Friday 17 May 2013

Game Over

Petang tu kami penat, azab minggu terakhir sebelum final. Masa tu la segala assignment nak kena settle, ada quiz la, kelam kabut penuhkan petak kosong attendance la. Balik je bilik, kepala rasa pening. Serabut. Nafas aku tarik dalam, beg aku campak tepi. Aku cuba abaikan, laptop aku pasang. Red Alert 3, game favourite. Buat seketika aku rasa dunia ni menghilang dan aku tenang.

Babi. Serabut aku level 100 tak boleh nak fokus. Kalah teruk.

" Aku dah cakap dah, kau degil. Suka sangat guna Tesla Coil tu buatpe. Bad move, bro. " kata dia sambil jeling, dua tangan gigih tekan joystick. Aku bengang. Dah la tengah serabut, pastu kalah main game, siap kena komen lagi! Tiba-tiba aku rasa bilik tu sempit sangat, kecik. Terus aku capai benda paling dekat, aku baling sekuat hati.


Dia masih khusyuk, pandang tepat kat Iori dalam skrin. Bodoh! Ni kalau aku lawan dia guna Mai je pun boleh kalah la wei. Baran aku dah sampai hujung otak, terus aku pukul dia dari belakang. Tepuk jadi tumbuk. Dia masih watlek, masih tenang. Dia biarkan aku, abaikan perilaku aku. Lama-lama aku penat. Tumbuk jadi peluk. Aku menangis.

Baru dia tekan pause.

" Ni kenapa ni? " dia tanya. Aku diam, masih dalam sedu sedan menangis. Terbayang muka Faridah petang tadi. Assignment dia dapat A, aku punya B+. Punya berlagak muka dia wei aku rasa nak tempeleng sampai mampus. Aku ingat muka Lynn, anak bos cyber cafe kat bawah. Cantik, manis, selalu pakai seluar pendek pastu mengada singgah sini konon nak belajar main Dota, lirik mata manja menggoda. Alasan nak jumpa boyfriend aku le tu, panas gila hati. Kalau tak reti main, belajar sendiri la wei, kalau mengada macam ni takyah la main! 

Tapi takkan nak beritahu semua ni kat dia?

" Takde pape. Aku nak Abra, tapi bodoh ah dia asyik teleport je. Campak pokeball dua puluh kali pun asyik escape. Stress. " Dia gelak besar.

Kadang-kadang aku tak faham kenapa dia boleh tahan dengan aku. Beza gila perangai kitaorang. Mungkin sebab umur, dia lagi tua, lagi matang. Games atau perasaan, dia faham citarasa aku, faham yang ada certain things aku tak boleh nak let go. Masih stuck dengan game lama, perangai budak-budak lagi, dan perasaan aku, serabut aku, semua aku simpan, pastu meletup macam tadi. Tapi dia sabar. Tak pernah sekali pun dia melenting. Makin kuat aku peluk dia. Biarlah, aku tak kisah kecik mana pun bilik ni, aku nak dia.

" Meh la kita trade jom. Aku ada Alakazam, nak? "

Aku terus senyum sampai telinga.


5 comments:

Shawani said...

sebab tu agaknya abah suh aku cari kekasih yang umur tua dari aku.. tapi zaffe, jangan la selalu meletup.. kang dia cari lain =3 sabar ni ada had dia ;)

Mikael Sahaja said...

Ini comel. Serius.

zaffe said...

Haha. Kau ada Alakazam? xD

Anonymous said...

y u dun tell him? terus terang lebih baik bukan?

zaffe said...

kalau dah sayang, biar sakit makan sendiri :)