Thursday, 9 May 2013

Harga Murah


" Alah setakat perempuan tu, setakat semalam dua boleh ah duhh. Dasar belen, siapa nak kisah lepas dah dapat? " - ujar sorang brader belakang aku masa tengah lepak makan Char Kuey Tiau tiga malam lepas. Nasib baik Char Kuey Tiau tu sedap. Kalau tak..hhmmph!

Aku pelik sebenarnya bila ada golongan manusia yang rasa mereka ni Tuhan, sukahati nak label perempuan macam tu. Perempuan murah la, takde harga la, apa la. Kalau murah je mesti perempuan, perempuan yang salah. Kepala hotak kau, habistu kalau lelaki macam kau? Kira aku boleh label lelaki murah la? Lelaki takde otak macam brader Char Kuey Tiau tu, jenis yang sibuk nak benam six-inch kat sebarangan perempuan yang dia boleh dapat. Itupun kalau-kalau ada six-inch la. I bet cowards like you ni semua bullshit je lebih. Cakap besar. This is a sign of oppression tahu, when girls jadi a subject of only sex and lust.

source


Kalau ikut hati, aku dah benam pisau enam inci masuk mulut dia.

Apa hak kau nak cakap perempuan tu murah? Padahal sebenarnya buaya macam kau yang sibuk tebuk dara anak perempuan orang, pastu campak tepi. Nak salahkan perempuan dah rendah akhlak? Konon populasi perempuan baik semakin rendah? Kebanyakan lelaki macam kau yang sibuk komplen cemana nak cari isteri yang tak pernah disentuh. Lelaki bodoh macam kau yang sibuk tukar perempuan setiap bulan pastu gebang ah nak RT tweets pasal nak dapat isteri solehah, pasal rendahkan harga mahar, share kat Facebook posts pasal 10 tips perkahwinan yang indah di sisi Tuhan. Like seriously?

Aku tak cakap salah, baguslah kalau dah memang nak taubat. Tapi ada certain lelaki yang aku kenal memang jilaka punya perangai buat camtu konon sebab nak attract perempuan solehah katanya, biar nampak baik sikit, baru senang nak tackle perempuan suci bertudung mulia.

Oi perempuan, jaga-jaga eh. Kalau laki tu share quotes UAI sekalipun, takyah percaya sangat iman dalam dada. Hang pi test tanya doa Qunut dia hafal tak.

Kalau ada seribu buaya perangai macam kau ni, cakap sikit macam mana aku nak hadap kalau kawan perempuan aku menangis, meroyan kena tinggal dengan lelaki bodoh macam kau?

" Alah perempuan tu la yang bodoh, sepatutnya kena pandai jaga. Ini tak, bila boyfriend mintak, senang-senang je bagi. Dah tu, certain perempuan pakai seksi-seksi. We guys just simply can't help it. " Ini respon salah seorang kawan lelaki aku bila aku tanya pasal ni. Ammbuuuii defensive nya alasan, pandai ye menjawab gittew.

Unfortunately, kita hidup dalam komuniti di mana kita diajar " Okay kalau awak taknak kena rape, kalau taknak kena cop sebagai belen, awak kena pakai jubah siap purdah sekali. " Habistu kenapa rata-rata aku tengok ada je perempuan pakai cantik litup tutup sopan, tapi tetap jadi mangsa? Kenapa kau tak tanam dalam otak kau, instead of jangan dimainkan, guna otak tu, jangan la main-main kan orang! Ini benda basic duhhh, perempuan-perempuan ni semua ada bapak, ada abang, ada family. Kalau adik perempuan kau yang kena acane? Haa.

Adik-adik sekalian, sex is not the solution.

Perempuan ni sebenarnya, walau ikut dalam entri Ovari Macho aku tu, konon gagah ke, cool ke, kalau bab lelaki yang dia sayang ni, konfem cair jugak. Dah kalau jahat cemana pun, kaki perempuan terang lagi nyata pun, dia butakan mata jugak. Kalau awak ajak masuk bilik, mula-mula dia tolak pun, lama-lama kalau awak pujuk, dia ikut jugak. Sebab hati dia lembik, tulang rusuk bengkok, remember? Tambah lagi kalau pergi berdating berdua, yang ketiga tu setan.

Haa yang perempuan-perempuan ni pun, bukak mata sikit. Even kalau kau dah bertunang ke apa, sex is not the solution. Memang lah atas alasan sayang mula-mula, konon nak bagi boyfriend kau jangan lari, tapi apa jaminan jantan tu confirm lekat dengan kau lepas buat? Ada siap buat kontrak ke, cik kak? Eleh even kalau ada, nak bawak naik court pun malu seyy! Ada perempuan-perempuan yang kena rape dengan boyfriend dia, aku sarankan report aja. Jangan sebab sayang boyfriend, awak butakan mata. Kesian tau.

If he need breast and thigh to fall in love and stick around with you, then bring him to pasar malam, belikan ayam mentah. Lelaki murah macam ni tak layak pun dibawa ke KFC, tak payah baik sangat belikan snack plate. Believe me, sweetheart, harga diri awak tu tinggi. Jangan rendahkan untuk orang yang tak mampu beli. Badan awak, maruah awak, bukan barangan bundle. 

Aku sayang korang ni haa sebab tu laa cakap gini.

Ingat tak dulu masa kecik-kecik, ayat " jom main " tu innocent?
Let's make it innocent again. Bukan macam ni.

P/s : Aku tahu ada segelintir golongan lelaki yang baik-baik, perempuan bijak pandai yang pandai jaga hidup, pandai jaga diri. Tahniah aku ucapkan. Good job, guys! Jangan jadi korban cinta nafsu, okay? :D


4 comments:

Anonymous said...

keep it up zaffan. :D

Adziim said...

Aku takkan cakap perempuan tu bodoh sebab 'terperangkap' dengan pujuk rayu lelaki. Cuma perempuan tu terlalu sayangkan lelaki tu sehingga kelabu otak nak fikir pasal harga diri.

Anonymous said...

2 laki xleh pakai.. harapan palsu..
girls jgn mudah terpedaye.. fs

Anonymous said...

setuju!!! lelaki camni patut dubunuh saja