Monday, 27 May 2013

Kerja

Selamat Pagi!
Ahh, lama tak menaip. Rindunyaaaaa.

Hampir sebulan aku dikuarantin. Handphone takde, tak boleh call, tak boleh text, whatsapp, wechat, facebook, twitter, semua lah! Aku tak tau pasal dunia luar langsung. Sihat ke tidak semua dekat rumah, hmm.

Untuk minggu yang pertama, semua orang yang dikuarantinkan tak senang duduk. Rindu betul semua orang dekat boyfriend/family dekat rumah. Kitorang dekat sana nak cuci mata pun tak boleh. Lelaki ada lah dua tiga jemput.

Dan aku..
makin lama aku makin suka dikuarantinkan. Aku suka hidup dekat sana walaupun stress dengan penyingkiran, cabaran, bangun pagi nak kena pakai make up, kamera sentiasa ada, tapi aku suka. Dan aku jatuh cinta dengan kerja aku.

Sekarang aku dah balik dan aku confuse. Keliru dengan hati aku sendiri. Jujur, aku rasa tawar hati untuk bercinta. Untuk bercinta dengan siapa-siapa pun melainkan kerja. Aku jadi tak keruan sekarang bila tak ada kerja. Aku rasa malas untuk keluar, malas semuanya. Hati aku kosong. Hati aku tak tenang bila fikir aku ada boyfriend untuk dilayan setiap hari sebab hati aku cuma fikirkan kerja. Kejam tak aku kalau aku tinggalkan dia demi kerja?

3 comments:

dienia said...
This comment has been removed by the author.
AMIR SYAFIQ said...

Do what you think the best..but i want u to know, u have my infinite support..if you trust me..

Mikael Sahaja said...

Ya, kejam. Tapi apa ertinya kekasih jika tiada lagi rasa cinta.