Friday, 5 April 2013

Bodoh.



Kau manusia bodoh,
Kau memang pandai berbohong.
Kau pandai memutar cerita yang serong.
Kau robek kau koyak hati aku hingga kosong.
Kau biarkan segalanya terbiar dengan kesan lopong.

Kau manusia bodoh,
Pernahkah kau fikirkan keadaan hati aku?
Pernahkah kau fikirkan luka pedih aku?
Tidakkah kau mahu sedikit pun untuk tahu keadaan aku?
Tidakkah kau mahu sedikit pun mengurangkan sakit aku?

Kau manusia bodoh,
Aku simpan hati aku yang kau rejam.
Yang kau hancurkan penuh kejam.
Kesan-kesan luka penuh darah bekas kau tikam.
Jangan fikir aku diam aku tiada dendam.

Kau manusia bodoh,
Mungkin harini hari kau suka penuh bermakna.
Kau seronok melihat aku terluka sengsara.
Ketahuilah hari esok entah siapa yang punya.
Tak mustahil esok kau yang akan tersembam jatuh luka tercucuk kaca.

Kau manusia bodoh,
Aku takkan berjanji untuk mendoakan kau bahagia.
Tapi jangan kau pernah lupa.
Roda berputar mengikut masa.
Satu hari nanti kau pasti akan rasa, rasa sendiri sakit yang sama.

Kau manusia bodoh,
Kau tahu tak?
Jangan fikir guna kaki tapi guna otak.  
Sebab engkau tu entahkan bijak.
Entahkan tidak.

4 comments:

Anonymous said...

aku perasan post2 kau semua pasal org rabak cinta.aku syak kau sendiri memang tengah rabak bercinta ni.dik,cinta tu bukan segalanya.kalau dah sampai takkan berdoa utk orang lain bahagia tu dah salah bunyinya.kau masih punya keluarga.masih punya rakan utk bersama.be rasional.buang rasa benci kau yang meluak2 tu.bahagia takkan dtg bersama rasa benci yg ada dlm hati.

Iera Anuar said...

Lol.chill la.its just an entry.kenapa perlu emosi sgt?

Anonymous said...

dah entry kau semua rabak semacam.aku yang baca turut emosi.haha

FN said...

dah jangan gadoh sebab aku.. kah kah