Monday, 1 April 2013

Confession #19

1 April.


Siling putih aku pandang, kipas berputar laju. Pusingan yang buat kornea aku kaku. Mata aku pejam rapat rapat, biar gelap, biar buta sebentar deria pandangan. Getar jiwa aku sentuh, aku capai dan aku pandang tepat, biar setiap zarah dalam diri tegak berdiri. Vibrasi jantung berdegup aku dengar, perlahan mengulangi rentak yang sama. Aku mengeluh, bahu terasa sakit. Lenguh jiwa aku dek kerana kata kata keramat yang ditahan ego tinggi melangit.

Rindu. Ya, aku rindu.

Menggeletar setiap sendi dalam badan menahan sakit. Ya Allah kenapa aku lemah, kenapa aku di sini meratap dalam diam, menjerit dalam kelam. Kenapa aku yang Kau beri perasaan paling indah, paling hebat kuasanya, tapi yang aku rasa sekarang sakit, perit pedih menanggung. Segala udara dalam tubuh rasa rasanya seperti menyebut nyebut nama dia, menyeru setiap atom dalam akal untuk memikirkan tidak yang selain dia. Aku penat. Aku mahu dia keluar. Aku mahu muntahkan segala memori, aku mahu ulang balik masa dan kembali. Kepala dihentak ke dinding, air mata mengalir laju.

Kau rasa perasaan ditinggalkan itu sakit? Nah! Cuba lah kau cuba ambil secangkir rindu dalam hati aku dan kau rasa sendiri, kebas hujung sepuluh jari tangan dan kaki, segala urat menjadi kelabu, biru. Tiada lagi ruang buat oksigen merangkak masuk memenuhi paru paru. Aku lemas, aku rimas. Aku sangka aku kuat, aku sangka ini permainan aku. Tapi kenapa sekarang aku jatuh, tenggelam dalam dasar enam puluh kaki dendam nafsu aku yang sentiasa teringat akan dia? Halus kulit, suara merdu bisikan, sentuhan lembut membelai rambut. Aku kaget. Aku panik. 

Ah sudah. Fuck!