Sunday 21 April 2013

Confession #22

Mari sini dekat-dekat.
Aku mahu cerita satu rahsia.

Ada seorang lelaki, sangat hampir kejadiannya dengan sempurna. Baik, santun dan ada karisma. Setiap kali aku jatuh, dia ada. Setiap kali aku menangis, dia ada. Setiap kali aku rasa bagai dunia akan berhenti berputar, dia muncul dan putarkan semula. Dia yang masih setia berdiri di sisi, atas dasar sayang dan cinta. Dia yang menjanjikan aku bahagia.

Dan kebaikan dia ada harganya. Dalam setiap hulur tangan yang dia beri, ada harapan yang tersimpan. Bagai ada kepulan awan menghurung jantung, aku rimas. Aku rasa lemas. Aku rasa harga yang dia letak terlalu tinggi. Dia taknak yang lain, hanya satu yang dia cari. Hati aku yang dia nanti.



Tapi dalam hati aku ada dia. Dia yang kedua.

Dia yang punah, dia yang ada cacat dan cela. Dia yang hitam dalam kalangan putih, dia yang rabak, dia yang jatuh tiada kaki, kudung tiada tangan. Tapi hati aku pilih dia, aku mahukan dia. Dia yang aku hulurkan segala kudrat, aku patahkan tulang-tulang bahu empat kerat, hanya untuk dia. Lemah-longlai langkah aku kerana berat beban aku galas setiap sedih coretan luka dia simpan.

Tapi yang buruk itu semua aku terima, aku tolak jauh-jauh, enggan ambil peduli. Cakap lah apa yang kau mahu, bagi aku dia masih yang terbaik. Bila mata dipejam, yang aku bayang adalah dia. Bila hati diasak perit hidup atas dunia, yang aku mahu dengar adalah suara dia.

Tapi dalam hati dia ada tuan empunya. 
Si perempuan yang sempurna.

Dan siapa aku? Hanya picisan yang datang bila dipinta, persinggahan semata. Tapi hati ini aku tadahkan juga, setiap rongga rindu aku simpan hanya untuk dia. Dari jauh aku pejamkan mata, butakan deria, lemah sepuluh jari aku perlahan mengusap pergi rekahan yang jatuh dari mata. Kerana aku perempuan biasa. Dia yang kau cinta? Bagai matahari, satu dalam sejuta menerangi bumi.

Jadi akhirnya aku pilih yang pertama, terpaksa walau tiada cinta. Disumpah menyimpan rahsia paling jahat. Ya, aku jahat. Kelat dan pahit aku simpan, aku telan. Aku luahkan madah manis untuk menjaga hati, untuk menjadi bukti kononnya dia lah sayang, padahal hati aku si dia yang kedua pegang.

Tapi ini rahsia ya.
Rahsia kita.

11 comments:

Naa said...

how it feels?when giving the love to whom actually we are not in love?takkan tiada langsung rs kasih dan sayang itu?bukankah sayang itu bole dipupuk?

zaffe said...

Entah lah . Awak rasa? :)

feruz8 said...

Beri peluang pada hati untuk semai rasa itu. Ya cinta tak boleh dipaksa tapi Tuhan tahu apa yang terbaik untuk semua. Buka hati dan beri peluang.

Anonymous said...

sebab tuhan rasa apa yang kau rasa..sebab tu dia kirimkan lelaki itu..buka kan lah pintu hati kau untuk dia..insya-allah dia akan jaga kau baik2.. =)

CYCY's AMIRUDIN said...

Dalam situasi yang sama. Yang kedua tetap dihati. Emmm.

zaffe said...

Manusia, macam tu lah hihi. Kejar mengejar dah jadi adat.

Anonymous said...

Hati ini yang gila. Belen-belen mahu jdi watak dalam cerita nove gamaknyal. Mahu luruskan si dia yang senget. Akhirnya,di senirik yg rabak. -D-

Naa said...

saya tiada jawapan sbb itu saya bertanya kerana saya juga melaluinya tapi saya as action of lelaki kedua tapi saye perempuan dan telah ditinggalkn.tidak adilkan?

Naa said...

Eh silap, as action of lelaki pertama :)

zaffe said...

Kalau nak berkata pasal adil dan cinta, selamanya sukar :)

lollybiess said...

orang cakap kalau kita betul2 jatuh cinta pada yang pertamakita tak mungkin jatuh cinta pada yang kedua..tapi aku..aku mahu dua-dua.....