Thursday, 2 May 2013

Jom Keluar Memangkah

Memandangkan ada lagi beberapa hari lagi sebelum rakyat Malaysia keluar mengundi secara beramai-ramai, elok benarlah aku nak bercerita pasal pangkah-memangkah ni. Tapi sebab ini bukan blog politik, sikit pun aku takkan ulas tentang politik. Yang nak diutarakan di sini tentang pangkah-memangkah cik hati. Ayat yang lagi sedap sikit dari sailang-menyailang.

Berapa banyak kali dah korang memangkah hati orang lain? Berapa banyak kali dah korang memangkah hak orang yang lain? Dah berapa banyak kali korang dipangkah oleh yang lain? Sedap atau sakit? Mungkin bahagia pada yang memangkah dan terus diiktiraf menjadi ADUN di dalam hati yang nak dipangkah. Bagaimana pula pada yang selama ini setia memangkah pada satu hati yang sama sejak berkurun tetapi akhirnya hati itu mendefinisikan pangkahan kita itu sebagai undi rosak? Dan yang akhirnya membuat kita tidak terpilih untuk menjadi wakil kepada hati yang berkurun dipangkah itu. Amboih sangat kan perangai hati yang sebegitu rupa. 


Persoalannya di sini, adakah kita mahu mengiktiraf diri sebagai wakil yang akan dipangkah? Atau adakah kita hanya mahu sekadar menjadi ahli biasa yang hanya menjalankan tangungjawab untuk memangkah sahaja? Nampak tak perbezaannya di situ? Okay, mungkin terlalu berkias. Moh ler aku berterus terang apa sebenarnya yang aku nak terangkan.

Situasi 1

Si A    : Babe, wa kena cantas dah? Dalam diam babe. 
Si B    : Laaaaa....Bilernye? Siapa yang cantas ni?
Si A    : Kawan wa sendiri, babe. Patutlah baik semacam dengan kitorang. Dalam diam buat kerja rupenya.
Si B    : Owh, gittew.......

Situasi 2

Si B   : Weh, kau dengan si C ke sekarang ni?
Si D   : A ah. Aku tak sangka pulak. Memula kitorang kawan jek.
Si B   : Babe, bukan si C dengan si A ke haritu? Ape cerita ni?
Si D   : Aku no komen lah. Hati ni susah sikit nak jangka. Dah dia suka aku, aku pun suka jugaklah kat dia.
Si B   : Owh, gittew.......

Normal dilihat kan situasi di atas. Tak pernah jumpa situasi macam ni? Owh, belum cukup kenal hidup lagi. Dan bagi aku, pemangkah / penyailang is the winner. Jangan melenting dulu. Rileks kejap. Inhale then exhale slow-slow.  ^__^

Bila berada dalam situasi 1, perkara pertama yang perlu dilaku adalah BERTENANG. Aku dah pernah cerita pasal bertenang dalam previous entry. Gi search sendiri yang mana. Kebahagiaan kau direnggut secara kasar dengan tiba-tiba. Memang langsung takde petandalah orang kata. Agak kejutan jugak situasi tu, tapi bertenang dulu. Kau selidik dulu pihak lawan. Apa kelebihan dia, apa ilmu yang diguna. Kalau kau betul-betul mahu pertahankan lagi hubungan yang dirampas tu, aku cadangkan kau jangan meroyan dulu. Aku tahu, kebanyakan orang bila dalam keadaan marah, langsung dilupakan dunia. Meroyan, meroyan dan meroyan. Cer bawak bertenang. Kalau kau rasa kau berhak untuk dapat balik hak kau, ayuh kita gempur. Kau perhatikan dulu seminggu dua. Jangan lost contact dengan 'ex' dulu. Keep call dan bersabar. Walau dalam hati kau rasa macam nak hempuk jek muka dia, tapi rileks. Kebiasaannya hubungan yang baru nak bermula ni dia macam ada sedikit goyah. Kalau kau berkelakuan elok sepanjang dipangkah secara tiba-tiba tu, tak mustahil 'ex' engkau akan patah balik ke engkau semula. Dan jangan lupa say, "Looser" pada si pemangkah. ^__^. Pada masa yang sama kau telah berjaya memangkah hubungan yang baru itu pula. (belum ada testimoni, maybe korang boleh jadi yang pertama untuk mencuba)


Done for the first part. Macam mana pulak bila korang berada di situasi ke-2? Watak sebagai seorang penyailang / pemangkah? Yang pertamanya, perlulah aku ucapkan tahniah atas kejayaan korang. Ingat senang ke nak memangkah ni? Perlukan penelitian tau. Bukan main pangkah jek. Lainlah kalau korang jenis main sauk apa saja depan mata. Like ewwww, tasteless lah gitu. Korang yang sebagai pemangkah ni (lagi-lagi kalau kau pangkah kawan sendiri), mula-mula hidup macam agak kacau-bilau juga. Kau akan sentiasa rasa berjuta pasang mata di sekeliling menyalahkan kau untuk setiap benda. Eventhough kau nak bagi derma kat budak-budak kecik tepi jalan pun kau boleh rasa yang orang sekeliling pandang kau macam nak buli budak kecik tu. Hidup dalam bayang serba salah untuk setiap hal. Dan rasa bersalah kau ni juga akan menjadi bahan binaan dalam hubungan yang sedang kau nak bangunkan sekarang ni. So cadangan aku, bila kau dah berani untuk memangkah jalan / hubungan orang lain, kau kenalah berani untuk teruskan hidup dengan angkuhnya. Kau dah menangkan? Apehal yang kau rasa macam satu dunia nak salahkan kau. Unless kau rasa memang perbuatan kau tu yang salah. Penyailang, please take note. Perbuatan sailang tak salah bila berada di situasi hubungan mereka-mereka itu dalam keadaan retak menanti belah. Retak yang memang tak boleh nak diselamatkan lagi. Dan behave sikit dengan cara nak menyailang tu. Jangan nak main redah. Kau suka aku, aku suka kau, jom kita tinggalkan dia yang tak guna tu. Kalau beginilah cara kau, aku pun boleh benci perangai penyailang ni. So teknik dan konsep tu kena fahamkan dulu. Barulah boleh jadi penyailang yang berkaliber. Aherher.



Bagi aku, yang dipangkah atau yang memangkah, masing-masing ada sebab. Janganlah guna ayat klise yang itu semua sudah tersurat. Kau bawak kereta, tangan pegang stereng. Kondisi kereta semua dalam keadaan terbaik. Tiba-tiba kau terlanggar divider, dalam keadaan kau memandu tanpa pejam mata walau sesaat pun. Itu pun kau nak kata perkara dah tersurat ke? Kau nak salahkan takdir Tuhan? Samalah juga dalam kehidupan kau. Kau yang tentukan apa yang kau mahu. Kau selalu nampak sailang perbuatan yang teruk. Tapi kalau kau dapat gunakan konsep sailang itu untuk meraih balik orang yang kau mahu, adakah itu kau nak katakan sailang perbuatan yang terkutuk? Kau fikirlah sendiri. Sebab aku ada nyatakan pemangkah / penyailang is the winner.

"Orang bercinta, kau pun mahu bercinta. Ilmu cinta ini luas. Pandai-pandailah kau nak gunakannya ke jalan yang kau suka." SD

1 comment:

Anonymous said...

op

kalau view love ni secara materialism, iaitu secara gain or loss, win or lose..maka boleh la anggap sailang ni is a winning thing

tapi love mcm tu boleh bagi peace of mind ka?
kalau muda mmg nampak mcm tu..tapi bila dah berumur sikit..

bila tgk sana sini divorce, relationship tapi x happy..aku rasa kena rethinking balik pasal sailang ni.