Saturday, 11 May 2013

Pelamin Angan Kau Musnah




Kau kata kau dah nak kahwin
Duit simpan semua dah cukup
Hantaran berbalas berapa dah plan
Tarikh dipilih pun dah cukup cun

Kau kata kau dah nak kahwin
Harini aku dengar kau dapat no si A
Tergelak tersengih macam kerang busuk
Tangan kau tu tak lepas pegang si handphone

Kau kata kau dah nak kahwin
Dekat FB ada gambar kau dengan si B
Pipi ke pipi, bahu ke bahu
Aku tekan ‘Like’ sebab aku si jurugambar

Kau kata kau dah nak kahwin
Aku gelak kahkahkah tanda gembira
Sebab aku tau nama awek kau si C
Tapi nama di kad jemputan ada nama si D

Kau kata kau dah nak kahwin
Tunggu saja hari sejarah itu
Tunggu saja aku hadir nanti
Untuk mendendangkan lagu Tenda Biru

6 comments:

Anonymous said...

Hikayat lelaki arnab yang cilake. Ahaha

yongpropaghandi said...

backup plan la tew. haha

Unknown said...

Sedehh..ati xley pakse kalau dah tsuke laki miang. sobs. :(

FN said...

xlyk buat laki tu.. belum kawen dah ade tande miang

n. ain nadirah bukhri said...

Dah, dah. Jangan mengharap kat lelaki miang rakan-rakan. Sila tinggalkan si asshole seperti ini sesegera mungkin.

BidadariBesi [SYAA] said...

Lagu Tenda Biru yang tak boleh pergi tu. Betul-betul perlian makan dalam.