Tuesday, 12 March 2013

Hati ke bulan

People change, things go wrong, shit happens, life goes on.

Ingat lagi waktu dahulu? Masa kau dan aku naik basikal pergi ke bulan memetik bintang. Indah. Kau sentuh tangan aku. Depan cahaya bulan. Kita genggam tangan bersama, erat. Sehingga tidak ada sedikit pun cahaya bulan yang mampu menerobos jari di tangan. Erat, teramat sangat. Kau genggam erat tangan aku seerat tangan aku menggenggam jari jemari kau. Sejuk. Tangan kita sejuk, bukan kerana darah. Tapi mungkin kerana hati. Bahagia mungkin atau sememangnya pasti. Seronok.

Kita berlari. Aku didepan, kau dibelakang. Kau mengejar aku penuh kemahuan. Kemahuan untuk memiliki aku. Mengejar penuh harapan. Aku jauh didepan kau memecut penuh kekuatan. Tangkap, tidak lepas. Erat pelukan, bagai tiada ruang. Kita tertawa, senyum manis kau tidak pernah aku lupa.

Alis mata penuh indah, aku tahu yang aku betul betul jatuh cinta kali ini. Tiada ragu. Kita kepenatan, aku duduk bersimpuh melepaskan lelah, kau datang mengambil tempat melepas penat dipeha aku. Terbaring, senyum dalam gembira. Habis basah baju, peluh menitis laju. Tapi aku bahagia, aku tahu kau pun merasa bahagia yang sama. Kita kembali bangun, berjalan berpimpin tangan beriringan. Jalan menuju kebahagiaan. Kau ada aku, dan aku ada kau. Berjalanlah kita sambil bersama melintas segala halangan. Perit, tapi aku bahagia kerana kau ada sebagai peneman, sebagai kekuatan.

Tapi itu dulu.
Aku rindu. rindu waktu dulu. Waktu kau dengan aku. Rindu bagai gila, mahu atau tidak. Aku harus lupa. Aku terpaksa melepaskan semua dan berjalan berseorangan. Tempuh hidup penuh onak dan duri, kau tidak ada. Aku meroyan bagai nak gila bila kau tiada. Menangis meratap bagai tiada esok. Menangis air mata darah sekalipun kau tetap tak akan kembali. Kau betul betul pergi. Aku berjalan lagi, bangun memapah hati. Berdiri, genggam segala kekuatan. Aku tebus segala kekosongan. Kau tak ada, aku masih hidup. Masih perlu teruskan hidup.

Move on.
Noktah. Itu penamat.

"Kadangkala cuba toleh belakang, senyum sinis sikit. Campak sumbu api, bakar jambatan lama. Pandang depan, bina jambatan baru. Lebih kukuh, harapnya tidak sama seperti dulu."




2 comments:

me in LDR said...

kenangan, walau pahit manapun, kita tetap tak akan lupa. kan?

apatah lagi kenangan indah walaupun kini terasa pahit pabila dikenang..=)

Mohd Rusly | Nurhazwany said...

Nais :)