Sunday 31 March 2013

#Tips : 10 Rintihan Lelaki Terhadap Perempuan



"Jangan gelojoh, kami sering telefon bukan bermakna kami nak ngorat anda."
Kalau kami sebagai kaum lelaki yang selalu telefon anda kaum wanita untuk mendapatkan pendapat, jangan salah faham. Kadang-kadang kami cuma mahu berkongsi. Jangan berharap sangat pada cinta kami.

"Solekan yang tebal, langsung tidak menarik."
Bersolek tu boleh, tak salah. Tapi jangan lah sampai macam nak pakai topeng pada muka sendiri. Cukup sekadar untuk buat anda lebih cantik dan segar.

"Usah terlalu hiper-aktif dan gelabah, huru-hara jadinya."
Kebanyakkan lelaki akan selesa mempunyai rakan wanita yang mampu terloncat sana-sini hanya sebagai teman biasa, dan bukan sebagai kekasih. Kebanyakkan lelaki juga mahukan wanita yang lemah lembut dan manis.

"Perangai suka kutuk belakang dan hiporkit."
Tudia perempuan. Kalau tak bergosip, mesti mengutuk. Lelaki akan menjadi kurang senang dengan wanita yang suka membuka aib rakan mereka dihadapannya dan berpura-pura baik dihadapan mangsa yang dikutuk. Hipokrit. Sikap negatif ini sangat jijik dan busuk.

"Jangan sesekali menegur isu fizikal sang lelaki."
Kaum adam berasa kurang selesa apabila wanita sering bertanya dan menegur mengenai fizikalnya, sebagai contoh, menegur masalah kegemukan dan kebuncitan yang melanda lelaki itu. Begitu juga dengan kurus, busuk, hitam, pendek. Lelaki pun tahu sensitif, bukan hanya perempuan.

"Sikit-sikit jadikan PMS sebagai alasan."
Ini paling lelaki tak puas hati. Bila mood tengah baik, tiba-tiba kena bahan, kena maki, kena marah dengan perempuan tak pasal-pasal. Bila tanya kenapa, taknak jawab. Rahsia konon. Hal peribadi lah, itu lah, ini lah. Lepas tu cakap period ! Cuba bagi alasan lain. Takkan sebulan, sampai 7-8 kali kau PMS?

"Kalau suka, cakap suka. Takpayah nak jual mahal."
Benda ni selalu terjadi disekeliling kita. Baik kawan kita, jiran kita, keluarga kita, bahkan diri kita sendiri. Ini bukan cinta monyet zaman sekolah lagi. Kita sudah dewasa, bebas untuk luahkan perasaan masing-masing. Jadi, tak perlu jual mahal kerana cara itu merupakan cara yang kuno.

"Skirt mini dan seluar pendek, tidak sama sekali."
Ini benar. Awal-awal waktu pra-percintaan boleh lah awak pakai dan goda kami dengan skirt mini dan short pants awak. Tapi kalau lama-lama, seksa juga kami tanggung. Mata-mata lain liar pandang awak. Hati kami siapa nak jaga? Sedih tau.

"Meroyan serupa tak pernah bahagia."
Bila jumpa je cerita benda sedih, bila jumpa je cerita benda sedih. Memang dalam hidup awak tak ada cerita menarik yang lain untuk dikongsikan? Cara begini akan membuatkan lelaki merasakan diri anda membosankan dan menyedihkan. Kalau esok lusa dia lari, jangan salahkan dia. Salahkan diri sendiri dan cerita sedih awak tu.

"Tabiat suka membandingkan diri dengan wanita lain."
Cuba jadi diri sendiri, jangan peduli dengan orang lain. Diri awak, awak yang sendiri yang mencorakkan, tiru orang lain buat apa? Lelaki paling tidak suka sesi perbandingan ni. Tak kesah lah awak siapa, kalau dah sayang, buat apa banding dengan orang lain? Untuk kebaikan? Untuk keburukan adalah.


15 comments:

Anonymous said...

tapi kalau lelaki yang selalu telefon tu borak2 kosong, bercakap benda tak penting, masih kah dilabel sebagai tak mengorat? macam mana pulak kalau perempuan yang buat mcm tu?apa yg lelaki fikir? sebenarnya,lelaki boleh je telefon tapi untuk diskus benda penting sahaja...untuk elak salah faham sebenarnya...setakat nak borak2 kosong, kat tempat kerja atau temapt belajar pun boleh daa...tak payah telefon... :P

xallehrazax said...

Kredit telefon banyak, tu yang guna servis telefon. Apadahal, duit banyak.

Anonymous said...

eleh, banyak la sgt~~ hehe.. =P

xallehrazax said...

Banyak, takde makwe lah katakan. Hahaha

TheBentPencil said...
This comment has been removed by the author.
TheBentPencil said...
This comment has been removed by the author.
TheBentPencil said...

rasa boleh tolong xalleh jawab ini.
saya ada tulis psl lelaki introvert n extrovert dlu dlm terfaktab (How to Date an Introvert).

extrovert jenis manusia (lelaki n ppuan both) suka bercakap dan bersosial. jadi bagi dia telefon-telefon different ppl setiap malam, tu perkara biasa. even nak telefon borak remeh pun dia layan. sebab dia extrovert.

kalau introvert,jarang bersosial dgn org tapi hari-hari telefon anda je lepastu berbual kosong...ha, that's when you need to notice.

kalau jumpa lelaki mcm ni, tny rakan2. samada dia jenis borak dgn macam2 org hari2, atau cuma borak dgn anda sorg je. if dia mmg borak dgn anda sorg je, betullah tu.

hope this helps. oh ya, 3x delete comment sebab tersalah tulis fakta extrovert / introvert. jgn risau.

btw, nice entri!

feruz8 said...

untuk part "jual mahal" tu, aku ada dua pendapat
1) sebenarnya mungkin bagus perempuan jual mahal, sebab tu menunjukkan mereka ada maruah dan nak tengok kesungguhan lelaki mengorat mereka. Cuma kalau lelaki tu jenis cepat give up bila diberi first refusal, then habis kat situ je.
2) tapi aku setuju dengan xallehrazax tulis, jual mahal sangat pun buat apa. kalau hati dah suka pada lelaki tu, tak salah cakap. aku suka jugak perempuan macam ni. sebab tu aku tak suka pepatah "perigi cari timba". no such thing as that now.

Miss Kira said...

untuk part jual mahal tu, aku setuja dgn pendapat no. 1 feruz8..

feruz8 said...

@Miss Kira di situlah ada kelebihan lelaki yg jenis "bad boy", jenis yang tak paham bahasa dan terus menerus kejar perempuan tu even pada mulanya perempuan tu tak suka. Last2 jatuh juga pada lelaki bad boy tu.

Eppy Ismail said...

Oh. Caner kalo lelaki yg pabila kita ckp kita rindu kt dia, hati tak tenang..dia balas, pi mngaji pi semayang. Ni baru namanya terus terang. Haha.

Miss FieRa said...

part "Kalau suka, cakap suka. Tak payah nak jual mahal."

masalahnya, aku dh cakap suka kat dia. dia leh jawab. "ye ke?" or "ye, ye je". x caya tu. hahaha....

Unknown said...

Aku paling rimas pompan pms

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Ana said...

Assalam..mo tnya ttg hal ni..dlu da lelaki ska ngan sy..tp sy tk rapa lyan ngan dia..tp lau jmpa tu kmi cam sa prasaan ska gitu..tp dua2 nya ego..bleh bri penjelasan ttg ni..tq