Monday 11 March 2013

Mengenali Jenis-Jenis Wanita

Assalammualaikum dan selamat sejahtera.

Akhirnya, berjaya juga aku post entri di blog ini. Sebenarnya, aku sendiri tidak pasti kenapa aku dijemput oleh Aqram untuk menulis di blog ini. Nak kata aku power dalam penulisan blog? Tak juga sebab blog aku sendiri pun tak sampai 200 hits sehari dan sudah berdebu.

Apa-pun, biarlah aku memperkenalkan diri secara ringkas. Nama aku Amirul. Umur aku.... Umur aku sepatutnya aku sudah berkahwin dan mempunyai sekurang-kurangnya seorang anak. Tapi aku masih single. Ah... Belum jodoh mungkin. Aku sebenarnya umpana Ted Mosby yang mencari "The One." Chewah!

Ah, yes. Aku juga merupakan satu-satunya penulis lelaki di sini (rasanya lah).

Aku merupakan penulis pertama yang terus menaip entri selepas dijemput pleh Aqram. Tapi kemudiannya entri ini terperam lama dan selepas 21 entri diterbitkan oleh pemulis lain (ada yang sudah pun menaip entri kedua), baru aku berkesempatan menerbitkan entri ini.

Okay. Straight to the point.

Buat kaum lelaki yang masih single, mesti hati kamu terasa jealous apabila melihat kawan kamu asyik berkepit dengan aweknya di alam realiti dan main komen manja-manja di Facebook.

Jadi, kamu pun nekad untuk mencari teman wanita. Masalahnya, kamu tak tahu apa langkah pertama yang perlu kamu buat untuk mencari teman wanita.

Langkah pertama yang kamu perlu lakukan untuk mencari teman wanita ialah mengenali jenis-jenis wanita yang berada dipasaran sekarang.

Zaman sekarang bukan macam dulu. Dulu, cuma ada satu jenis wanita. Semua jenis pakai baju kurung dan menutup rambut dengan kain batik. Kalau dating pun jenis berbual belakang pokok. Jenis segan nak bertentang mata dengan lelaki.

Kalau nak tengok wanita zaman dulu yang seksi sikit, kena intai masa mereka cuci baju dekat tepi sungai. Confirm berkemban. Zaman sekarang, pergi saja KLCC, One Utama dan The Curve, bersepah perempuan seksi. Semuanya berkemban walaupun tak pergi cuci baju tepi sungai.

Jadi, apa jenis-jenis wanita zaman sekarang? Mari kita singkap serba sedikit


Jenis Kaki Shopping

Teman wanita jenis ini adalah jenis yang paling ditakuti oleh para lelaki di luar sana, lebih-lebih lagi lelaki yang mempunyai taraf gaji di bawah RM 3,000 kerana lelaki yang bergaji bawah RM 3,000 di Kuala Lumpur ditaksir sebagai golongan miskin.

Perempuan jenis ini memang sangat up-to-date dengan berita terkini tentang produk import yang akan dipasarkan di Malaysia. Mereka juga mempuyai maklumat terperinci tentang sales di shopping complex, bila mula dan bila berakhir kempen sales tersebut.

Jenis teman lelaki pilihan perempuan kaki shopping adalah lelaki yang memandu kereta import yang bernilai RM 100,000 ke atas. Namun pilihan paling utama ialah lelaki dari golongan anak dato, anak tan sri atau anak kepada ahli politik (tanpa mengira apa parti si ayah).

Kalau berdating, shopping complex akan menjadi lokasi pilihan utama. Lelaki yang mempunyai teman wanita jenis kaki shopping mestilah rajin berjogging dan bersenam untuk mendapatkan stamina ketika menemankan teman wanita anda bershopping dan tenaga yang cukup untuk mengangkat segala beg shopping teman wanita anda.

Kalau gaji kamu jenis cukup makan, lupakanlah niat untuk mendapatkan teman wanita seperti ini. Kelak kamu terpaksa menggadaikan tanah pusaka dan menjadi anak derhaka selepas berkahwin dengan si dia nanti.



Jenis Perempuan Lasak

Jenis perempuan lasak biasanya perempuan yang aktif bersukan, mempunyai tahap fizikal yang kuat, berhati keras dan mempunyai sedikit kelakuan menyerupai lelaki. Dan kadang kala tingkah laku mereka juga keras seperti seorang lelaki. 

Perempuan hot yang memakai seluar tight paras lutut dan baju Baby-T ketat dan sering berjogging di tasik bukan tergolong dalam kategori ini.

Perempuan lasak biasanya aktif bersukan dan sekurang-kurangnya pernah mewakili sekolah dalam acara sukan. Aktiviti panjat gunung, bercamping, wall climbing dan berfutsal (lebih-lebih lagi perempuan generasi pasca  Gol dan Gincu) adalah aktiviti kegemaran mereka.

Biasanya perempuan lasak mempunyai gaya percakapan dan tingkah laku seperti seorang lelaki. Setakat duduk sambil letak kaki atas meja adalah fenomena biasa bagi mereka.

Tapi, sekeras-keras mereka, mereka masih seorang wanita. Dalam hati mereka masih mempunyai sifat kewanitaan yang mengharap layanan romantik dari seorang lelaki. Sekeras kerak nasi, kena air lembutlah jugak kan?

Ada dua jenis lelaki yang menjadi pilihan perempuan lasak. Yang pertama, lelaki yang sama-sama lasak dan aktif sepertinya. Ini kerena mereka mempunyai minat yang sama dan boleh menjalankan aktiviti yang sama. Tempat mereka berdating bukan terhad di shopping complex, tetapi juga di tasik untuk berjogging dan juga gym. Jangan terkejut kalau mendengar mereka berbual perkara romantik sambil wall climbing.

Jenis kedua pula ialah lelaki yang pasif ataupun lelaki golongan nerd. Ada jugalah 2-3 orang kawan aku yang bersifat nerd yang mempunyai teman wanita yang lasak. Kenapa sangat kontra lelaki pilihan mereka? Mungkin mereka cuba mencari kelainan dan tidak mahu perasaan seperti bercinta dengan diri sendiri. Kadang-kadang susah juga nak dibezakan yang mana satu si balak yang mana satu si awek bila melihat personaliti dan kelakuan pasangan ini.



Jenis Ratu Air Mata

Perempuan Ratu Air Mata ialah perempuan yang mudah berlinangan air mata. Mereka mudah dipengaruhi emosi dalam apa jua keadaan.

Mereka akan mengangis bila menonton filem atau drama Korea. Mereka akan menangis kalau mendapat result yang baik dalam peperiksaan... ataupun result yang teruk yang biasanya akan disusuli dengan tangisan ibubapa mereka sekali. 

Mereka akan menitiskan air mata jika teman lelaki membuat benda-benda romantik kepada mereka.... Dan jumlah air mata akan meningkat tiga kali ganda isipadunya bila teman lelaki mereka meninggalkan mereka.

Mereka juga boleh menangis jika mendengar lawak yang kelakar. Mereka akan menangis apabila mendapat tahu berita Tomok akan mendirikan rumah tangga. Juga menangis kegembiraan selepas Justin Bieber putus dengan Selena Gomez. Tapi aku tak pasti adakah mereka akan menagis bila menonton Berita RTM Pukul 8 Malam kerana sedih melihat pembaca berita RTM masih kekal ditakuk lama cara penyampaian mereka berbanding stesen televisyen yang lain.

Perempuan seperti ini biasanya mempunyai hati tissue dan jiwa yang sensitif. Lelaki perlu extra sensitif supaya tidak sesekali melakukan perbuatan yang boleh menumpahkan air mata perempuan tersebut. Sekali perempuan jenis ini sudah menangis, memang sukar untuk menghentikan tangisan tersebut. Ibarat hujan yang turun dan menenggelamkan Puchong tempoh hari.

Taktik "Buat awek jealous untuk mengukur tahap kasih sayang awek saya" adalah taktik yang perlu dielakkan supaya teman wanita anda tidak menangis 3 hari 3 malam tanpa henti.


Jenis Perempuan Gedik

Gedik dan manja merupakan 2 definasi yang berbeza. Manja biasanya mempunyai sifat yang lebih terpimpin berbanding gedik.

Perempuan gedik biasanya mempunyai sifat manja tahap melampau sehinggakan mereka tidak mampu berdikari dan menimbulkan perasaan annoying di hati orang lain.

Selain itu, perempuan gedik sukakan perhatian dari orang lain atau dalam bahasa penjajahnya, attention whore. Profile picture mereka di lama sosial biasanya merupakan gambar yang diambil mereka sendiri di atas katil atau di dalam tandas sambil sebelah tangan membuat tanda "peace" dan mulut membuat "duck face".

Mereka suka mencairkan hati lelaki - tak kiralah siapa pun lelaki tersebut samada teman lelaki, kawan satu office ataupun pak guard UiTM (terutamanya pak guard UiTM Segamat yang macam hilang pedoman bila ternampak Hanis Zalikha). Nada lenggok suara yang manja dan sedikit mengada-ngada adalah senjata utama untuk mencairkan hati lelaki.

Selain itu, mereka juga sering rasa mereka hot stuff. Mereka sangat peka dengan perkembangan fesyen dan sering menggayakan fesyen terkini sehingga kadang kala menjadi fashion victim.

Perempuan gedik juga sentiasa happy-go-lucky dan jarang bersedih. Kalau sedih pun, mereka akan menterjemahkan kepada kegedikan. 

Sebagai contoh, jika mereka bersedih mereka akan post pada timeline Facebook mereka "Caya cedih cangat ari niew."

Maka ramailah lelaki gasang yang akan membalas "Jangan sedih sangat. Nanti hilang muka you yang lawa tu", "Tak mo sedih-sedih, meh abang temankan", "Don't be sad. Stay cute :)" dan sewaktu dengannya.

Kebanyakan lelaki akan memandang sinis kepada perempuan gedik dan selalu berkata, "Gelilah perempuan gedik. Bagi free pun aku tak mau". Walaupun sebenarnya dalam hati berkata, "Wow! Memang hot! Aku pun nak awek macam tu!"

Tapi dari cerita kawan-kawan aku, perempuan gedik adalah perempuan yang paling memahami lelaki, sangat caring kepada suami dan anak-anak dan setia kepada suami selepas kahwin. Kawan-kawan aku bercerita dari pengalaman abang mereka yang masing-masing berkahwin dengan perempuan gedik.

Benarkah? Kalau ada pengalaman, silalah share di ruang komen.


Jenis Perempuan Tudung Labuh

Perempuan tudung labuh biasanya memakai tudung labuh (obviously. Tak kan pakai mini skirt pulak). Mereka biasanya dibesarkan dalam keluarga yang mempunyai pegangan agama yang kuat. Pandai mengaji dan hebat ilmu agama nya.

Memang sangat susah untuk mendengar suara mereka kerana mereka jarang bercakap. Mereka hanya bercakap bila perlu. Kalau berbual dengan kawan perempuan mereka pun, mereka berbual dengan nada yang perlahan.

Muzik pilihan hati mereka ialah muzik Nasyid. Artis kegemaran mereka ialah Raihan, Rabbani, Hijjaz, In-Team, Mirwarna dan Maher Zain. Tapi jangan terkejut kalau ada di antara mereka juga memuja Justin Bieber. Well, girls will be girls.

Nak menambat hati perempuan mereka bukannya mudah. Kalau setakat baca Doa Qunut pun merangkak, jangan mimpilah. Jangan mengada-ngada bagi lirik lagu Hujan untuk tackle perempuan jenis ini.

Sila jangan samakan awek-awek hijabster atau hijabnista dengan perempuan tudung labuh. Perempuan tudung labuh akan berkata yang tudung yang dipakai oleh awek-awek hijabster tidak memenuhi syariat dan tidak sama kasta dengan mereka.


Jenis Valley Girl

Valley Girl adalah jenis perempuan stereotype yang biasanya bercakap dalam Bahasa Inggeris (samada fluent, broken atau campur dengan Bahasa Melayu), bercakap dengan slang orang putih, metarealistik, egosentrik (mementingkan keperluan sendiri tanpa mengendahkan keperluan orang lain), lebih mudah bergaul dengan orang dan senang didekati tapi kadang-kadang ada yang bersifat jinak-jinak merpati.

Valley Girl adalah cara hidup yang berasal dari California dan wujud pada sekitar tahun 80'an dan berakhir pada era awal 90'an. Masih ada golongan yang mendukung fahaman Valley Girl di Amerika. Tapi di Malaysia, fenomena Valley Girl masih popular.

Satu lagi sifat Valley Girl, mereka ialah Mall Rat. Mall Rat ialah orang yang suka melepak di shopping complex. Bukan untuk bershopping, tapi hanya window shopping. Melainkan mereka berjaya mendapatkan lelaki kaya, barulah mereka bershopping tak ingat dunia dan menambah status mereka kepada jenis golongan perempuan kaki shopping.

Valley Girl juga mempunyai bahasa atau slanga tersendiri. Ayat-ayat atau perkataan yang biasa mereka gunakan ialah As if, Bitchin', Whatever!, Fer shur, Totally, Seriously, Are you serious? dan yang paling popular dan sering digunakan sekarang, OMG! Biasanya mereka akan menyebut perkataan-perkataan tersebut berserta ekspresi muka, lenggok badan dan nada yang tertentu untuk menyampai maksud perkataan tersebut.

Untuk memahami sifat-sifat Valley Girl secara mendalam, aku sarankan kamu menonton filem Valley Girl lakonan Deborah foreman menjadi watak perempuan Valley Girl dan Nicolas Cage menjadi sang heronya. Filem ini diterbitkan pada tahun 1983.

Ataupun anda boleh menonton Clueless, lakonan Alicia Silverstone. Rasanya lakonan Alicia Silverstone sebagai Valley Girl lebih menarik. Filem ini diterbitkan pada tahun 1995. Nak mencari yang original memang tak dapatlah. Jadi silalah download. Tak payahlah berlakon jadi manusia bersifat suci, nak cari DVD original pulak. Dasar kaki download!

Alicia Silverstone sebagai seorang Valley Girl 
bernama Cher Horowitz dalam filem Clueless

Lelaki yang mempunyai teman wanita bersifat Valley Girl memang mencabar. Lelaki perlulah bersabar dengan sikap Valley Girl yang memang mengada-ada dan suka mengikut perasaan sendiri tanpa mengendahkan perasaan orang lain.

Nama lain bagi gelaran Valley Girl ialah Val Gal, D4 (Ireland), Rózsadomb dan Pasarét (Hungary) dan Freha di Israel. Ya, jangan sangka tiada Valley Girl versi yahudi.


Jenis Diva

Mungkin ada yang berkata, "Bukan ke Diva ni lebih kurang Valley Girl je?" Salah! Diva biasanya lebih kejam dari Valley Girl (Val Gal).

Satu perbezaan nyata antara Diva dan Val Gal ialah biasanya perempuan Diva lebih sombong dan jenis tak layan orang sangat. Mereka sukar bergaul dengan orang lain berbanding Val Gal yang mudah bergaul.

Perempuan jenis Diva biasanya hanya akan bergaul dengan perempuan yang mempunyai kelas ekonomi yang sama dengan mereka. Mereka biasanya duduk dalam kumpulan. Diva tak kan wujud jika berseorangan. Val Gal boleh wujud dengan seorang individu sahaja.

Dalam sekumpulan Diva, pasti ada seorang ketua. Ketua tersebut bertindak sebagai perencana rancangan dan juga trend setter dalam kumpulan tersebut. Tugas anak buah dalam kumpulan tersebut adalah sentiasa memuji si ketua Diva untuk ego boost beliau.

Perempuan Diva biasanya perempuan yang datang dari keluarga yang berada. Teman lelaki idaman mereka ialah lelaki yang paling kacak dan hot di sekolah, kolej, universiti atau tempat kerja mereka.

Perempuan Diva bisanya memandang rendah dan suka membuli perempuan yang lemah - biasanya perempuan dalam golongan nerd dan geek (Val Gal tak membuli orang lain).

Perempuan Diva biasanya merasakan diri mereka yang paling hebat, cantik dan hot di sekolah, kolej, universiti atau tempat kerja mereka. Mereka akan rasa tercabar dengan perempuan lain yang lebih hot dari mereka.

Mereka juga tidak akan suka berkawan dengan perempuan yang lebih hot dari mereka. Mereka akan menunjukkan rasa benci mereka secara terang-terangan kepada perempuan yang lebih hot dari mereka itu. Malah mereka akan menyatakan permusuhan mereka secara terang-terangan.

Seperti juga Val Gal, mereka juga bersifat materealistik. Produk dari Uptown Shah Alam atau kedai Bundle adalah sesuatu yang hina bagi mereka.

Kelab atau persatuan yang mereka akan sertai di sekolah atau kolej ialah cheerleader (Tapi tak semua cheerleader adalah Diva. Jangan marah pula ya adik-adik cheerleader sekalian).

Daripada kamu tackle perempuan Diva, baik kamu tackle perempuan Valley Girl. Val Gal biasanya lebih menyenangkan hati.

Untuk contoh perempuan Diva, sila tonton filem Means Girls lakonan Lindsay.




Jenis Perempuan Melayu Terakhir

Ini adalah jenis teman wanita yang dicari oleh semua lelaki Melayu samada lelaki Melayu yang baik budi pekertinya, tinggi amalnya dan tak pernanh tinggal sembahyang - sehinggalah lelaki perangai jahat mengalahkan syaiton nirojim. Biasalah, sejahat-jahat orang mesti dia inginkan pasangan yang baik kan?

Perempuan dalam kategori ini biasanya baik pekertinya, lembut pertuturan, lemah gemalai pergerakan badan, hebat dalam membuat kerja-kerja rumah, pandai memasak dan sentiasa ayu memakai baju kurung. Baju kurung dan selendang adalah pakaian wajib bagi mereka. Beruntung lelaki yang berjaya memikat hati wanita dalam golongan ini.

Tapi, mana mahu jumpa perempuan seperti ini lagi? Ada lagi ke perempuan yang menjadikan baju kurung pakaian harian mereka? Setakat pergi kerja pakai baju kurung, itu tak dikira. Kena pakai baju kurung tersebut dengan hati yang ikhlas. Chewah! Ana Raffali pun pakai baju kurung masa buat show sahaja.

Memang susah nak jumpa perempuan jenis ini. Kalau kamu jumpa, jagalah baik-baik. This type of girl is kind a good catch.


Jenis Bohsia

Jenis bohsia adalah perempuan yan gselalu bertenggek dimotor Mat Rempit. Biasanya mereka akan menjadi trofi kemenangan kepada Mat Rempit. Sudah pasti mempunyai pengalaman seks yang luas. Mereka juga mempunyai koleksi video 3gp lakonan mereka sendiri.

Bohsia biasanya dipandang hina oleh masyarakat. Sama hina dengan Mat Rempit. Bagaimanapun, mereka boleh berasa bangga kerana ada penerbit yang menerbitkan filem menggunakan nama mereka dan mendapat sambutan agak hebat dari para penonton iaitu Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam.


Jenis "Perasan" Korea

Masa zaman aku study dulu, jenis perempuan macam ini memang tak pernah wujud. Dan aku bersyukur sangat. Ini perempuan trend baru.

Trend ini bermula pada awal era 2000'an apabila drama Korean Winter Sonata menerjah kaca televisyen rakyat Malaysia. Maka, mulalah demam drama, filem dan lagu-lagu jiwang Korea bermula.

Dan pada tahun 2009 (kalau tak salah aku) bermulalah pula era demam K-Pop. Kebanyakan para perempuan yang taksub dengan K-Pop. Mereka mula mendengar lagu-lagu K-Pop yang bergenre dance dan sanggup belajar bahasa Korea sampai fasih walaupun Bahasa Korea tiada dalam silibus pelajaran dan Bahasa Inggeris pula semuanya gagal melantun.

Selepas menghafal lirik lagu dan belajar Bahasa Korea, mereka mula belajar pula dance step kumpulan K-Pop ini. Hasilnya, anda boleh lihat hanya denga klik di sini.

Mereka juga mengimpikan lelaki yang mempunyai rambut berwarna-warni dan rambut tersebut mestilah menutup sebelah mata, berkulit putih, bermuka jambu dan kelihatan seperti seorang wanita sehingga kita sendiri kurang yakin samada itu lelaki ataupun perempuan.

Syukur perempuan jenis ini tidak wujud semasa zaman aku study. Syukur sangat.

==========

Itu sahaja pemerhatian aku untuk kali ini. Ada apa-apa kategori yang aku tertinggal? Sila tulis di ruang komen. Manalah tahu aku boleh buat entri part 2 pulak nanti.

Sekian.

33 comments:

Wadi AR said...

<------ jenis perempuan lasak + perempuan melayu terakhir. kakaka

Wadi AR said...

eh tapi aku tak pakai seluar tight paras lutut dan baju Baby-T ketat. hanya kelakuan lasak saje. baru betol

Amirul Idham said...

Saudari Wadi AR... baca betul-betul. Saya tulis bukan dalam golongan tersebut la... :)

lilix said...

Description bg perempuan tudung labuh tu terlalu typical la..saya ade member2 yg bertudung labuh, tp kebanyakannya seperti perempuan biasa dari segi pertuturan.bukan la maksudnya yg riuh kecoh.mereka jaga batas pergaulan but bleh je ajak berborak,berbincang (dengar la jugak sore)...hihi
almaklumlah perempuan ni ramai, jenis2 nya pun mestilah pelbagai..xgitu?
sekian~

phaz said...

awek nerd yang spek tebal,ulat buku nak duduk kategori mana pulak?

Pemilik Cinta said...

saya xda pun dalam kategori mana2.. maybe kategori 'yang sedang2 saja'..

Diyana Munira said...

Can't really identify myself in those categories. Paling close pun Valley Girl lah since speaking lebih banyak daripada berkata-kata. Tapi, I'm neither egocentric nor materialistic and I don't have the stereotypical Cali accent. Boleh buat tapi jarang buat. Huhuhu...

Nak kata perasan Korea... not so lah. Setakat dengar lagu and baca drama recaps (sebab tak suka tengok drama). Tu je. Nak fanatic bagai tu sorry lah.

Anonymous said...

lawak la ayat2 dalam jenis perempuan ratu air mata tu hahahahahahhaa

'ataupun result yang teruk yang biasanya akan disusuli dengan tangisan ibubapa mereka sekali.'

'Mereka juga boleh menangis jika mendengar lawak yang kelakar'

'tapi aku tak pasti adakah mereka akan menagis bila menonton Berita RTM Pukul 8 Malam kerana sedih melihat pembaca berita RTM masih kekal ditakuk lama cara penyampaian mereka berbanding stesen televisyen yang lain.'

Amirul Idham said...

Lilix:
Ini hanyalah pemerhatian secara umum. Setiap kategori tu pun ada sub pecahannya. Masak juga nak tulis semua sub pecahan tu. hahaha...

Phaz:
awek hipster! Macam mana boleh lupa kategori tu

Pemilik Cinta:
anda adalah jenis wanita yang memiliki cinta. chewah!

Diyana Munira:
Mungkin awak Valley Girl versi Korea? hehehe..

Ais Ketoi:
Terima kasih...

Azzahrah Haris said...

hahahahaha paling tak tahan dalam 'perempuan air mata' tu. ada ke menangis bila tgk penyampai berita RTM kekal di takuk lama hahaha. aku baca dh serupa org tk betul gelak sengsorang.

apa pun, u're a good observer. memang betul. thanks for sharing this for all guys out there. so, wacth out guys!

Johnny Deville said...

Jadi, Amirul! Setelah kenal jenis2 wanita, apa langkah seterusnya?

Sila beri tunjuk ajar...

Amirul Idham said...

Azzahrah Haris:
Sebenarnya, aku pernah bertem udengan Perempuan Air Mata.

Tak tahan aku.


Johnny Deville:
Okay. Nanti aku akan buat entri cara memikat perempuan. Tunggu......

Wani said...

takde satu pun ciri2 kat atas ni ada pada aku.. mcm mna tu?

Sau said...

Campo2. ikot kesesuain keadaan.. Btw entry ni krlakar hehehe

Sau said...

Campo2. ikot kesesuain keadaan.. Btw entry ni krlakar hehehe

Unknown said...

alah. perempuan. bole berubah2.

Misz Wati said...

Slm. Bestla. Mohon share. Tkasih.

Unknown said...

dr awal smpai hbes mmg best .. dr awl smpai hbes ada jokev..hakhak

Unknown said...

dr awal smpai hbes mmg best .. dr awl smpai hbes ada jokev..hakhak

Unknown said...

dr awal smpai hbes mmg best .. dr awl smpai hbes ada jokev..hakhak

Unknown said...

aku jenis lasak. memang sekolah dulu jadi atlit. memang betul apa yg ditulis. and aku suka budak nerd and geek.

aku keras hati? betul. sekali bf buat hal, aku tinggal. camana eh nak jadi lembut sikit? yg penyabar mcm perempuan melayu terakhir?

Anonymous said...

You punya judgement pasal perempuan, macam you perempuan.

Unknown said...

i'm a valley girl...i think.

Unknown said...

Kawan2 kata aku manja...but when sometimes im ask myfuture husband...he said "manja dgn ngada-ngada" ... mcm mne tu...tpi dia x prnh pun bosan 😂

Alyya said...

Sampah

Unknown said...

aku perempuan y lasak tp smpai sekarg ssh cr jodoh hahaha..y ada suka pun rmai foreigner,sb aktiviti nyelam,skydiving dan mlancong oversea lone ranger jarang laki mlyu y sertai kekeke.

Unknown said...

Lurus bendul tk der??? Well sya termasuk la sikit dgn valley girl n jenis oersan korea huhu 😅😅😅 lasak pon ade sikit lurus bendul. Pon sikit. Thats all tau tk ciri2 org lurus bendul cm ner hehe

Yellowishskin said...

If pendiam dan mysterious. Mesti kategori freak. Hm

Unknown said...

well mcm mne pulak dgn prempuan yg jnis alone n xduduk sgt dgn geng2?

bananasplit said...

Sy jenis perempuan air mata hahaha

Jaja said...

Nice sharing. Hehe

Unknown said...

Tpi....secara jujurnya ...sikap aku satu pun takde dalam list kau....

xyholic excalibur said...

Tak sangka saya dah 2021 tapi Masih lagi baca blog ni untuk rujukan.. found one Val gal + Diva .. what happen to me?? Hati pedih bhaii,Sebab miskin..my advice is, stay away from them.. seriously.. run If you know one just run.. don't start the conversation,just run or you're gonna regret someday..