Wednesday, 29 May 2013

Tak Pernah Pudar


 

“Sekejap sangat masa bila ada dengan U ni. Rasa tak puas.”

“Memang patut pun sekejap sebab I nak U datang selalu. Tapi jangan selalu sangatlah. Nanti I bosan.”

Lontaran ketawa itu diselang seli dengan cubitan manja dan diakhiri dengan pelukan kedap yang agak panjang. Masing-masing tenggelam dalam kerinduan yang bakal menjelma tatkala masa itu hampir tamat.

Ahh, aku. Dalam keadaan macam ni pun masih lagi nak pertahankan rasa ego. Jerit saja lah depan dia. Cakap kau sayang dia. Cakap kau mahu dia. Cakap yang kau benar-benar menyayangi dia dan perasan itu benar belaka. Bukan satu penipuan. Tapi mampukah aku? Atau itu hanya akan bakal mengundang jawapan sepi yang mampu meruntuhkan  lagi rasa cik hati? Hanya mampu serah pada masa, serah pada situasi yang bakal berulang saban hayat.

“Nanti ada masa I jumpa U lagi okay. Take care.”

Dan itu adalah situasi sebulan yang lepas. Keadaan kembali sunyi seperti selalunya. Hilang lagi. Sepi lagi. Sendiri lagi. Untuk yang entah ke berapa kalinya. Dan aku? Masih di sini. Setia menunggu pada sesuatu yang ku tahu bukan milikku.


Tapi bila difikir semula, bukan ego yang aku pertaruhkan untuk merebut sayang itu. Sebab aku nampak takdir depan mata. Yang mana takdir hidupku bukan ditentukan untuk bersama dia. Iya, kau mahu kata takdir itu ditentukan Tuhan. Iya, aku tidak punya kuasa untuk menentukan apa yang bakal terjadi di masa hadapan. Tapi aku percaya, aku yakin dan aku akur. Banyak benda yang tidak dapat kuramal tapi dia? Dia memang bukan untukku. Dan aku nampak itu. Dan kenapa aku masih bersama walhal aku tahu hakikat sebenar? Sebab aku mahu kecap bahagia yang seketika bersama dia dalam hayat yang mungkin tak berapa panjang. Cukuplah itu sahaja. Biar hidup ini kujalani dalam keadaan puas aku penuhi setiap apa keinginanku.

Kenapa sayang yang diberi dibalas dengan sepi? Kenapa rindu yang menghantui dihadiahkan dengan kehilangan? Dan kenapa aku masih kuat menunggu hanya pada yang satu? Sudah butakah mata ini? Sudah jelikkah hati ini pada yang lain? Jawapannya hanya ada pada dia. Dan dia tak punya jawapan. Dan aku? Rasa rindu ini tak akan pernah pudar. Walau dihambat masa. Walau dihambat usia. Mungkin dia perdagang kata sayang seluruh dunia. Tapi aku tahu menilainya. Dan biar aku sendiri yang ketahuinya.

“U, rindu I takkan pernah hilang. Sentiasa ada dan ia milik U untuk selamanya. I promise.”

“Kau mungkin pernah merasa remuk ditikam cinta yang dikhianati. Kau mungkin pernah merasa hancur didusta cinta. Tapi cuba kau rasa pula pada rindu yang tak pernah mahu lekang dalam hati. Dan baru kau tahu betapa seksa punya hati yang sebegitu.”  SD

7 comments:

gadis said...

wuu i can feel it because i faced too ;(

milot said...

Im in this...
I do luv him
But we hve diff ways

Im happy in pain :-\

milot said...

Im in this...
I do luv him
But we hve diff ways

Im happy in pain :-\

lollybiess said...

just suits me well..dia kat offshore...lost contact da dekat 4bulan..last contact cakap nak balik..tapi takde pun...dari kemaman ke ipoh,ipoh ke klang, klang ke sarawak, sarawak ke labuan, labuan ke brunei..n now he is in japan...according to his friends la kan...
tatau sampai bila boleh tunggu dia n lately asyik mimpi pasal dia..
air mata da kering..tapi hati ni tetap ingat janji dia..sebab tu maseh tabah menanti

bibir terkumat kamit said...

rindu sampai setengah mati pun, aku takkan dapat balik dia.

Unknown said...

merindu...ahhh ape gune menjadi perindu yg hanye mngingat kisah lampau..move on..dats the best thing..ade jodoh xkemane..

M said...

Dan sesungguhnya sakit rindu itu maha dahsyat bila aku bukan yang terutama baginya.