Tuesday, 5 March 2013

In A Parallel Universe


Cerita ini jarang diceritakan, malah aku tak pernah nampak pun perspektif daripada golongan ini. Maka aku rasa wajarlah aku tampil kehadapan nak menceritakan perspektif golongan ini yang sering dipamerkan secara tidak adil dalam media.  Ni sebahagian stereotaip yang buat aku nak haktuih. Aku panggil diorang golongan minoriti sebab tak direpresent secara adil dan sebab ramai golongan perempuan tak nak mengaku diorang ni daripada golongan ni sebab geli ewww I’m special okay I’m not like any other girl, I’m limited edition.



Bila kau dengar lagu, kau akan dapat dengar lirik-lirik macam ini especially yang ditulis oleh Taylor Swift “She wears high heels, I wear sneakers; she's cheer captain and I'm on the bleachers”. Avril Lavigne pun ada jugak buat contoh terbaik dalam music video, Girlfriend. Dalam novel, drama dan filem dioranglah jadi villain, jadi lawan heroin yang kononnya ‘one in a million’, ‘different’, ‘special’, ‘you tak seperti gadis lain’(ini serius kelakar ayat klise 101 drama seantero dunia.) Sering dipotray imej sebagai si jahat yang ingin merosakkan hubungan orang, dengki dengan kebahagian sekeliling dan pentingkan diri sendiri.

Setakat ayat cover cun, perasan, sombong, kerek, berlagak; dan yang paling biasa KAU INGAT KAU CANTIK SANGAT – ah itu makanan telinga diorang setiap hari, kalau telinga diorang boleh makan mesti dah termuntah balik. Eh hebat tak metafora hiperbola eh eh. Lelaki yang dari mana entah asal usul tetiba ‘pheeewit’ kekonon bajet Amy Search, yang entah apa niat ntah nak mensiul siul, wajarkah mereka diberi sebarang reaksi? Ketika dipanggil ‘kak long’ sekali lagi oleh orang yang tak dikenali, haruskah mereka memandang kerana mereka tahu dan sedar diri mereka memang bukan kak long dia?

Warna pink dan seangkatan pastelnya warna itu juga sering menjadi mangsa cacian. Tidak pernah dalam sejarah ada warna yang lebih menjengkelkan dan menggelikan manusia selain daripada pink (mungkin purple next in the list itu pun sebab Bieber maka penggemar purple haruslah mencaci Bieber) Dan malangnya, bagi golongan minoriti ini itulah yang menjadi pilihan hati tika mengisi ruangan warna kegemaran dalam buku biodata guna pen glitter. Nak buat macam mana dah itu yang dekat di hati deyolls.

Golongan minoriti ni gemar benar shopping. Tak kisahlah online ke kat mall ke baju ke kasut ke handbag ke buku ke dan oleh sebab itu mereka juga merasakan ini hobi merangkap sukan favourite diorang. Hah ingat nak shopping tu tak guna tenaga fizikal ke nak tolak orang berebut handbag masa happy hour lagi nak kena pusing satu mall k.i.v dua tiga kali lagi tu belum masuk bab beratur nak bayar atau nak cucuk duit kat ATM. Semestinya ini tak cool sebab perempuan yang special dan cool haruslah minat bola dan tangkap gambar pakai jersi boipreng siap hashtag #GGMU #YNWA. Barulah special, barulah one in a million tak gittew.

Tempat lepak kegemaran golongan ini adalah di kafe-kafe sebab nak makan kek sambil minum teh angkat pinky finger. Tetapi oleh kerana peredaran masa dan harga inflasi di kafe-kafe menyebabkan mereka beralih arah ke kopitiam Old Town, Papparich dan seangkatan dengannya. Bagaimanapun pembaca sekalian, boleh je kalau nak ajak diorang lepak mamak boleh jugak minum teh sambil angkat pinky finger hatta kat mamak sekalipun.

Oh oh oh and paling best pasal golongan ni lelaki tak suka sebab diorang ni high maintenance, bitchy, bimbo, tak cool, girly (dah nama perempuan habis nak jadi apa boy-y ke) dan opkos yang paling femes sekali; gedik. Kenal ke tak kenal, diorang tetap akan label golongan ini sebagai gedik. Tapi yang paling sedihnya kan, perempuan pun tak suka diorang ni. Benci sebencinyalah sebab diorang tak cool, lembik, tak limited edition, tak special hmm. Bagus semua ni sebab perempuan sama perempuan bergaduh lelaki tepuk tangan (macaikah aku) konon hotsetap k ada perempuan cool dengan gedik gaduh sebab kau.


Meh sini aku nak bagi renungan sikit, kalau perempuan cool + special + one in a million + limited edition ni dah bercambah macam cendawan lepas hujan adakah mereka masih special? Kalau watak mereka sering direcycle dalam segala bentuk media sebagai heroin adakah mereka masih special? Persetankan semua special, limited edition, nak recognition orang semua ni asalkan jadi diri sendiri. Buat golongan ini, jangan malu jadi diri sendiri bukan salah pun, jadi manusia ni mesti ada variasi takkan semua nak sama special lah sangat pui. Buat orang lain, jadi diri sendiri jugak tapi tak payah nak cakap orang macam-macam sebab kau terpengaruh dengan stereotaip drama/filem. Lain orang lain cara hidup.

Ada je golongan ni boleh pukul lipas selamba masa golongan cool+special+limited edition tu takut.  Jangan pandang luaran je sebab realitinya selalu lain sangat daripada fantasi. Pink tak pink, bola ke shopping, manusia jugak. Ex-roommate aku orang asyik dok brozone semua, siap ada yang panggil dia khunsa la apa la padahal kat bilik dialah yang rajin kemas, dialah yang rajin bake cake bagi kitorang semua makan.

Dan sebagai penutup,

“Women are trained to hate each other by mainstream media, their parents, their churches, and a slew of other outside factors that all originate from sexism.”


Hmph.

xoxo,
Gasip Gol.

P/s: Hiks tengok orang lain guna gif aku pun sibuk, so not special and cool okay. Sorry zaffe :p

3 comments:

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
lollybiess said...

saya lebih prefer guna term 'minah dress vs minah t-shirt'. ye, diorang mungkin kelihatan minoriti..tapi dari pandangan saya, pengaruh mereka dalam hidup saya sangat majoriti..cemburu dengan kehidupan mereka..tapi tak mampu jadi seperti mereka...n now this is i am...minah tshirt mungkin...tapi masih ada girlish n pinkish punya sifat...heee..

n. ain nadirah bukhri said...

Hai awak, saya suka anologi awak. Tak terfikir pulak nak guna anologi macam tu. Saya cenderung jadi minah dress jadi saya pulak jeles dengan minah tshirt nampak cool :D Takpe jadi diri awak sendiri je, saya pun tak mampu jadi minah tshirt hee.