Saturday 30 March 2013

Cara Konyol


Siang tu aku balik lambat. Macam-macam hal. Kelas habis lambat, hujan tak henti-hanti, elarti lambat sampai, lepas tu penuh dengan orang balik kerja, tunggu next elarti, still macam tu. Penuh. Bodoh.

Ada saja yang tak kena. Habis basah kuyup. Baju putih, baju dalam merah, memang. Aku belanja semua orang. Percuma. Aku dah tak kesah, yang penting aku nak tuala, aku nak katil. Syurga.

"Apa benda ni?"

Kertas kuning berlipat dua, ada tulisan warna biru.

"Buat 1 April ku"

Alahai. Masih ada manusia yang jenis kirim surat cinta ke apa? Aku nak gelak tapi tunggu masuk dalam dulu. Malu lah ke orang-orang lain kalau nampak aku gelak ketawa serupa orang sakai dalam basah dan berbaju dalam merah.

Sebelum sempat aku lontarkan tawa, aku terfikir sejenak. Benda ni pun pernah aku buat dulu. Ya, dulu. Pada mulanya, memang agak konyol dan tak masuk akal. Kita takkan tau bila, dimana, dan dengan siapa kita akan jatuh cinta. Bagi aku, itu semua random, sangat rawak. Bukan lawak.

Jadi, aku baca perlahan-lahan surat tu.

"April-ku"
"Pertama kali itu mudah, perasaannya yang sukar"
"Waktu itu, aku terasa terhenti, terpaku entah kenapa"

"April-ku"
"Belakangku, sentiasa terbuka buat mendukungmu"
"Kananku, sentiasa terpaut buat memimpinmu"
"Kiriku, sentiasa tersandar dibahumu"
"Depanku, sentiasa bersedia memelukmu"

"April-ku"
"Aku lah pria itu"
"Yang memerhati dari jauhku"
"Yang tersenyum lihat tawamu"
"Yang menangis dalam sedihmu"

"Oh April"
"Izinkan aku menemanimu"
"Dalam tidur dan jagamu"

"Aku cuma seorang pria"
"Yang obsesnya, buat"

"Gadis seperti kamu"

Ah ayat-ayat manis lelaki. Tetap konyol. Aku gadis berbaju dalam berwarna merah, takkan pernah tersungkur dalam hujan lagi. Lipatan kertas kuning tadi dikoyak banyak, lalu dicampak ke udara. Bebas.



Ditulis oleh,
@xallehrazax

2 comments:

Mikael Sahaja said...

Cis, aku ingat yang tulis ni perempuan. Cis betul.

xallehrazax said...

Kenapa, lelaki pun boleh jadi perempuan bila menulis.