

I'm moving on.


Friday, 24 May 2013

Shh.. I Love You


Dear you,
I love you and I don’t expect any fucking respond.

Hari ni nampak kau lagi, gelak-gelak. Live your life to the fullest, aku sangaaat senang hati. Apa aku boleh buat? Tengok je lah. Everyday letak bekal kat atas meja kau, kau makan yeay. Tapi kau tak pernah kenal aku, tak sedar pun kewujudan aku. Mana mungkin boleh jatuh cinta kat aku. Nonono. Takpe, aku kuat.

Ramai perempuan suka kat kau, kau tahu tapi buat-buat tak tahu. At the same time, kau still baik dengan dorang. Boleh hangout jalan-jalan, makan-makan. Andaikata, hmm andaikata lah kau suka aku hikhik, macamana aku nak tolerate dengan jealous aku tuh. Andaikata.




Orang kata aku tunggu takdir. Tunggu takdir buat kerja dia, takut nak buat first step. Tapi kalau takdir tu takde antara aku and dia macamana pulak? Dah takdir kan, okay fine. Tapi at least biarlah dia kenal aku, tahu nama aku, senyum bila nampak aku. Orang suruh aku sendiri yang tegur dia, bagitahu dia betapa obsesnya aku kat dia. Kau ingat senang ke nak jadi muka tak malu. Yes, zaman berubah takde istilah perigi cari timba. Tapi dia pun bukan sebarangan orang yang aku boleh menonong confess.

Aku takut, takut semua impian indah aku hancur hanya sebab tindakan aku.

Enam tahun beb, enam tahun aku solo supersingle. Enam tahun tu lama, dia masih tak nampak aku. Aku tunggu, tapi sampai bila? Aku nak kenal dengan dia, tapi aku tak layak.

…………………………

The problem here is super-very -low-self-esteem. Belum cuba belum tahu. Orang macamnilah yang akan merugikan diri sendiri, hati sendiri yang makan hati. Kajian mendapati bila kita rasa tak layak untuk sesuatu, minda separa sedar (subconscious mind) akan men-sabotaj diri kita sendiri. Yes, kita mahukan perkara yang baik terjadi antara kita dengan dia, tapi disebabkan rasa tak percaya ni, kita akan cari jalan supaya hubungan tu hancur. Kau geleng kepala, tak mungkin bukan?

Tapi ini yang berlaku. Kau tak sedar. Bila kita jumpa someone yang cukup I mean almost sempurna based on your criteria, your subconscious mind akan bagi signal and tell you “aku tak layak untuk dia”. At the same time, you love him/her. Tanpa sedar kita akan tetiba jadi kuat marah, suka mengongkong, terlalu sensitif atau tetiba ignore kan dia. Kita tak perasan, tak sedar pon. For sure dia rimas dengan perangai annoying kau, dia akan tahan. Sampai satu masa, bila dia tak tahan memang buta-buta kau kena tinggal. Kau pulak mula salahkan dia atas perpisahan. Tak patut tak patut.

Perempuan, sebagai perempuan rasa malu kena tinggi. Baru orang hormat sebagai perempuan, baru orang pandang kau sebagai sesuatu yang berharga. Tak salah nak mula first step, boleh add dia kat facebook dulu. Mention-mention lah sikit kat twitter. Percaya pada diri dan tingkatkan motivasi. Dengan cara, jadi pandai jadi lawa jadi friendly tapi bukan untuk dia yang kau suka. Untuk diri kau sendiri. Jangan rasa low, jadi awesome baru dia nampak kewujudan kau.

Confess? Entah, aku tak tahu. Takut kena reject? Benda yang paling kau menyesal dalam hidup kau nanti adalah ketika waktu dah tepat tapi kau tak luahkan. The moment is right in front of you, but you get back and run out until you realize that you already out the door.

Kadangkala, bila kita dah letih menanti kita perlu mengejar.








Monday, 20 May 2013

Just friends. Not.


Sarah duduk bersandarkan dinding atas katil, pegang selimut dekat dengan dada, masih lagi keliru. Otak Sarah masih cuba untuk menenangkan sistem panik dalam badan. Kalau setengah jam yang lepas, apa yang dia rasa adalah seronok dan penuh bahang atas ranjang, sekarang jadi sejuk. Sarah menggigil, tubuh dan hati. Orang di sebelah pun turut sama diam. Muka serba-salah.
" What have we done? " kata Sarah. Bilik terasa senyap yang nyata.
Tapi hakikatnya, bila bangun esok pagi, life goes on. Kita manusia, kehendak dan nafsu adalah benda tipikal. Kesalahan pertama jadi yang kedua, ketiga dan seterusnya. Tapi aku rasa ini mungkin nasib malang Sarah, salah pilih orang. Salah pilih cinta satu malam.
" Betul ni one night stand je? " tanya aku. Sarah geleng sambil nangis.
Benda jadi mudah sikit kalau yang fizikal kekal fizikal, hati dan perasaan letak tepi. No feelings involved. Tapi kes Sarah? Dah rasa sedap sedikit, terus tamak nak lagi. Satu malam jadi dua, berjumpa dua minggu sekali. Hubungan dalam gelap, konon mulut cakap kawan. 
" We're okay with this, no status whatever but we're comfortable. " ini Sarah cakap sebelum dia meroyan.
Tipu kalau tak wujud perasaan, tipu kalau tak sedih, tipu kalau tak makan hati dan tak cemburu. Semua kau dah langgar, semua kau dah buat. Aku tanya kau sekali lagi, ini kawan ke pebenda ni woi?

Bayangkan anda berada dalam situasi sebegini, dengan orang yang dikenali ramai. Tweetfemes contohnya. Gila tak gila jadinya nanti? Celaka betei.

Celaka ni ada dua keadaan. Yang pertama, kalau kau ni jenis mulut joyah. Perangai macam makcik pergi beli karipap pastu tak puas hati kenapa ada karipap inti kentang, takde karipap inti sardin. Komplen, meroyan, bising sana sini sampai dua minggu isu yang sama. Tak ke celaka tu, jadi drama kat timeline. Paling tak pun, adegan sentap-menyentap, perli perli konfem ada.

Celaka nombor dua ni, bila kau jadi bodoh baik macam Sarah. Bukan salah si tweetfemes tu, katanya. Ini salah berdua. Jadi Sarah diamkan aja, tak bagitahu sesiapa. Aku pun tahu last-minute, bila dia dah jadi zombie simpan perasaan sendiri. Celaka sebab benda ni jadi rahsia, jadi penyakit yang kau simpan. Kalau hubungan tu jadi, eh aku tumpang gembira. Kalau tak jadi? Macam Sarah ni, lepas dua tiga bulan, tetiba putus hilang contact macam tu je. Takde call, text, Whatsapp, dua-dua senyap. Jadi strangers. Nak cari balik pun buat apa? Nama kan kawan. Esok lusa rupanya dia dah ada perempuan lain. Aku tanya lagi sekali, kalau nak marah ke, nak cari balik ke, buat apa? Kan konon cakap kawan. 

Jadi akhirnya, yang rasa perit tu Sarah. Yang si tweetfemes ni pulak, ada je merata-rata, dah unfollow pun masih muncul di timeline. Nak move on pun susah, segala aib dia, benda yang mereka dah buat bersama, kena simpan diam-diam.
" Eh kau kenal tak si _________ ni? Dia macam cool je weh, bila lepak sama pun macam baik. " ujar kawan Sarah sambil tunjuk tweethandle si tweetfemes. Sarah telan air liur cakap tak.

Nasib kau la, Sarah.


So, how are you?



Hi, this would've been the first in many years that I would talk about you. Or write in this case. I had it all drafted in my mind just now, but hey, I like how I would write about you as if this is a letter - never meant to be send but still a letter an open one at that so that when you stumble upon this I still could defend myself that this is not for you, no definitely not you. 

Hah, see I'm still that egoistical difficult girl you knew back then. Do you remember, few years back when I was that bitter girl, more bitter than Taylor Swift & Adele altogether combined - writing multiple angry rants about you on my Facebook and blog and even an out-of-character jiwang essay that I sent to Terfaktab and hey look at where that lands me now. Here, still writing about you; which I find ironic and ridiculous.

Those were the times where I felt that every pop songs, movies heck even weather was related to how I felt. Good old days.

I still didn't know how I managed not to cry at all and turned it into an unlimited supply of anger. Rereading my posts about you, it made me want to slam my head into the nearest table or wall (but I won't cause I love myself too much to do that) because it was very immature and stupid of me. For that, I am going to apologize. From the deepest darkest pit of my heart; I'm sorry.

Every year after that happened, during June to October (cause you'll be back home for summer), I would actually made the effort NOT to go anywhere you probably would because I don't want to see your face (cause I might just make a scene and throw things at you because I was so so so mad). But since it was me and I have the worst luck; you happened to be my bestfriend's neighbour so I saw you once. I ducked my head in the car, screamed a little and tried my best to hide from your view, thinking back it was still stupid (cause you obviously saw me and I still didn't have the nerve to throw things at you).

Buuuut, this upcoming June if you see me, do say hi. Cause I'm not going to hide and scream anymore, I won't be thinking of throwing things at you anymore - I can finally say that I'm okay. If you ask me how I am doing, I would say that "I'm fine, thank you and you?" and I would mean it.  I would go to my bestfriend's house this Raya and not try to hide myself like I always did because I am finally okay. If I do see you again, I would ask "How's life? Are you doing okay? Have you seen my latest work? " Because like they said, time goes too fast for me to stand still, to be static. 

I used to think that I won't find someone that I deemed 'perfect' as you. But now, that's changed - I still haven't met anyone I like as much but I like my life as it is right now, seeing things from a new perspective and all. I used to stay up to chat with you, but now I'm finding myself fine starting my days without the need to bitch it all back to you. There’s always Twitter for that anyway hah.

I used to want my memories of you erased like Kate Winslet did in Eternal Sunshine of the Spotless Mind but now the dark memories of you go to the back seat of my spotless mind. I'm pretty busy these days, and if memories of you crept back; I would laugh because the sheer ridiculousness of it all and not because I am still mad.

So, if you see me this June, do come up and say hi, how are you because I would give you my brightest smile (not going to hide, not going to scream, not going to throw things) saying "I'm fine, thank you and you?" But, this open letter is not meant for you. Not you. Definitely not you ;D

Friday, 17 May 2013

Star


  Saya sudah mula bosan duduk di rumah seorang diri, jadi saya ambil handphone saya dan call Julia, buat pengetahuan semua, Julia ni makwe saya. Saya call Julia dan ajak Julia dating, dia setuju. Saya suruh Julia bersiap sementara menunggu saya datang ke rumah. Apabila saya tiba dihadapan rumah, Julia sudah berdiri dihadapan pintu, Julia pakai baju putih, Julia nampak cantik hari ni. Julia senyum dan datang mendekati kereta, Julia buka pintu dan masuk ke dalam.

 “Hai, awak nampak cantik hari ni.” Saya memuji.

 “Nice trick, but I’m not falling for that, today everything is on you, siapa suruh ajak.” Julia kata.

  Nampaknya helah saya tidak menjadi.

  Saya meneruskan perjalanan kami ke tempat dating, Julia keluarkan beberapa bongkah kayu dan cuba mencantumkan kesemuanya, namun Julia kelihatannya tidak berjaya. Julia terlalu fokus, dari riak kerut dahi yang kelihatan, dia memang mahu bongkah kayu itu dicantumkan. Saya biarkan Julia dalam keadaan berfikir yang sebegitu, dia nampak bijak, saya suka bila makwe saya nampak bijak, saya juga suka bila Julia diam, selalunya Julia akan membebel dan saya akan mengeluh, tetapi tidak hari ini. Lalu saya biarkan Julia hanyut bersama bongkah kayu itu dan meneruskan perjalanan sambil menikmati suasana yang jarang berlaku ini, indah sekali.

  Kami dating dalam sebuah restoran pilihan saya, kami duduk berhadapan. Selesai kami memesan makanan,  Julia menyambung aktiviti mencantum bongkah yang dia lakukan tadi. Begini, seorang lelaki akan membiarkan gadis kesayangannya membuat apa saja yang dia suka buat asalkan ia tidak memberi musibah, apabila ia kelihatannya seperti mula memberi musibah, lelaki akan tunjukkan sikap ambil berat mereka dengan menegur, atas dasar ini, saya mula menegur.

 “Apa tu?” Saya Tanya.

 “Ni? Oh ini star puzzle.”

 “Star puzzle?”

 “Yup, star puzzle ni basically impossible to solve, kita kena cantumkan semua ni jadi bentuk bintang, susah gila nak buat you!” Julia excited.

  Saya kerut dahi.

 “Oh puzzle ni orang kata inspired by an ancient indian legend, cerita dia macam ni, ada sorang lelaki ni, dia belajar cara untuk terbang. Jadi sebelum hari dia kahwin, dia telah terbang ke langit dan memetik bintang yang jatuh untuk dihadiahkan kepada bakal wife dia, however,bila nak bagi bintang tu dekat bakal wife dia, that man got nervous, tangan dia menggeletar gila babi sampai bintang yang dipegangya itu terlepas dan terpecah kepada enam kepingan. Lelaki tu jadi takut, dia kelam-kabut mencantumkan kepingan yang pecah tadi menjadi bintang semula, and dia berjaya, then they lived happily ever after, romantik kan?” Julia terang panjang lebar.

  Sebagai  seorang lelaki bijak, saya akan menganalisis setiap maklumat yang saya terima, apabila Julia memberi saya maklumat yang sedemikian rupa, otak saya juga tidak akan terlepas untuk secara tiba tiba menganalis maklumat tersebut. Lalu setelah berfikir sejenak, saya mula menyatakan hasil analisis saya.

 “Mengarutnya.” Saya kata

 “What?”

 “You know, tak logik, you mana boleh amek bintang time dia jatuh, kan bintang terbakar kat atmosfera.”

 “Okay, betul, tapi ni cerita dongeng.”

 “Still, tak ada moral, cerita dongeng sepatutnya ada moral yang nak disampaikan.”

 “Come on, cerita dongeng je okay,” Julia kata, saya mengambil star puzzle yang diperkatakan itu di atas meja dan mula membelek-belek. “ The point is, star puzzle ni memang impossible nak solve, you kena ceraikan semua sekali then cantum balik jadi exactly macam bentuk …..”

Saya letakkan star puzzle yang sudah siap di atas meja.

 “[sigh] There’s so much to hate about you Syed Hafeeeez.”

 “Nak try main chess?” Saya mengusik.

 “Whatever.”

  Saya senyum tanda kemenangan.

  Julia tunjuk ‘finger’.


                                                                    *Gambar hiasan

Game Over

Petang tu kami penat, azab minggu terakhir sebelum final. Masa tu la segala assignment nak kena settle, ada quiz la, kelam kabut penuhkan petak kosong attendance la. Balik je bilik, kepala rasa pening. Serabut. Nafas aku tarik dalam, beg aku campak tepi. Aku cuba abaikan, laptop aku pasang. Red Alert 3, game favourite. Buat seketika aku rasa dunia ni menghilang dan aku tenang.

Babi. Serabut aku level 100 tak boleh nak fokus. Kalah teruk.

" Aku dah cakap dah, kau degil. Suka sangat guna Tesla Coil tu buatpe. Bad move, bro. " kata dia sambil jeling, dua tangan gigih tekan joystick. Aku bengang. Dah la tengah serabut, pastu kalah main game, siap kena komen lagi! Tiba-tiba aku rasa bilik tu sempit sangat, kecik. Terus aku capai benda paling dekat, aku baling sekuat hati.


Dia masih khusyuk, pandang tepat kat Iori dalam skrin. Bodoh! Ni kalau aku lawan dia guna Mai je pun boleh kalah la wei. Baran aku dah sampai hujung otak, terus aku pukul dia dari belakang. Tepuk jadi tumbuk. Dia masih watlek, masih tenang. Dia biarkan aku, abaikan perilaku aku. Lama-lama aku penat. Tumbuk jadi peluk. Aku menangis.

Baru dia tekan pause.

" Ni kenapa ni? " dia tanya. Aku diam, masih dalam sedu sedan menangis. Terbayang muka Faridah petang tadi. Assignment dia dapat A, aku punya B+. Punya berlagak muka dia wei aku rasa nak tempeleng sampai mampus. Aku ingat muka Lynn, anak bos cyber cafe kat bawah. Cantik, manis, selalu pakai seluar pendek pastu mengada singgah sini konon nak belajar main Dota, lirik mata manja menggoda. Alasan nak jumpa boyfriend aku le tu, panas gila hati. Kalau tak reti main, belajar sendiri la wei, kalau mengada macam ni takyah la main! 

Tapi takkan nak beritahu semua ni kat dia?

" Takde pape. Aku nak Abra, tapi bodoh ah dia asyik teleport je. Campak pokeball dua puluh kali pun asyik escape. Stress. " Dia gelak besar.

Kadang-kadang aku tak faham kenapa dia boleh tahan dengan aku. Beza gila perangai kitaorang. Mungkin sebab umur, dia lagi tua, lagi matang. Games atau perasaan, dia faham citarasa aku, faham yang ada certain things aku tak boleh nak let go. Masih stuck dengan game lama, perangai budak-budak lagi, dan perasaan aku, serabut aku, semua aku simpan, pastu meletup macam tadi. Tapi dia sabar. Tak pernah sekali pun dia melenting. Makin kuat aku peluk dia. Biarlah, aku tak kisah kecik mana pun bilik ni, aku nak dia.

" Meh la kita trade jom. Aku ada Alakazam, nak? "

Aku terus senyum sampai telinga.


Tuesday, 14 May 2013

Rusa



  Seekor rusa sedang enak memakan tumbuhan di sekeliling, penantian selama 8 jam oleh Sulejmani dan anaknya Robin sudah boleh dikatakan hampir berbaloi. Panah dan busur sudah disiapkan, Robin membidik ke arah rusa tersebut, ini adalah pengalaman pertama Robin mengikut ayahnya pergi memburu rusa. Buat masa ini, kita ketepikan persoalan mengapa Sulejmani memburu menggunakan busur dan anak panah instead of senapang. Ini adalah pengalaman yang cukup mengujakan buat Robin, rusa depan mata, tunggu masa saja untuk dipanah. Robin menarik nafas tenang.

Zas!

  Anak panah terbenam ke dalam tubuh rusa, Robin membuat satu tumbukan padu ke udara sebagai tanda ringkas menyambut kejayaannya menjatuhkan rusa tersebut. Saat rusa dan anak panah tersebut bersama-sama tumbang ke bumi, Robin pandang Sulejmani, Sulejmani senyum.

“Go.” Sulejmani kata.

  Robin datang perlahan-lahan mendekati rusa yang tidak bergerak itu, Robin mendekatkan mulut ke telinga rusa dan berbisik,

“Sekarang awak tahu siapa yang bunuh awak.”



  Dalam radius 80 kilometer dari hutan tempat Sulejmani dan anaknya memburu rusa, atas highway, satu kapel sedang bergaduh di dalam kereta, jika dizoom ke bahagian dalam kereta tersebut, anda akan dapat melihat saya dan makwe saya sedang hebat bertengkar. Nama makwe saya Flora, ketika ini Flora sedang sibuk menghentak-hentak tangannya ke dashboard sambil menyumpah seranah saya, saya pula sedang stress menahan makian Flora dan dalam masa yang sama, saya perlu meletakkan fokus pada jalanraya, situasi sangat tegang sekarang ni, bila bila masa saja benda benda bodoh boleh berlaku.

“Pandang muka I bila I cakap dengan you!” bentak Flora tanpa berfikir.

“I tengah drive, nak tengok muka you apa benda, you tengah marah ni, chill, jangan cakap benda benda bodoh.” kata saya cuba menenangkan Flora.

“Bodoh? Oh you nak cakap I bodoh lah sekarang ni? Macam tu? Eyyyh I taknak la boyfriend pandai sangat macam you ni, pandai sangat sampai semua orang dia rasa bodoh. Turunkan I sekarang! Sekarang!.” Flora kata, sambil tangannya menghentak dashboard kereta. Apabila tangan Flora sudah mula menumbuk bahu saya, saya terpaksa membuat keputusan.

  Saya kasi signal ketepi dan berhenti di bahu highway, Flora bingkas membuka pintu kereta dan melompat ke luar, pintu kereta dihempas sekuat hati. Saya duduk tenang tanpa membuka tali pinggang keledar dan hanya memerhati gelagat Flora dari dalam kereta. Dia berjalan menjauhi kereta sambil menghentak-hentak kaki untuk memberi idea bahawa dia sedang marah. Beberapa saat kemudian, Flora datang kembali, Flora berdiri di tepi pintu kereta dan mengetuknya beberapa kali meminta-minta belas ihsan supaya membenarkan dia masuk. Saya buka tingkap sedikit, cukup cukup hanya untuk membolehkan kami berkomunikasi.

“So you nak I sekarang?” saya tanya Flora.

  Dia angguk, ada sedikit riak penyesalan muncul dari muka Flora. Nampaknya Flora sudah mula menyedari kebodohannya.

  Saya geleng kepala.

  Flora terpana seketika.

  Saya menekan pedal minyak perlahan-lahan, kereta mula bergerak kehadapan. Seperti babak dalam mana-mana drama, Flora mula mengetuk pintuk kereta beberapa kali sambil menjerit-jerit nama saya, tidak cukup dengan itu, apabila kereta sudah mula membelakangi Flora, dia mula mengejar. Namun, semua perbuatannya sudah tidak membawa makna apa apa lagi, saya sudah semakin jauh meninggalkannya, saya melihat cermin pandangan belakang, satu senyuman nipis terukir di bibir apabila melihat pantulan imej Flora terjatuh sewaktu cuba mengejar saya. Setiap masalah perlu diselesaikan, Flora adalah masalah dan saya gembira kini dia telah diselesaikan. Dayus? Jangan judge saya, anda tak tahu berapa banyak siri pertengkaran yang sudah kami lalui. Saya teruskan perjalanan, menuju ke utara dengan hati yang sangat lapang.

  Biarkan Flora, ada lelaki yang lebih budiman akan mengutipnya pulang.

Monday, 13 May 2013

Tolak Ansur


Dalam hubungan ni orang kata kena bertolak ansur. Kekadang kita memberi, kekadang kita menerima. Tak boleh sentiasa memberi dan sentiasa nak menerima. Tak adil namanya tu. Sebelah pihak sikit punya nak pecah kepala asyik nak memberi, satu lagi pihak sikit punya sedap goyang kaki sentiasa nak menerima.

Tolak ansur ni luas. Dari segi masa, tenaga, duit atau perasaan kau sendiri. Penting sebenarnya cari pasangan yang boleh bertolak ansur ni. Sebab bila tak boleh bertolak ansur, maksudnya dia pentingkan diri sendiri. Tak ke susah namanya tu. Sekarang mungkin kau boleh layan perangai dia, ikut rentak dia. Akan datang kau tak tahu. Kalau kata kau tak kisah sebab kau boleh mengalah, fine. Tapi sampai bila pun kau larat nak mengalah. Tanya diri sendiri.

Aku pernah je jumpa pasangan yang salah sorangnya tak boleh tolerate. Yang sorang selalu mengeluh, yang sorang sentiasa bahagia macam ada dekat alam fantasi. Orang luar tengok macam bahagia je pasangan ni. Padahal orang tak tahu keluh kesah yang nak kena mengalah tak sudah tu. Mengeluh tu tak semestinya tak ikhlas sayang ke pasangan dia, tapi kau kena faham. Manusia kan. Sesekali nak memberi, sesekali nak menerima. Kekadang nak dimanjakan, kekadang nak memanjakan. Err, macam euww pulak aku rasa ayat tu.



Bagi aku, benda paling senang kau nak tengok orang tu boleh tolerate ke tak adalah duit. Orang kata bab duit ni jangan dibuat main. Boleh bergaduh, boleh berbunuh, putus sedara, putus kawan. Nampak tak betapa pentingnya duit tu kat manusia. So, kau boleh tengok orang tu boleh tolerate atau tak untuk sesuatu yang penting macam duit. Bunyi agak materialistik, tapi itu hakikat dia.

Mostly benda ni isu dekat perempuan. Sebab kebanyakan perempuan akan fikir lelaki kena tanggung semua benda. Kau lelaki, kau lah bayar. Gentleman sikit lah bro. Senang kata setiap kali pergi dating, lelaki kena keluar duit dan dia si perempuan hanya perlu keluar air liur. Untung jadi perempuan ye dak. Padan muka lelaki. Siapa suruh jadi lelaki. Eh.

Aku nak tanya, sepuluh kali kau pergi dating, berapa kali kau bayar dan berapa kali dia bayar? Tak payah cerita pasal expenses minyak dan tol lah. Leceh sangat nak cerita yang tu. Cukup sekadar makan dan tiket wayang. Okay lah, kalau kata bf kau banyak duit so apa ada hal setakat bayar makan dengan belanja movie. Dia pun tak pernah mintak kau bayar apa-apa. Well, baguslah kalau pasangan kau kaya banyak duit dan bersikap gentleman. Tapi tak salah pun rasanya kalau kau sesekali keluar duit bila pergi dating walaupun kau tu perempuan dan pasangan kau kaya dan tak mintak duit kau. Macam mana gentleman sekali pun mamat tu, kalau sesekali kau keluar duit untuk diorang, aku bet diorang appreciate korang atas apa yang korang buat tu.

Kalau kata dari segi tenaga dan masa ni mungkin berkait rapat. Kekadang kita rasa benda ni kecik sebab tak nampak secara langsung. Tapi percaya cakap aku yang benda ni dalam diam main peranan jugak. Contoh pasangan kau tu busy nauzubillah orangnya sampai kekadang nak jumpa kau pun tak sempat. Makan pun tak tentu masa. Tak salah rasanya kau tolong masak dan hantar ke dia. Atau tolong dia buat kerja dia. Dari kau memekak tak tentu hala merungut dia sibuk kerja sampai tak hirau kau. Better kau pulak mengalah datang dekat dia. Cari inisiatif. Kalau dia kekadang boleh korban kan rasa penat datang jumpa kau sebab tak nak kau merajuk, tak kan kau sesekali tak boleh korban rasa geram dengan mengalah dekat dia.

Tolak ansur dalam perasaan ni pun satu hal jugak. Pasangan kau pesen kerja banyak bergaul dengan jantina berlawanan dengan dia. Itu tuntutan kerja dia. Tak boleh nak elak. Kau kena berkorban dan tolerate sikit dengan faham keadaan kerja dia tu macam mana. Jangan lah nak melenting tak memasal, cemburu tak sudah. Tak kan hari-hari nak gaduh sebab isu yang sama. Sesekali boleh kau suarakan yang kau tak suka sesuatu yang berkaitan kerja dia. Selebihnya kau simpan. Tak perlu bebankan dia dengan hal remeh cemburu yang tak kan pernah habis tu. Asal dia pandai jaga diri, jaga kau, jaga hubungan korang, settle.

Tapi nak cari orang yang boleh tolerate dengan kita tu bukan senang. Serius bukan senang. Kalau nasib kau baik, kau dapatlah. Kalau tak, makan hati lah kau ye dak. Kehkeh.

confession #24


" Oh no lah. We're just friends. " I have to gather all my strength to force this sentence out of my mouth. I can hear a soft cracking sound inside of me.

These unsaid words that I choose to keep, might be the reason why things between us were left hanging, unanswered. But I can't help it, because I'm losing hope. How can I have the thoughts of competing against her? I'm not her. I can never be her. I can see the way you smile and the way your eyes twinkling whenever you talk about her. The soft, smooth sway of your voice when you mentioned her name. I can never beat that.

For a while, I am convinced that maybe, things like this happens daily. People fall in love, and people fall out of love. We just need time and luck to be on our side. These wounds will heal, and memories will fade. I will be okay, eventually. It has been quite some time now. I've met new people but still, none of them have that electrifying shock, the one that you own. That special touch and lovely crinkles. And they say if you want to know where your heart is, look where your mind goes when it wanders. 

It's you. You are my wonderland.

I told myself that I'm okay with this, whatever this situation we put ourselves in, and put a strong face as I live up my days. Yet, why these tears keep on streaming down my face when I see your picture with her? Can you explain all of those sickening thoughts of what-ifs and make-believe that exist in my head?

 Is this the way we're supposed to be? You're going out with her, and I'm with him. Are you happy now? I'm hoping that you are. I guess we are moving on. I guess this is life, and we're supposed to leave things behind. But I cannot lie. What had happened between us, it haunts me. And all those sleepless night where I caught myself thinking that perhaps, in some other alternate universe, things might be different.

Or maybe not.

Because I knew it, deep down in my heart, that even if everything in this world conspire together to make things happen between us, it wouldn't work. Who would love to fall in love with such an ugly duckling? A duck that can't even quack. For I am a creep. I am a black sheep, and I guess a weird potato like me will never win your human heart.

If I were you, I wouldn't fall for me too. 


Sunday, 12 May 2013

The end



They thought I was happy
when I smiled so widely
I might seem so
with all your money
Behind the curtain
I was only lonely

That you wanted her
You should have told me
Did you not have the guts
to bring yourself to say
that our love had lost its flame

I hated myself for
I was indecisive
that our bright days had passed
and we were not meant to be
but I was indecisive
Lingered at the same spot
too afraid to look up
nor move forward

I hated myself for obsessing over you
with all my heart and all my might
I loathed myself for
the thoughts that I was at fault
and never the best
each time
I saw her in your arms
when the truth was
YOU
made the mistake