Sunday, 31 March 2013

#Tips : 10 Rintihan Lelaki Terhadap Perempuan



"Jangan gelojoh, kami sering telefon bukan bermakna kami nak ngorat anda."
Kalau kami sebagai kaum lelaki yang selalu telefon anda kaum wanita untuk mendapatkan pendapat, jangan salah faham. Kadang-kadang kami cuma mahu berkongsi. Jangan berharap sangat pada cinta kami.

"Solekan yang tebal, langsung tidak menarik."
Bersolek tu boleh, tak salah. Tapi jangan lah sampai macam nak pakai topeng pada muka sendiri. Cukup sekadar untuk buat anda lebih cantik dan segar.

"Usah terlalu hiper-aktif dan gelabah, huru-hara jadinya."
Kebanyakkan lelaki akan selesa mempunyai rakan wanita yang mampu terloncat sana-sini hanya sebagai teman biasa, dan bukan sebagai kekasih. Kebanyakkan lelaki juga mahukan wanita yang lemah lembut dan manis.

"Perangai suka kutuk belakang dan hiporkit."
Tudia perempuan. Kalau tak bergosip, mesti mengutuk. Lelaki akan menjadi kurang senang dengan wanita yang suka membuka aib rakan mereka dihadapannya dan berpura-pura baik dihadapan mangsa yang dikutuk. Hipokrit. Sikap negatif ini sangat jijik dan busuk.

"Jangan sesekali menegur isu fizikal sang lelaki."
Kaum adam berasa kurang selesa apabila wanita sering bertanya dan menegur mengenai fizikalnya, sebagai contoh, menegur masalah kegemukan dan kebuncitan yang melanda lelaki itu. Begitu juga dengan kurus, busuk, hitam, pendek. Lelaki pun tahu sensitif, bukan hanya perempuan.

"Sikit-sikit jadikan PMS sebagai alasan."
Ini paling lelaki tak puas hati. Bila mood tengah baik, tiba-tiba kena bahan, kena maki, kena marah dengan perempuan tak pasal-pasal. Bila tanya kenapa, taknak jawab. Rahsia konon. Hal peribadi lah, itu lah, ini lah. Lepas tu cakap period ! Cuba bagi alasan lain. Takkan sebulan, sampai 7-8 kali kau PMS?

"Kalau suka, cakap suka. Takpayah nak jual mahal."
Benda ni selalu terjadi disekeliling kita. Baik kawan kita, jiran kita, keluarga kita, bahkan diri kita sendiri. Ini bukan cinta monyet zaman sekolah lagi. Kita sudah dewasa, bebas untuk luahkan perasaan masing-masing. Jadi, tak perlu jual mahal kerana cara itu merupakan cara yang kuno.

"Skirt mini dan seluar pendek, tidak sama sekali."
Ini benar. Awal-awal waktu pra-percintaan boleh lah awak pakai dan goda kami dengan skirt mini dan short pants awak. Tapi kalau lama-lama, seksa juga kami tanggung. Mata-mata lain liar pandang awak. Hati kami siapa nak jaga? Sedih tau.

"Meroyan serupa tak pernah bahagia."
Bila jumpa je cerita benda sedih, bila jumpa je cerita benda sedih. Memang dalam hidup awak tak ada cerita menarik yang lain untuk dikongsikan? Cara begini akan membuatkan lelaki merasakan diri anda membosankan dan menyedihkan. Kalau esok lusa dia lari, jangan salahkan dia. Salahkan diri sendiri dan cerita sedih awak tu.

"Tabiat suka membandingkan diri dengan wanita lain."
Cuba jadi diri sendiri, jangan peduli dengan orang lain. Diri awak, awak yang sendiri yang mencorakkan, tiru orang lain buat apa? Lelaki paling tidak suka sesi perbandingan ni. Tak kesah lah awak siapa, kalau dah sayang, buat apa banding dengan orang lain? Untuk kebaikan? Untuk keburukan adalah.


The Cycle

Heart. Hurt.

Benda biasalah kan, jumpa someone, falling in love at first sight. Pada awalnya awak kata better simpan cinta sendiri, biar Tuhan tentukan. Bila dia dah approach ohmygod, i can't help my own feeling. Berkenal, merasa cinta, nikmat dunia. Saat bercinta sure ada sikit masalah, then terfikir kalau awak jual mahal dulu and simpan dia just as crush mesti semua kesakitan ni tak dirasa. Alhamdulillah, after a few day hubungan kembali indah, love take hostage. You lose balancing. You miss your own self. Until the day come when hubungan jadi tawar. All the sweetness dah jadi common and hambar. He doesn't want you anymore. You feel like dying.

Awak seakan-akan tak percaya. Takkan semudah ini cinta yang dilafaz, kenangan yang diukir terys dilupa. Awak merayu dan jadi clingy. Watak perempuan berpendirian bertukar menjadi perempuan desperate. Dia tetap begitu, masih seperti itu. Saat itu awak terfikir alangkah baiknya jika awak tak bertemu dengannya.

Kita, manusia selalu mempersoalkan. Tak tahu bersyukur.




Awak jatuh terkial membawa beban kepedihan di dalam hati. Mencari teman yang selama ini ditinggalkan. Mencari Tuhan yang selama ini awak lupakan. Masa berlalu, detik demi detik awak bangun. Mulakan hidup baru, bersendiri. Memapah iringan minda dan jiwa awak dengan sepenuh kudrat yang awak ada. Awak berjaya, awak berhasil untuk tersenyum. Stabil. Saat itu, awak terfikir baiknya hidup tanpa kekasih, tiada masalah, hidup juga mudah.

Masih menjalani rutin harian dengan baik. Gembira. Sentiasa beringat, kisah lalu perlu diambil pengajaran. Awak lupa, kita manusia biasa. Fitrahnya ingin menyayangi dan ingin disayangi. Jarum jam terus berlalu dan awak sunyi.Tika melihat teman-temanmu bercerita tentang cinta masing-masing, awak tersenyum angguk kepala, tumpang gelak. Hati awak sewaktu itu resah kerana sunyi, terlalu sunyi. Terfikir, ahh alangkah baiknya jika awak mempunyai seseorang yang sentiasa memerhatikan awak, menyulam cinta bersama.

Telan sunyi sendiri, rasa pahit. Kemam dalam-dalam. Dalam diam, awak terpandang seseorang. Tertarik. Yeahh ada crush balik. Kehidupan kembali gembira, berulit pelangi-pelangi cinta. Sunflower sunflower. Dia pun suka awak juga. Dan begitulah ceritera bermula. Berulang dan terus berulang.


Mary Jane

"I think I'm in love."

"Dengan siapa?"

"Mary Jane."

Celaka siapa Mary Jane? Habistu selama ni aku cacat main sep sep sorang-sorang ke?

---

Satu hari awak ajak saya jumpa Mary Jane. Berdebar. Takut. Lagi lawa ke dia? Apa yang Mary Jane buat sampai awak suka dia?

Mary Jane memang cukup sempurna, saya faham dan tak kisah dimadukan. Mary Jane banyak tolong saya buat assignment, teman saya bila saya bosan, kasi semangat dan yang bestnya, pandai buat saya yang kurus kering ni kerap makan. Awak pun happy je bila Mary Jane ada.


Semalam sampai petang Mary Jane hilang. Kita rasa tak senang duduk, rasa macam nak mengamuk bila Mary Jane takde.

Saya tak buat salah pun tapi buat pertama kali, awak tampar saya. Awak pukul saya, awak tendang saya, awak cekik saya, awak tolak dada saya, awak pukul saya sampai saya terjatuh, sampai saya terhentak dekat dinding.

Sampai hati awak buat saya macamni bila Mary Jane takde. Awak lupa saya baru balik kerja, belum makan dari pagi?

---

28 Mac, aku tak makan seharian. Sakit. Sakit bila orang yang aku sayang, boleh sampai hati nak pukul aku. Aku pernah berjanji dekat diri aku sendiri, aku takkan maafkan mana-mana lelaki yang pukul aku.

Memang aku tak maafkan, tapi sampai harini, aku masih dengan dia. Ye, aku bodoh.



*Kalau nak tau siapa Mary Jane, baca Ganja Love


Saturday, 30 March 2013

Crinkles.


Loud noises with colourful interactions, dim lights, cold and sore eyes. Wounded hearts, both, with unanswered questions and curiosity that could make both Venus and Mars collides. In awe with myself, the numbness, the familiar feeling of heavy burden in heart. Amazed by how we could communicate, those lovely  unspoken words. Silent laughs, happy tears and meaningful stares. 



" Baby, you look so pretty underneath the sunlight ", he said.

I wonder, what will happen next. Sharing covers, our bodies underneath this thin sheet, laughs between kisses and goodnights. " Have we been fooled? " , I asked myself as I'm tracing the line of your backbone. Down, and up, making round movements. Did you know how lovely those crinkles by your eyes? Intimate interactions often confuse young hearts like us, thinking lust as love. Funny how I left everything behind , just to share heat and blazing cold touches.

I wish I could express whatever feelings I have inside right now, all the rainbows and clouds, thunder rumblings inside my head. I'm still trying very hard to figure it out, how both of us ended where we are now. But expressing emotions and whatever it is in my heart isn't my forte any more.  Loving him like this is so human, so sinful. And I refuse to think about it anymore. I just want him to stay. I just want the clock to stop ticking.

" Love is weird. "

And sharing everything to core, being so near to each other, to hear the familiar rhythm of breathing, inhaling the same addictive scent, and your hands touches mine : funny how sometimes I feel like you're so far. You're smiling now like a reaper with wings of angels, ripping and shattering every atom in my brain. I couldn't think, sometimes I couldn't breathe. The thoughts of losing you, to think of how vulnerable our relationship is, realizing how painful it is will be, yes love is weird. How weird it is to sacrifice almost everything to just spend a moment or two with someone that is not even yours.

But again, should we regret things that can make our hearts flutter? I buried it all away, regrets, second thoughts and insecurities. Ignorance. It is a bliss.

 I just don't care. I love your crinkles. And I love you too.

Cara Konyol


Siang tu aku balik lambat. Macam-macam hal. Kelas habis lambat, hujan tak henti-hanti, elarti lambat sampai, lepas tu penuh dengan orang balik kerja, tunggu next elarti, still macam tu. Penuh. Bodoh.

Ada saja yang tak kena. Habis basah kuyup. Baju putih, baju dalam merah, memang. Aku belanja semua orang. Percuma. Aku dah tak kesah, yang penting aku nak tuala, aku nak katil. Syurga.

"Apa benda ni?"

Kertas kuning berlipat dua, ada tulisan warna biru.

"Buat 1 April ku"

Alahai. Masih ada manusia yang jenis kirim surat cinta ke apa? Aku nak gelak tapi tunggu masuk dalam dulu. Malu lah ke orang-orang lain kalau nampak aku gelak ketawa serupa orang sakai dalam basah dan berbaju dalam merah.

Sebelum sempat aku lontarkan tawa, aku terfikir sejenak. Benda ni pun pernah aku buat dulu. Ya, dulu. Pada mulanya, memang agak konyol dan tak masuk akal. Kita takkan tau bila, dimana, dan dengan siapa kita akan jatuh cinta. Bagi aku, itu semua random, sangat rawak. Bukan lawak.

Jadi, aku baca perlahan-lahan surat tu.

"April-ku"
"Pertama kali itu mudah, perasaannya yang sukar"
"Waktu itu, aku terasa terhenti, terpaku entah kenapa"

"April-ku"
"Belakangku, sentiasa terbuka buat mendukungmu"
"Kananku, sentiasa terpaut buat memimpinmu"
"Kiriku, sentiasa tersandar dibahumu"
"Depanku, sentiasa bersedia memelukmu"

"April-ku"
"Aku lah pria itu"
"Yang memerhati dari jauhku"
"Yang tersenyum lihat tawamu"
"Yang menangis dalam sedihmu"

"Oh April"
"Izinkan aku menemanimu"
"Dalam tidur dan jagamu"

"Aku cuma seorang pria"
"Yang obsesnya, buat"

"Gadis seperti kamu"

Ah ayat-ayat manis lelaki. Tetap konyol. Aku gadis berbaju dalam berwarna merah, takkan pernah tersungkur dalam hujan lagi. Lipatan kertas kuning tadi dikoyak banyak, lalu dicampak ke udara. Bebas.



Ditulis oleh,
@xallehrazax

Statik


Dalam banyak-banyak line klise dalam movie aku paling suka line bumi ni takkan pernah berhenti berputar. Sebab banyak indirect meaning yang boleh ada dalam line sesimple tu.


Bumi ni takkan berhenti berputar, masa akan tetap berjalan unless bateri jam kau mati tapi bateri jam kau mati pun masa orang lain tak terhenti still berjalan tik tok macam biasa, manusia pun takkan berhenti berubah aku yang 2, 3 tahun dulu lain daripada aku yang sekarang even aku yang semalam lain daripada harini, semalam ada jerawat harini takde. Stail pemakaian dah lain, muzik yang aku selalu dengar dah lain, bahasa pasar yang aku guna pun lain daripada dulu, sayangnya tinggi je tak lain asyik berat je lain-lain.

Tapi, kalau aku cakap perasaan aku kat kau statik camne? Kenapa dalam banyak-banyak benda yang berubah, berjalan, berputar  tapi yang ni je statik? Bila aku dengar lagu Christina Perri A Thousand Years kat wedding pergh rasa cam nak tepuk meja bangkang woi tipu belaka lagu ni macam mana boleh suka orang sampai ribu riban tahun.Tapi kalau aku duduk sorang-sorang dalam bilik bajet introvert bukak Youtube malam buta fefeeling dengar lagu tu boleh je rasanya suka orang sama ribu riban tahun tu. Akulah orang tu, statik, tak bergerak. Bak kata The Script; The Man Who Can’t Be Moved.

Aku tau kau mesti bergerak, berputar, berubah; aku faham kau yang sekarang bukan orang yang sama dengan yang dulu lagi tak mungkin akan sama kurang-kurang mesti dah buncit tapi perasaan aku statik. Macam mana nak hilangkan ni, kalau tatu permanent pun boleh hilang guna laser treatment sekarang tapi kalau perasaan permanent kalah marker Artline ni macam mana nak hilang?

Tapi, tulah, bumi ni takkan berhenti berputar. Takde laser treatment untuk permanent feeling pun bumi ni takkan berhenti berputar. Satu hari nanti rasanya adalah orang yang boleh bawa aku yang statik ni terbang.

P/s: Fiksyen belaka sebab tu takde xoxo. Kalau nak feel lagi sila tonton 5 Centimeters Per Second. Bolehlah berjejeh airmata sama-sama.

Friday, 29 March 2013

Simptom


"Kau bila nak pinang aku?"
"Pinang? Tunggu lah dulu. Kan kita baru je habis belajar."
"Memang lah, aku tanya je. Bila?"
"Hmm, lepas aku habis sambung belajar. Boleh?"

*senyap*

"Hey, kau okay tak?"
"Aku? Okay je."
"Serius lah. Okay tak kalau kau tunggu aku habis belajar?"

*senyap*

"Aku anak sulung. Ada tiga lagi adik still sekolah."
"Aku tahu tu."
"Kau tak tau."

*senyap*

Aku pun tak tahu nak cakap apa. Bila dia tanya soalan macam tu, biasanya aku buat lawak bodoh, aku tukar topik, kadang-kadang aku cabut lari je terus. Bukan salah siapa-siapa. Betul kata dia, perempuan yang sulung ni kebanyakkannya akan kahwin awal. Tambah pulak, kalau umur perempuan tu lagi tua daripada kita.

Jadi, aku tak boleh nak salahkan dia. Aku bukan nak lambat-lambatkan masa. Cuma nak tentukan masa depan. Kalau boleh, biarlah ada tempat berteduh sebelum ribut petir turun.

Zaman sekarang, semua pun nak dilema. Dilema kahwin lambat lah, dilema kahwin awal lah. Itu lah, ini lah. Nak buat sesuatu tu bukan benda yang senang. Paling tak, bersedia. Bukan main taram je.

Tipu rindu


Dari tadi aku baring terlentang mata memandang ke siling. Silau cahaya lampu. Berkaca mata aku tahan silau. Tak guna, sakit mata aku. Aku diam, baring kaku macam mayat hidup tapi beku. Tak bergerak, tapi kepala otak fikir banyak benda, benda-benda merapu.

Aku baring, layan lagu titanium. Cover version Madilyn Bailey memang mantop habis. Syok betul suara dia sampai aku rasa nak nangis.

"Im bulletproof, nothing to lose. Fire away, fire away. 
Ricochet, take your aim. Fire away, fire away.
Shoot me down, but I won't fall. I am titanium.
Shoot me down, but I won't fall. I am titanium."

Hari-hari aku ulang pasang lagu yang sama. Tak jemu macam orang gila. Tapi tang chorus lah yang aku ingat je. Kalau lah aku kuat, kebal macam titanium. Mesti aku tak jatuh macam ni sekarang.

*hentak kepala atas meja*

Aku taktahu apa yang ada dalam hati aku sekarang. Tapi aku selalu kata kat orang, "Aku betul-betul benci dia sebab dia bangang." Dekat luar orang nampak aku kuat macam badang. Tapi dari dalam aku lembik, kalah sotong tak ada tulang. Rabak aku taktahu lah dah sampai stage mana. Tahap kritikal gamaknya dah sekarang.



Rindu.

Kadang-kadang aku rasa rindu. Tapi aku tipu diri aku, aku convert rasa jadi benci dari rindu. Sebanyak mana rindu tu ada dalam hati aku, sebanyak itulah rasa yang aku tukar jadi benci. Tak ada hati macam kayu. Makin banyak rasa yang aku tukar tu makin sakit jiwa aku.

Hati aku selalu rindu. Tapi aku keep on deny semua rasa tu. Rasa faktab gila. Sebab apa? Sebab aku tahu, aku seorang je yang rasa semua rasa tu. Dia? Entahlah. Mungkin tak pernah terfikir pun untuk rindukan aku. Yela, siapalah aku.

Bila aku rasa rindu, aku berdoa pada Allah selalu. Aku taknak bagitahu pada orang yang aku rindu tu sebenarnya aku rindu. Aku taknak dia tahu. Biar aku dan Tuhan je yang tahu. Kalau boleh, aku mohon rindu ni terhapus. Hapus jauh dari hati dan jiwa aku. Aku dah tak lalu. Penat aku tipu diri aku. Penat aku bohong hati sanubari aku. Makin jauh aku lari dari rindu, makin dekat rindu tu hampiri aku. Macam hantu, aku takut.

"Stone-hard, machine gun. Fired at the ones who run."

Penat aku nak lari. Aku nak lari mana lagi?

Pedih. Kau ingat aku suka rasa rindu macam ni?

Macam celaka tahu?

"Sakit itu perlu."

Ya, aku tahu. Dan sehingga hari ini aku masih mampu tanggung semua rindu tu. Cuma aku, cuma aku dan Tuhan saja yang tahu.

Kau rasa kau layak terima rindu aku? Fikir sendiri kalau kau mampu. Kalau taknak, kau boleh pergi mampus.


Hai


  Hai, saya Syed Hafeez, saya sombong.

  Apabila ditanya apa yang perlu dibuat seterusnya dalam Terfaktab Zine ini, Aqram menyuruh saya untuk memperkenalkan diri dan bercerita tentang pengalaman cinta. Bullshit.

  Saya tidak mahir dalam ilmu memperkenalkan diri jadi saya rasa adalah lebih elok jika ia dilakukan dengan cara yang paling ringkas. Hai, saya Syed Hafeez, saya sombong. Itu saja.

   Saya tidak ada pengalaman cinta yang menarik untuk diceritakan jadi pada hemat saya bahagian bercerita tentang pengalaman cinta ini tidak perlulah diketengahkan lagi buat masa ini.

   Jadi,

   Cinta, pada saya cinta ini lahir apabila kita mula minat, ya, dari minat lahir cinta, dari cinta lahir rasa takut, dan rasa takut biasanya berkait dengan sesuatu yang menyakitkan, dalam konteks relationship biasanya kesakitan berpunca dari kehilangan. Kadang-kadang kita perlukan rasa takut ini supaya kita sentiasa beringat dan berwaspada dalam relationship itu sendiri dan sentiasa berusaha untuk menjadikannya untuk berada dalam satu tahap yang paling baik. Saya cintakan menulis dan penulisan, walau hakikatnya saya masih lagi hijau dalam kancah ini. Saya pernah menulis blog (sudah tutup sebab tak bayar domain) dahulu dan sudah lama meninggalkannya kerana sudah mula hilang spirit untuk meneruskannya lagi, tapi terus terang saya akui, saya cintakan blog itu, macam gampang punya complicated kan rasa dia? Hilang spirit tapi cinta lagi. Setelah sekian lama hilang spirit, tiba tiba saya dipelawa oleh Aqram untuk menulis disini, dan saya memandang ini sebagai satu peluang. Atas dasar takut untuk hilang minat kepada benda benda baik yang saya cinta,saya mengambil peluang ini dan berharap ia menjadi pelantar untuk saya lebih maju! Macam bagus pulak rasa cakap macam ni.

  Saya juga berharap saya mampu untuk menghasilkan sesuatu disini, sesuatu yang memaknakan kembali makna sesuatu agar orang ramai tahu bahawasanya rasa cinta adalah rasa yang sangat sesuatu, dan untuk mengembalikan makna sesuatu dalam rasa yang sangat sesuatu itu bukanlah tugas yang mudah. Kehilangan makna sesuatu dalam rasa yang sangat sesuatu adalah bahana yang sangat dahsyat, pelbagai jenis kemudaratan dan kerosakan boleh berlaku, kerosakan kecil dan kerosakan besar, pada sekecil-kecil invidu dan sebesar-besar alam. Macam gampang, tapi itulah kenyataan. Hilang rasa cinta dalam diri boleh buat kita hilang makna jadi manusia, dan ingat, cinta, bukanlah sekadar pakwe dan makwe.

   Jadi, sekian saja mengenai diri saya, semoga kita berjumpa lagi di lain hari.

   Terima kasih.

Ini Cuma Fiksyen Saya

Tak ramai yang kenal aku dekat luar, aku rasa lah. Jadi, entri pertama aku kali ini merupakan entri memperkenalkan diri sendiri kepada awak-awak semua. Terutama sekali kepada makwe-makwe yang masih lagi tak tidur. Yang masih mengharapkan pakwe-pakwe mereka buat panggilan telefon kepada mereka. Yang masih cemburu dengan kisah cinta pasangan-pasangan lain diluar sana. Atau, yang masih lagi belum kenal erti cinta mahupun cabaran sebenar dalam dunia ini.

Untuk siapa yang nak tahu dengan lebih lanjut pasal aku, aku syorkan korang semua klik link twitter aku pada akhir entri ni nanti. Dari situ,korang boleh lah kenal siapa aku. Aku paling selesa melepak dekat twitter sebab benda alah tu sangat simple dan banyak cerita aku boleh baca setiap hari. Cerita makwe kena sailang lah, cerita pakwe kantoi beromen dengan orang lain lah, cerita publisher buku indie bergaduh lah, cerita politik lah, macam-macam lagi. Twitter ni kadang-kadang jadi bahan untuk aku tulis blog aku.

Cinta,

Okay apa sebenarnya yang aku faham dengan cinta. Yang sebenarnya, aku sendiri pun masih tak faham apa kejadah tu cinta. Aku rasa semua orang pun tak faham, tapi acah-acah faham. Konon doktor cinta. Cinta ni sebenarnya meluas, dari sudut pandangan aku lah. Ia membawa maksud yang menyeluruh dari pelbagai aspek. Tak semestinya cinta je kau nak kaitkan dengan teman wanita/teman lelaki, valentine, cemburu, orang ketiga atau sailang-menyailang. Buka minda. Jangan jadi kolot. Ini sudah masuk 2013. Come on.

Bagi aku, cinta ni macam "kehidupan". Semua yang kau buat dalam dunia ni, semua berkait dengan cinta. Tak percaya sudah. Cuba kau perhati daripada kau kecik, sampai kau besar sekarang. Semua berkait dengan cinta. Apa sebab mak kau lahirkan kau? Sebab cinta mak dengan ayah kau. Apa sebab mak kau hantar kau pergi sekolah? Sebab nak kau pandai, jadi orang berguna. Itu cinta dik, cinta. Apa lagi? Apa sebab Najib kasi baucar buku dekat kau semua? Itu tanda cinta dia kepada kita. Eh?

Aku lebih selesa berkongsi cerita. Maksud "cerita" aku dekat sini, adalah kejadian yang aku nampak dalam hidup aku, depan mata aku, atau yang aku perhati dari jauh, lepas tu aku fiksyenkan dan aku jadikan cerita. Selama ni aku biasa menulis cerita yang tak masuk akal, contoh macam anak paderi bunuh mak dia sebab nak lari daripada syurga, kemudian aku tulis cerita tentang dunia yang nak kiamat tapi ada seorang lelaki ni datang selamatkan dunia, cerita manusia yang terperangkap didalam filem yang dia tengok sendiri.

Dalam kata lain, aku lebih selesa meng-fiksyen-kan kejadian. Itu pun dinamakan cinta, cinta aku terhadap fiksyen. Jangan cakap aku gila. Kau orang pun ada cinta masing-masing, jangan tipu. Apa yang korang suka buat bila bosan? Itupun cinta. Korang sendiri je yang tak perasan. Yang sebenarnya cinta tu ada dimana-mana. Bila dijaga dengan betul, baru dapat rasa lainnya. Kalau dibiarkan, dan diabaikan, pedih jugak yang korang rasa. Jadi, pandai-pandailah mendefinisikan cinta masing-masing.

Jangan ikut definisi cinta orang lain. Anggap ni macam peperiksaan, tak boleh meniru. Lepas tu ada cikgu garang bermisai depan mata kau sambil pegang rotan yang tebal nak mati. Dia tenung je kau jawab soalan definisi cinta tu. Apa korang nak jawab? Bila dah dapat jawapan, definisikan cinta korang dalam ruangan komen ya.

Yang banyak mengajar aku,
https://twitter.com/xallehrazax

Thursday, 28 March 2013

ORANG KETIGA

Dulu orang kata kalau keluar berdating, jangan keluar berdua. Nanti akan wujud ‘orang ketiga’. Syaitan lah tu kan. Tapi sekarang ni terms orang ketiga dah masuk pada era baru. Orang ketiga itu bukan syaitan yang betul-betul syaitan yang ada tanduk merah tu, tapi syaitan yang bertopengkan manusia (ini dalam nada marah). Dan ia lebih merujuk kepada pemusnah hubungan bagi yang bercouple, berkahwin. Dia lebih kurang macam terminator lah. Pantang nampak bahagia orang lain, habis semua nak dimusnahkan. Dan korang-korang yang sedang in relationship tu jejaga. Orang ketiga ni dia wujud di setiap sudut, di setiap masa, di setiap gerak langkah korang-korang tu. But how nak menjaga dan mengelak hubungan korang itu dari dilanda ombak oleh orang ketiga? Hurmmmm….. 

1)      Jangan terlalu selesa dalam perhubungan

FIZIKAL
Bila kita berada dalam suatu perhubungan yang agak lama bertahan, kita selalu akan meletakkan diri dalam zon selesa. Ya, ini satu kesalahan paling besar. Katakan tidak pada zon selesa. Zon selesa tu yang macam mana? Dulu masa di awal  perkenalan; kemain lagi wangi sebatu, cantik berseri-seri, kemas pakaian siap berkasut, baju colar bagai. Bila dah lama sangat dan dah kompem kau untukku dan aku untukmu, mulalah dengan perangai; mandi sehari sekali, kuku potong ikut sempat, selipar tu lah ke tandas, selipar yang itu jugaklah bawak gi dating. T-shirt yang sama dok pakai seminggu 2,3 kali. Yang perempuan pulak, masa awal kenal kemain kurus ala-ala model Victoria Secret. Bila dah lama sangat dan bahagia bagai di alam syurga, mulalah tak sedar diri badan tu macam dipam-pam serupa itu kuih apom. Memanglah kalau dah bercinta, setiap buruk perlu diterima dengan hati terbuka. Tapi kalau masa memula jumpa kau serupa orang tapi makin hari makin bertukar jadi orang utan, sape yang nak tahan kan?

MENTAL
Awal-awal dulu kau punya bahasa bukan main baik, sopan dan sedap didengar. Tak pernahlah nak tinggikan suara, semua apa yang diperkatakan angguk tanda setuju. Tak pernah nak menolak. Iakan saja setiap permintaan. Sekarang kau berdua bercakap pun dah serupa langsi. Bila bergaduh, habis satu blok boleh dengar suara engkorang. Tipulah kalau dalam bercinta tak pernah gaduh kan. Tapi dulu bila bergaduh, lima minit kemudian dah ade adegan pujuk memujuk. Sekarang korang dah bergaduh serupa itu mahu cipta satu lagi perang dunia. Sebab dah terlalu selesa, dalam bergaduh bukan main engkau carutkan aku dan aku carutkan engkau.  Sebab tahu nanti akan berdamai semula. Tapi sampai bila?

2)      Sentiasa ambil tahu

Jadilah busy body sikit ke partner awak tu. Janganlah dibiar dia ke sana ke sini tanpa tak ketahuan mana perginya. Bukanlah nak bersikap mengongkong atau menyibuk dalam setiap pergerakan. Tapi atleast ambil tahu. Mana perginya, dengan siapa dia keluar, pukul berapa nak sampai rumah semula. Sentiasa buat walaupun hubungan engkorang dah cecah 5,6 tahun. Why? Itu untuk menunjukkan yang kita kisah akan perihal dia. Sentiasa ingin dia berada dalam keadaan selamat. Bukan pada awalan korang buat macam tu, bila dah lama-lama mulalah nak buat perangai, lantak kaulah nak pergi mana pun. Bila partner start nak makan luar, masa tu kau nak menyanyi sambil menangis pun orang dah tak hirau.

3)      Sentiasa ada kejutan

Amboi, kejutan macam mane tu? Kejutan beritahu si dia yang ada orang nak masuk meminang? Tapak kakilah jawabnya nanti. Kejutan yang dimaksudkan kat sini lebih kurang macam korang kenalah sentiasa ada sesuatu yang surprise walaupun bukan pada hari ulang tahun atau birthday saja. Kadang-kadang kejutan ni tak memerlukan duit pun. Unless kalau korang tu dah memang kaya sangat. Nak hadiahkan bunga dan coklat tetiap hari. Sekadar puisi yang diselit di merata pun dah cukup okay. Amalkan selalu buat sesuatu yang surprise supaya hubungan yang panjang tidak akan menjadi hambar. Hehari cakap rindu pun tak guna juga kalau rindu yang dilafaz tu dah takde fungsi kan. Jangan jadikan sesuatu itu sebagai rutin. Kebosanan akhirnya nanti.

4)      Jadilah diri sendiri, jangan berubah

Memula dia kenal kau sebagai Emma Maembong tetiba satu hari kau berubah menjadi Abby Abadi. Awalannya aku kenal kau sebagai Ustaz Azhar Idrus dan tetiba satu hari kau berubah menjadi Hugh Hefner. Satu masalah lagi tu. Memang manusia akan berubah tapi janganlah secara mengejut. Dan kalau kau rasa kau mahukan hubungan yang panjang dengan si dia, berubahlah secara sedikit demi sedikit. Biar seiring dan sekata dengan si dia. Berubah ke arah kebaikan tak salah tapi jangan memaksa untuk dia juga perlaku benda yang sama seperti kau. Mungkin seru kau sampai awal dan mungkin seru si dia sampai masa dah nak ajal nanti. Mana kita tahu kan. Itu semua kuasa Tuhan. Dan jika berubah ke arah keburukan, kau jangan terikut-ikut. Jadi diri sendiri. Kita dah dikurniakan dengan akal, maka fikirkanlah mana baik dan buruk. Kita hidup sebagai melengkapi. Itulah gunanya berpasangan. Saling mengingatkan satu sama lain.

 
Banyak lagi cara yang boleh dilaku demi menjaga dan mengelak dari kejadian wujudnya orang ketiga. Itu terpulang pada bagaimana cara korang nak hadap setiap masalah. Tapi kan aku ada sedikit kemusykilan. Bersalahkah orang ketiga itu? Apa orang ketiga itu hanya layak untuk dimaki hamunkan saja kah? Kewujudan orang ketiga itu adakah benar-benar merosakkan perhubungan atau sebenarnya orang ketiga itulah punca untuk merubah segalanya? Kebanyakkan orang hanya memandang yang negatif pada watak orang ketiga. Tapi kalau kita perhatikan secara mendalam, orang ketiga hanyalah satu watak kecil yang hanya wujud demi nak menguji sedalam mana cintamu. Okey, kalau korang nak cakap yang orang ketiga lagi banyak memusnahkan perhubungan, cuba pandang balik pada punca kejadian. Pasti akan patah balik ke diri sendiri. Jangan mudah menuding jari pada si orang ketiga. Kaji diri semula. Mana silap dan kurangnya. Jika hubungan kau runtuh disebabkan orang ketiga, redha dan jangan mendoakan yang karma akan kembali menampar pada orang ketiga itu. Bertenang. Hiduplah seperti biasa. Dan perbaiki diri. Sekurang-kurangnya watak orang ketiga menyedarkan kau dari mimpi indah dan menjadi pengajaran pada kemudian hari. Dan jika dalam setiap perhubungan yang seterusnya sentiasa ada orang ketiga, aku rasa lebih baik kau bertafakur. Mesti ada something wrong somewhere  tentang korang ni. Perihal engkau terlalu baik hingga sentiasa wujud orang ketiga itu hanya berlaku dalam drama atau movie. Dalam kehidupan realiti, nan hado. Sekali lagi kaji diri, perbaiki akhlak. Sejarah hanya akan sentiasa berulang bila kau sendiri masih seperti yang lama. Itu sahaja.

“Cinta kita kukuh, tegap dan bertahan lama. Tiada ombak mahupun badai yang berani menghampiri. Hingga suatu hari wujud  kebosanan dalam hidup. Dan masa itu si dia datang tanpa dipinta.” SD


Mengenali Jenis-Jenis Lelaki

Pada entri yang lepas, aku ada menulis tentang Jenis-Jenis Wanita untuk dijadikan guide line kepada para lelaki sebelum memulakan langkah untuk mengurat awek.

Tak adillah kalau aku hanya menulis untuk kaum lelaki kan? Oleh kerana aku seorang yang tidak sexist dan bersifat penyayang yang tidak berbelah bahagi kepada kaum wanita, maka aku akan buat pula entri buat kaum wanita mengenali jenis-jenis lelaki.

Intro panjang berjela pun tak berguna sebab nanti korang akan tulis TL:DR dekat bahagian komen. Jadi, mari kita menyingkap jenis-jenis lelaki yang kebanyakannya berada di Malaysia


Jenis Kaki Bola

Kalau kamu ajak lelaki jenis ini date masa Sabtu malam atau Ahad malam, memang payah dia nak setuju. Kenapa? Sebab masa tu lah malam EPL akan bersiaran langsung. Kalau dia peminat La Liga okay lagi sebab La Liga kebiasanya kick-off pukul 2-3 pagi.

Setiap kali dia belikan baju kepada kamu, mesti dia bagi jersey bola pasukan kegemaran dia. Memang boleh bergaduh jadinya kalau kamu pakai jersey pasukan musuh ketat kepada pasukan kegemaran dia. 

Kalau kamu memang tak minat bola sepak, akan dipaksanya kamu menyokong team kegemarannya dan meminta kamu hafal nama-nama pemain dalam pasukan kegemarannya itu.

Dia mesti selalu mengajak kamu melihat dia beraksi di padang futsal. Dan kalau dia bertanya "Hebat tak saya score tadi? Ada macam Rooney tak?" Kamu angguk sajalah walaupun kenyataannya bakat dia tak de sikit pun serupa Rooney, dan hanya muka dia yang tak berapa handsome itu sahaja yang menyerupai Rooney.

Tempat dating kegemaran ialah stadium bola sepak (itu pun kalau dia layan Liga Super Malaysia. Daulat FAM!) ataupun kedai mamak yang ada skrin putih besar dan pakej sukan Astro. Senang sikit, boleh dating sambil tengok bola (multitasking). 

Dan kamu akan perasan yang dia akan lebih banyak tengok ke arah skrin putih daripada memandang muka kamu walaupun kamu dah pakai bedak banyak-banyak dan mendedahkan separuh cleavage kamu di hadapan dia.


Jenis Kaki Sukan/Lasak/Adventure

Setiap kali dating, mesti ajak kamu ke tasik. Masa kali pertama dating, kamu excited nak mampus tahap tak inga duniat. Ya lah, dating tepi tasik berdua-duaan. So romantik!!!!!!!!!!!!!

Rupa-rupanya dia ajak jogging. Kena pulak kamu jenis yang memang tak pernah bersukan, memang pancit masa 10 minit pertama joging dan akhirnya dating kamu berakhir dengan kamu terlantar dalam hospital/klinik sebab pengsan.

Dalam setahun, mesti dia akan ajak kamu pergi camping, panjat gunung atau buat apa-apa aktiviti lasak bersama walaupun anda seorang perempuan yang lemah lembut dan tak tahan lasak.

Akibatnya, dalam setahun mesti kamu akan menyumpah seranah dan terpaksa bergelut dengan nyamuk dan agas di dalam hutan. 


Jenis Skema, Nerd dan Geek

Setiap kali ajak dating, lokasi wajib ialah perpustakaan. Hari ni dating di seksyen sastera, esok dating di seksyen sains, lusa dating di seksyen business and economy dan seterusnya. Hanya seksyen agama sahaja yang tak kan menjadi pilihan.

Setiap kali dating, mesti dia akan membawa buku untuk dibaca. Kalau tak pun, bawa buku nota kecil atau kertas kajang yang boleh dilipat dua dan boleh disimpan kemas pada poket atas baju kemeja yang penuh dengan nota (boleh juga dijadikan 'toyol' semasa exam).

Tak perlu risau jika komputer kamu rosak. Dia akan menyelesaikan masalah komputer kamu dengan sekelip mata. Jimat kos. Malahan, ada extra service untuk meng-upgrade-kan komputer kamu dengan percuma.

Lebih suka membaca komik daripada membaca buku novel cerita. Jangan sekali-kali mengutuk filem sains fiksyen di depannya kerana cerita-cerita sains fiksyen merupakan "cerita suci" buat mereka.

Biasanya, Star Wars dan Star Trek adalah cerita utama mereka. Mungkin sekarang si dia sedang sibuk membuat hate page dekat Facebook terhadap Disney yang baru sahaja membeli Lucas Studio dan merancang untuk membuat sequel Star Wars yang baru.

Tak payahlah aku nak tulis pasal game pula. DOTA dah jadi macam game picisan bagi mereka.

Menurut Clive Magazine keluaran September 2010, perempuan sekarang lebih suka memilih geek dan nerd sebagai balak mereka kerana golongan ini lebih pandai menjaga hati wanita dan lebih mendengar perempuan dari golongan lain. 

Dengar cerita, Hannah Tan suka lelaki jenis golongan ini. Jadi, bolehlah aku declare jadi nerd dan geek lepas ni.


Jenis Lelaki Hati Tissue

Balak kamu merupakan peminat setia Twilight Saga yang lebih hardcore dari kamu. Malahan, dia boleh menangis setiap kali menonton Twilight Saga walaupun itu merupakan kali ke-10 balak kamu menontonnya.


Lebih suka menonton filem bergenre Comedy Romantic kerana menganggap filem bergenre action dan penuh dengan effect CGI adalah 'terlalu ganas' untuk hatinya.

Lebih kerap merajuk daripada kamu. Setiap kali kamu bertelingkah, pasti akan berakhir dengan si balak yang menangis dan kamu yang terpaksa memujuknya. Tisu merupakan kawan baik golongan jenis ini.

Suka dengar Sinar FM pada waktu malam dan segmen kegemaranya ialah segmen Cetusan Hati dan Dedikasi bersama Jamal Jamalludi (masukkan bunyi guruh yang macam Jamal Jamaluddin selalu buat itu).


Jenis Hipster

Sebenarnya golongan yang baru popular semenjak dua menjak ini sudah lama wujud, semenjak tahun 1940'an lagi. Budaya ini kemudiannya dihidupkan kembali pada tahun 1990'an dan mula berkembang di Malaysia sekitar tahun 2010.

Golongan hipster ini biasanya merasa diri mereka cool sebab mereka tidak mengikut aliran mainstream, dan ada gaya mereka yang tersendiri, kononnya lah!

Lelaki jenis ini biasanya tak banyak cakap. Mereka tak suka meluahkan perkara secara keterlaluan. Mereka ingat semua manusia ada ilmu membaca fikiran dan menganggap kita boleh paham isi hati mereka dengan bercakap sepatah dua perkataan sahaja.

Mereka akan meminimumkan percakapan mereka. Kalau kamu tanya panjang berjela mana pun, sepatah sahaja jawapan yang akan diberikan. Kamu kena ada daya penaakulan yang tinggi kalau balak kamu seorang hipster. Kerana sepatah perkataan yang diucapkan, mebawa 1001 pengertian. Chewah!

Suka layan muzik Indie walaupun muzik indie itu sendiri sudah mainstream.

Lelaki hipster lebih fashionable dari wanita. Kadang kamu rasa macam out-of-date dalam hal fesyen bila berborak dengan dia. 


Jenis "Ustaz Azhar Idrus idolaku"

Ini tak payahlah aku nak terangkan secara panjang lebar. Inilah jenis lelaki yang kuat agama. Sembahyang tak tinggal, puasa tak tinggal, bayar zakat tak tinggal, pergi haji tak tinggal... Kalau kena tinggal, itu maknya dia tertidur dekat airport.

Astro Oasis adalah saluran TV kegemarannya, termaksuk TV AL-Hijrah. Janganlah sesekali menyebut nama Justin Bieber atau Flo Rida. Memang nama ini asing buatnya. Kalau sebut nama Maher Zain, Raihan, Hijjaz, Ustaz Akhil Hay, baru dia kenal. Lagu moden yang mereka gemari pun hanyalah lagu Anna Rafali, kalau berpacaran kerana lagu tersebut menerapkan cinta dan dating secara Islam.

Kalau kamu ajak dia menonton konsert F1 Gun N Roses, nescaya dia akan memberikan kamu tarbiah yang panjang sebelum membawa kamu ke konsert... Tapi Konsert Malam Cinta Rasul la.

Balak jenis ini biasanya menjadi pilihan dan idaman setiap ibubapa. Susah untuk mengajak mereka keluar ber-dating kerana mereka sangat anti kepada dating kecuali dating secara Islam. Love Till Jannah kata mereka.


Jenis Kaki Perempuan

Setiap kali keluar dating, hand phone mesti di matikan atau di-silent mode-kan. Ini untuk mengelakkan awek yang lain call masa tengah asyik berdating dengan kamu.

Selalu salah sebut nama kamu. Kalau nama kamu Sarah, mesti salah sebut nama lain. Bukan sekali salah sebut, banyak kali pulak tu dan dengan 2-3 nama yang berlainan.

Mempunyai koleksi adik angkat sama banyak dengan jumlah kontinjen atlet Malaysia yang bertanding di Sukan Olimpik London 2012 (If you wonder how many Malaysian's Athlete in London, it's 30). Itupun entah betul adik angkat. Kot-kot, itu semua skandalnya.

Bermulut manis, pandai berkata-kata, bijak bermadah dan pandai memujuk. Jangan kamu ingat dia seorang yang romantik sebab mempunyai ciri-ciri di atas. Ada udang disebalik batu. Kata-kata madah dan romantik yang dia gunakan pada kamu adalah hasil ayat recycle dari ayat yang sama digunakan untuk tackle awek lain.

Sentiasa menjaga penampilannya, rambut sentiasa tersisir kemas, baju sentiasa bergosok tanpa ada satu kedut dan sentiasa wangi bermandikan sebotol perfume. Tapi jangan ingat dia berkemas untuk kamu. Sebenarnya dia berkemas untuk perempuan lain yang ditemui semasa enak ber-dating dengan kamu.

Lebih banyak memandang perempuan lain daripada menadang kamu semasa sedang dating. Bila kamu tanya, dia akan cakap, "Oh, itu kawan sekelas saya", "Itu sepupu saya" dan macam-macam saya lagilah.

Tapi biasanya, lelaki yang kaki perempuan ini akan jadi lelaki takut bini bila lepas berkahwin. Jadi, kalau kamu ada cita-cita menjadi permepuan yang dominan dalam perkahwinan, carilah lelaki jenis ini. Tapi mahu berendam air mata juga sepanjang proses percintaan nanti.


Jenis Kaki Politik

Dalam seminggu, mesti ada sekali dia ajak kamu ber-dating sambil pergi ceramah politik. Setiap benda yang dibualkan dengan kamu mesti nak dipolitikkan.

Kalau kamu menyokong parti lawan, memang boleh jadi perang besar. Habis segala fakta dan sejarah (yang entah betul entah tidak) dikoreknya. Kalau dia menyokong BN, memang dikutuknya Anwar Ibrahim sebagai peliwat dan ejen Yahudi. Kalau dia menyokong PR, memang dikutuknya Najib sebagai penghabis duit rakyat dan takut bini.

Buat masa sekarang, agak payah untuk kamu ajak dia berdating. Almaklumlah, dia sedang sibuk dengan persiapan pilihan raya walaupun dia hanyalah sekadar penyokong biasa tapi menyibuk macam dia yang nak bertanding nanti.

Dan setiap kali kamu call dia sekarang, pasti perbualan akan berakhir dengan soalan "Awak agak, bila tarikh pilihan raya nanti?"


Jenis Anak Ikan

Dalam usia baru berusia 20 tahun, balak kamu sudah mampu membawa kereta mewah berharga RM 100 ribu ke atas walaupun balak anda hanyalah seorang student semester ke-4. Yang paling pelik, dia bukannya datang dari keluarga yang kaya.

Segala pakaian dan barangan yang dipakai oleh balak kamu dari kasut sampailah ke hujung rambut, semuanya dari jenama yang mahal. Bila kamu tanya, "Dari mana awak dapat duit beli semua ni?". Dia akan tersenyum dan berkata, "Ada mak cik saya belanja."

Kawan-kawan perempuan balak kamu semuanya datang dari golongan lanjut usia dan sebaya dengan emak kamu dan semuanya mempunyai pangkat 'Datin' dipangkal nama. Malahan, pergaulan dan perbualan antara mereka agak 'mesra' untuk ditafsirkan sebagai pernbualan antara 'anak saudara dan mak cik'.

Bila kamu tanya, "Siapa tu?". Dia akan jawab, "Mak cik saya." Kamu tanya lagi, "Mak cik sebelah mak ke, sebelah ayah?". Dia akan jawab, "Mak cik jauh. Bau-bau bacang. Awak tak kenal."

Apa yang kamu tak tahu, balak kamu diperlakukan seperti buah bacang di ranjang datin-datin tersebut.


Jenis Metroseksual 

Juga dikenali sebagai lelaki metropolitan. Lelaki jenis ini biasanya sangat fashionable, up-to-date, menjaga hygiene dan penampilan diri, sering mengemaskan diri dan sewaktu dengannya.



Kata orang, lelaki jenis ini mempunyai perangai dan penampilan seperti gay, cuma dia masih suka kepada perempuan.

Kalau kamu pergi bershopping dengan dia, jangan berharaplah dia akan menolong kamu mengangkat beg-beg shopping kamu kerana dia sendiri bershopping tak ingat dunia. Silap-silap, kamu yang terpaksa menyerah kalah kepada dia.

Untung mendapat lelaki jenis ini ialah mereka akan menjadi teman kepada kamu ketika ingin pergi ke saloon, membuat facial, membuat manicure dan pedicure bersama... Banyak dapat luangkan masa bersama. Lelaki jenis ini juga amat memahami hati dan perasaan seorang perempuan.

Kelemahan lelaki ini adalah biasanya mereka amat mementingkan kesempurnaan. Kalau rambut yang disikat senget sikit, memang dia akan cuba sikat sampai tegak. Kalau tak berjaya, memang on the spot dia buat keputusan nak jumpa stylish.

Pesaing kamu apabila mahu mengurat lelaki jenis ini bukanlah datang dari kaum perempuan. Tapi dari kaum lelaki yang gay.


Jenis Gay

Kalau dia langsung tak pernah curi pandang amoi pakai skirt pendek paras peha atau awek Melayu yang mendedahkan cleavage ranum ketika keluar ber-dating dengan kamu, itu bukan setia tapi gay!

Kalau dia selalu berkata "Tough betul badan laki tu", "Jambu betul balak kawan awak tu" atau "Besar betul bontot balak tu" lebih kerap dari berkata "Licin sungguh peha amoi tu", "Besar betul breast awek tu" atau "Cutenya dia tu, macam Leah Dizon", itu bukannya dia setia. Tapi dia gay.


Jenis Lelaki Tangkap Gambar Dalam Toilet

Carilah lelaki lain. Lelaki jenis ni kalau kamu jumpa, bagi pelempang maut sebijik.


Ada yang aku tertinggal ke? Sila tulis dibahagian komen.

Wednesday, 27 March 2013

You Are Worth It.




You deserve someone better. Bukan orang macam saya yang awak patut ada.

Fuck you!

Ke kau nak cakap,

Aku boleh dapat lagi baik dari kau. So, senang cite kau cari lah lain.

Sial.

Aku tak pernah cakap dekat ex-bf aku atau orang yang aku reject macam tu. Entah. Maybe sebab aku rasa, dia pun tak lah baik mana, so tak payah nak acah-acah konon boleh dapat lagi baik dari aku. Tapi bukan lah bermakna aku ni dah cukup baik sampai kau tak kan dapat lebih dari aku. Tak. Sumpah bukan. Aku ni pun boleh tahan jahat jugak perangainya. Kira seri lah.

Ayat boleh dapat lagi baik lah, apa lah ni semua klise. Kau fikir balik, kalau memang dia boleh dapat lagi baik, kenapa dia still pilih kau. Kenapa dia still nak stick dengan kau sedangkan berderet kat luar tu yang kau cakap lagi better dari kau. Kau pernah fikir tak? Aku tak rasa dia bodoh, dan aku tak rasa dia buta sampai tak sedar wujudnya manusia lain yang lebih hensem, baik, kaya, cun dan hot dari kau.

Bila dia ada pilihan yang lagi baik dari kau yang Gred A, tapi dia still pilih kau yang Gred B or Gred C, rasanya kau dah boleh nampak apa yang dia sebenarnya nak. Dia tahu apa yang dia cari. Tak payah tunggu kau cakap, dia boleh cari sendiri. Isunya, dia tak nak yang lagi baik tu. Dia nak kau. Ada sesuatu yang dia nampak kat diri kau yang kau sendiri pun tak tahu apa yang dia berkenan sangat.

Kalau nak ikutkan, takde siapa yang sempurna dalam dunia ni. Macam aku sendiri, aku tak sempurna mana pun. Makanya aku pun tak mencari seseorang yang sempurna. Cukup sekadar aku selesa dengan dia. Dalam hubungan tu kan saling melengkapi. Kalau aku sempurna, tak payah lah aku cari pasangan. Dah semua aku ada. Kalau aku nak cari yang sempurna pulak sah sah sampai kiamat pun memang tak dapat lah cerita dia. Jadi, takde isu aku tak sempurna untuk kau dan kau tak layak untuk aku.

Orang keliling pun kekadang mulut kemain boleh tahan jugak. Cakap tak pandang kiri kanan. Ikut sedap mulut. Suka hati nak jatuh hukum orang ni tak sesuai dengan orang tu. Orang ni boleh dapat lagi lebih dari orang tu. Kau punya pasangan tu elok sangat ke? Kira kau dengan pasangan kau tu dah habis ngam lah match dia sampai cakap orang lain tu tak layak untuk each other? Ptuih!

Tuhan tu Maha Adil. Dia ciptakan manusia secara berpasangan. Kau lack in something, macam tu jugak dia lack in something. But both of you still can meet at some point. Orang boleh cakap apa pun dekat kau. Tolak tuah, tak realistik, cinta buta. Aku cakap dengan kau, persetankan je semua tu. Diorang yang pandang tu tak tahu apa yang ada dalam hati kau. Diorang tak tahu apa yang kau rasa. Kau biar je. Penat kang berhentilah tu.

Jadi, terus tenang dan jangan ulang ayat celaka tu lagi.

Tuesday, 26 March 2013

Million Pieces Of Broken Heart


For the time that we cherish together,
Thank you.





Segala rasa cinta yang awak pernah hamparkan pada saya, saya sangat menghargainya. Segala kesakitan yang awak bagi sekarang macam satu umpitan racun. Awak pergi tanpa kata, tanpa sebab. Saya berdiri, ya masih sendiri. Kadang- kadang kepala saya sakit bila teringatkan kenangan kita, bila teringat awak. Saya telan panadol 4-5 bijik sehari untuk lupakan awak. Tutup mata, tahan air mata.

Siapa suruh awak terbang ke hati saya? Saya tak pernah mintak pun. Kenapa terbang ke hati lain bila awak dah ada hati saya untuk berteduh? Hari- hari saya, saya lalui dengan semangat yang kental tanpa tangan awak. Senyum, beri harapan palsu untuk diri sendiri bersandarkan cerita kita dulu. Saya tak sanggup, tak sanggup mengakui yang saya dah takde dalam hati awak.

Di kala tangan saya sedang menaip ni, air mata saya tak pernah berhenti. Kesat air mata, cari kekuatan. Kalau semudah ni awak lupakan saya, baik jangan kenal saya langsung. It will hurt less if we don’t meet at all. Saya tak menyesali takdir tapi saya sakit. Saya sakit sangat. Sometimes, saya harap bila balik dari sekolah, saya akan accident supaya saya hilang ingatan tentang semua. Semua ingatan tentang awak dan kita.

Hari ni saya nampak awak lagi, awak nampak gembira. hidup awak sempurna kan sayang? Maaf kerana kehadiran saya mungkin merimaskan awak. Cinta saya mungkin menyesakkan dada awak. Kata- kata saya mungkin meloyakan awak. Sampai awak sanggup pergi…………. Pergi dari saya. Membiarkan saya sendiri. Luka ni akan sembuh sendiri. Saya tahu, it’ll just take some time. Not some time maybe, its forever. It takes forever to forget you.

I have no choice and I'll let you go. Saya dapat tahu yang awak ada kat Kedah now, pergi merisik. Merisik yang baru, tahniah :)

Sunday, 24 March 2013

Curang atau setia. Pilih satu.

"Bukan semua benda yang kau nak kat dunia ni kau akan dapat, kadang-kadang benda yang paling kau nak lah benda paling susah kau nak dapat." 

Orang kata senang je sebenarnya nak setia. Jaga hati, jaga mata, jaga nafsu. Semua tu dah jamin kesetiaan. Itu orang lah yang cakap, bukan aku. Tapi ramai orang salah. Kalau setia tu satu benda yang senang. Kenapa wujudnya perkataan curang? Sebab apa? Sila fikir guna akal bukan guna hati.

Ikut hati sendiri. Kalau aku tanya kau, kau, kau, dan kau. Semestinya kau akan mengaku kau setia. Betul tak? Macam mana setianya bintang pada bulan. Sibuk nak ikut cara bintang setia kat bulan. Bila tengah hangat bercinta, tak pun masa belum dapat. Bukan main "lautan api pun sanggup ku redah demi cinta ku padamu."  Amboi. Lautan neraka pun belum tentu lepas. Entah lepas ke tidak kan. Tak payah lah nak bermadah sangat. Geli. Puihhhhh.


Kalau aku tanya kau pasal setia. Mati-mati kau mesti akan kata, "mesti lah aku setia." Tapi kau tahu apa yang ada dalam hati orang lain? Tidak? Orang lain tahu apa yang ada dalam hati kau? Ya. Jawapannya juga tidak kan? Kadang-kadang kita sendiri tak pasti hati kita akan berubah ke tidak nanti. Inikan hati orang lain. Ye dak?

Memang semua orang boleh cakap, senang sangat untuk setia. Tapi bila nak tunai ikut cakap sendiri sebenarnya tak semua orang mampu buat. Apa yang aku boleh kata, "cakap tak kena bayar, memang semua orang boleh cakap. Kalau cakap tu kena bayar, kau mesti taknak cakap apa-apa."

Bukan aku nak kata aku curang, tak. Aku pun tak kata lah aku ni setia bagai nak rak. Sebab pada aku orang yang ye ye je cakap dia setia tu lah orang yang akan curang akhirnya. Nak buktikan diri setia bukan dengan main cakap je, buktikan dengan perbuatan. Kau cakap buat announcement kepoh sana sini kata kau setia pun tak guna juga kalau action tak ada. Apa yang kau patut buat adalah diam, tunjuk bukti. Jangan banyak cakap tapi haprak pun tak ada. Cakap lebih lebih, lastly sendiri yang curang. Takut nanti mati. Bukan mati sebab kena tetak, tapi akal mati sebab makan cakap sendiri.

Setia atau curang itu pilihan sendiri. Ikat sekuat mana, belum tentu tak lari. Lepas sejauh mana, belum tentu boleh kembali.

How to deal with your boyfriend's psycho ex-girlfriend?

Okay, kau baru kenal sorang lelaki ni and kau betul-betul suka dia. Satu hari, dia cerita pasal ex-girlfriend dia. Dia bagitau yang dia break dengan ex dia sebab ex dia buat hal macam-macam. Kau pun senyum simpati, pujuk dia. Dalam hati kau cakap, "I would never treat you like that if I was your girl." Chewah.

Psycho ex-girlfriends ni ada dekat mana-mana, macam orang biasa yang kau nampak setiap hari. Bila kau tengah hidup aman, masa tu lah dia muncul mengacau. Aku ada pengalaman dengan psycho ex-girlfriend ni, bukan sekali. So, aku rasa aku layak nak bincang masalah ni and bagitau macam mana aku handle issue ex girlfriend(s) yang psycho.

#1 Be Supportive
Bila boyfriend kau tengah meluahkan perasaan pasal ex dia yang psycho, kau kena pandai pujuk dia. Boyfriend aku punya ex, ada sorang tu tahap gila pernah sebarkan benda bukan-bukan pasal boyfriend aku. Cakap boyfriend aku mengandungkan dia la, ramai perempuan la. Apa kau kena buat, jangan nak melenting maki ex girlfriend dia tu, but instead kau cakap la dekat boyfriend kau yang kau percaya dia dan kau tau boyfriend kau tak buat semua tu. 


#2 Bersimpati
Kau mesti ada kawan yang jadi gila meroyan lepas break up jugak kan? Aku takde sebab kawan aku semua cool dan high-class bitches. Tapi kau bayangkanlah kalau best friend kau perangai gila macam ex girlfriend boyfriend kau, mesti kau akan back up best friend kau kan? Kau mesti takkan cakap best friend kau psycho. Betul tak?

Kalau kau belikan best friend kau chocolate sekotak masa dia tengah nangis-nangis meroyan gila lepas break up, kau buat lah benda yang sama dekat psycho ex-girlfriend tu. Bersimpati lah dekat dia, sebab dia pun perempuan. Tapi kalau aku, aku simpati je. Chocolate aku makan semua.

#3 Jangan contact
Kalau psycho ex-girlfriend hanya contact boyfriend kau dan tak pernah call or text kau, kau takyah memandai nak contact dia. Jangan tiba-tiba nak call dia tanya dia apa masalah dia, apa jadi antara dia dengan boyfriend kau, biarkan. Kau jangan sama nak meroyan. Kau please buat relaks, maintain cantik.

#4 Stay classy
Ceritanya, ada ex-girlfriend yang tahap psycho pernah ugut nak terjun bangunan kalau boyfriend aku tak datang jumpa. Aku cakap dekat boyfriend aku, takyah jumpa. Alhamdulillah, ex-girlfriend dia masih hidup. Lepas trick terjun bangunan tak jadi, dia kata dia kena kanser pulak. Konon nak bahagia sebelum mati, dia nak balik dekat boyfriend aku. Alhamdulillah, aku dah pun break dengan boyfriend aku yang percaya cakap ex-girlfriend dia yang masih sihat walafiat tu.

Tapi boyfriend baru aku pun ada pyscho ex-girlfriend. Apalah nasib aku, haha. Ada yang text/sms boyfriend aku menyamar jadi "kawan", cakap ex-girlfriend dia dah nazak sangat, asik sebut nama boyfriend aku je. Aku cakap dekat boyfriend aku, doa dari jauh je la. Trick nazak tak berjaya, dia text/sms boyfriend aku menyamar jadi "kawan", cakap dia dah meninggal. Suruh boyfriend aku datang melawat. Aku seperti biasa, suruh doa dari jauh. Doa dimakbulkan mungkin, dia masih hidup dan mungkin tengah fikir nak buat trick dah bangkit dari kubur.

Kau nampak tak apa yang aku buat? Stay classy dan ignore je perangai psycho ex-girlfriends ni. Lagi kau layan, lagi gila dia jadi. So, kau keep calm. Aku ada cara nak tenangkan jiwa, kau ada? Kalau takde, meh lepak dengan aku.

Saturday, 23 March 2013

Palsu


" Kau nak lelaki macam mana?", tanya S si bestfriend aku. 

Langit aku renung, pandang rumput sambil senyum. Soalan biasa tapi macam pelik bila kau cuba untuk fikir jawapan yang sesuai, sebab sebenarnya kau pun tak tahu. Tapi aku jawab, " I want a good guy, a guy that can makes me laugh.". Eventually bila umur dah makin meningkat, our prince charming harus bertukar dari mimpi ke realiti. Realistik. Bak kata mak, " A just-good-guy cannot put a plate of rice on the table" . Maka akhirnya kita cari putera yang berkerjaya, pakai kemeja, dan mampu beri duit hantaran yang boleh dicanang oleh mak seluruh kampung. Pastu kita akan hidup happily ever after.

Yeke?

It turns out sebenarnya, realiti ni complicated sikit. Aku renung dia, dalam diam cakap sorry dalam hati. Aku hembus nafas, berat rasa dalam dada. Separuh berbisik aku bertanya dalam hati, mana cinta? Mana sang Cupid, kenapa kau tak panah hati aku dan dia? Untung sebenarnya aku dapat dia, bila difikirkan balik hidup aku senang. Dia layan aku baik, gentleman, makan pakai pun dia mampu tanggung. Fuuh, persis jejaka idaman kan? Mana nak cari lelaki macam tu zaman sekarang wei. Susah!

But this is not love, I know.
Mungkin sebab tu aku tak rasa apa yang sepatutnya aku rasa.

Tapi pelik juga bila aku cakap ini bukan cinta. Kenapa masih dengan dia aku bertahan? Dua tahun tiga bulan bukan sekejap, kan bro? Jatuh naik rebah bangun dia semua ada aku. Yang mana dia suka, benci, semua list ada dalam poket. Rahsia dia aku pegang, sampai parut kat badan dia pun aku dah hafal. Tapi entahlah, aku tak rasa ini cinta.

Orang lain kata aku gila. Kalau ini bukan cinta, kenapa aku berdiri sama rendah sama tinggi dengan dia? Berkorban masa dan duit, jarak aku dengan dia pun bukan dekat. Tapi kalau ini yang kau definisi kan sebagai cinta, aku ketawa. Ini bukan cinta, ini pengorbanan. Kenapa ada pengorbanan? Sebab rasa obligated. Sebab aku rasa ini benda yang aku harus buat bila dapat tittle girlfriend. Tanggungjawab, datang bersama pakej relationship.

Sayang dan rindu? Haha. Itu perkara biasa. Kalau mahu bicara pasal dua benda ni, itu kena tepuk dada tanya kalbu. Kenapa rindu dan sayang membuak buak? Kenapa jantung berdegup laju? Sebab itu nafsu. Kalau betul cinta, mana pergi dua benda tu bila teringat mak bapak? Kenapa semakin lama kau dengan dia, dua benda tu semakin berkurang? Senang. Itu bukan cinta.

Aku masih renung dia. Lama.

Bila diingat balik semua yang aku sanggup redah untuk dia, ya mungkin orang akan cakap itu cinta. Tapi bagi aku bukan. Mungkin aku yang buta, jahil tentang perasaan sendiri. Aku mengeluh perlahan. Dia hembus perlahan asap rokok, pandang aku sambil tersenyum. Yang pastinya sejak azali aku benci benda bernikotin tu, tapi aku senyum aja kembali. Kau rasa ini cinta?

Maybe he's my Romeo but I'm not his Juliet. 
Tapi entah, aku diamkan aja. Moga Tuhan cepat alihkan hati dia dari aku.

Friday, 22 March 2013

Deserve



Deserve. Aku cari kat Google dia kata makna deserve tu ialah “do something or have or show qualities worthy of (reward or punishment)”.

Hmph okay.

Bila suka kat orang yang alim, yang warak, yang hafiz al-Quran; yang besar kemungkinan nak penyejuk hati yang berlitup sempurna, pergaulan minda hati semua dijaga, bila cakap suara halus yang keluar; dikatanya aku tak deserve orang sebaik dia.

Bila suka kat bad boy, yang ramai kawan perempuan, yang pergi gig dan konsert bersilih ganti, tak sah kalau tak balik rumah bila nak masuk Subuh; yang besar kemungkinan nak gadis semasa yang urban, yang boleh sekepala dengan geng dia, yang up-to-date dengan the latest trend; dikatanya aku deserve someone better.

Bila suka kat orang biasa, yang takdelah handsome mana kalau kau nak mengaku suka kat kawan-kawan kau pun mesti diorang gelak sebab macam takde sebab untuk disukai pun, serba sederhana semua senang cerita your typical average Joe; dikatanya you can do soooo much better babe.

Bila suka kat orang hansem gilo, yang bila kau jalan sebelah dia nanti orang bisik-bisik “eeee perempuan macam tu je awek dia?”, bila dia jalan-jalan nak pergi shopping pakai tshirt pagoda lusuh dengan selipar jamban konon hipster tapi baru bangun tidur pun orang buat double take; dikatanya tak sesuailah nanti aku yang sengsara.

And ada ni pulak,


Habis tu kalau aku rasa aku deserve orang muka cam Adi Putra acane? Habis tu kalau replika-replika Adi Putra kat Malaysia ni pun semua dah kahwin habis tu siapa yang aku deserve? Siapa yang deserve aku? Replika Aaron Aziz ke? Kalau replika Aaron Aziz tak wujud kat Malaysia acane pulak?

K susahnya jadi manusia yang perlu deserve-mengdeserve ni.

xoxo,
Gasip Gol.

P/s: Kalau replika Adi Putra semua tak aku deserve dan tak deserve aku, maka aku mohon aku dengan Iedil Putra deserve each other :')

Thursday, 21 March 2013

Rabak



Rabak itu sakit,
Rabak itu juga perit.
Rabak itu luka,
Rabak itu juga kecewa.
Rabak itu patah,
Rabak itu juga terpisah.
Rabak itu kosong,
Rabak itu juga lopong.
Rabak itu panah,
Rabak itu juga musnah.
Rabak itu sadis,
Rabak itu juga tangis.

Hati sakit, pahit menahan perit.  

Hati luka, rasa hampa kecewa.

Jiwa patah, raga terbelah terpisah.  

Jiwa kosong, tinggal kesan lopong.  

Harapan dipanah, impian hancur musnah.

Luka cukup sadis, sebak penuh tangis.


Kawal, Bebas, Percaya, Setia. Mana Satu?




Kau rasa apa yang paling penting dalam hubungan?

Diam. Fikir. Dapat jawapan. Boleh jadi kau setuju, boleh jadi tak. Terpulang.

Bagi aku benda paling penting dalam hubungan adalah kepercayaan. Kenapa aku cakap macam tu? Sebab dari kepercayaan tu la datangnya kesetiaan. Percaya dan setia tu sangat berkait rapat antara satu sama lain. Kalau ikut istilah ekonomi, percaya dengan setia ni macam barang pelengkap. Kalau takde satu, satu lagi tu macam takde makna. Lebih kurang gitu lah.

Mak aku selalu cakap,

Dalam hubungan ni, kita kena macam main layang-layang dengan pasangan kita. Kena pandai tarik dan lepas. Kalau kau nak layang-layang kau kekal terbang, kau kena tahu lah bila masa kau nak lepas dan bila masa kau nak tarik. Kalau tak, jatuh tersembam lah layang-layang kau.

Kau faham maksud mak aku tu?

Orang selalu duk gebang, bebas tu hak milik individu. Macam tu jugak dengan pasangan kau. Kau kena bagi dia ruang untuk diri dia jugak. Bukan setiap masa kena ikut arahan dan permintaan kau yang kadang-kadang tu tak masuk dek akal. Dari celik mata sampai tutup mata semua nak kena cerita, semua nak kena report. Sesak nafas kau tahu. Kalau bf kau suka lepak dengan member, futsal, snooker dengan kengkawan lelaki dia, biarkan. Kalau gf kau kekadang nak girls day out, shopping, movie. Biarkan. 

Bila aku kata biarkan tu tak bermakna aku suruh kau biarkan terus sampai tak endah dia keluar dengan sapa, pergi mana, buat apa. Bukan. Kang lain jadi kau jugak yang susah. Kau masih kena amik tahu semua tu. Cumanya bagi dia kebebasan untuk dia buat apa yang dia nak, apa yang dia suka. Bukan ini tak boleh, itu tak boleh. 

Kau lepaskan dia bila dia nak get some fun dengan kawan-kawan dia. As long as dia bagitahu kau mana dia pergi dan dengan sapa tu pun dah kira cukup. Tak perlu lebih sampai soal siasat macam pegawai polis soal tahanan. Lepastu tak payah lah asyik call tanya bila dia nak balik. Kau ingat dia anak kau ke apa. Kalau orang buat kau macamtu pun confirm kau rimas kan. Kalau lelaki tu sah sah kena bahan dengan member sebab takut awek. Tak memasal. Tercalar jugaklah maruah kan.

Dan kau kena tarik dia balik bila kau tengok dia macam terlalu leka dengan benda sekeliling. Boleh jadi dia asyik keluar dengan kengkawan sampai takde masa untuk kau. Atau dalam satu situasi dia lebih memilih untuk keluar dengan kengkawan dari date dengan kau. Sadis tak? Kat situlah kau kena main peranan. Dan kau jugak kena tahu macam mana cara nak tarik. Bukan main redah je. Salah cara tarik kang rosak layang-layang. Kan?

Dalam sedar atau tak, bila kau lepaskan dia untuk keluar dengan orang lain, kat situlah terletaknya kepercayaan kau kat dia. Dan itulah masanya nak uji tahap kepercayaan kau dan kesetiaan dia. 




Dalam hubungan, aku berpegang dengan satu prinsip,

Jauh mana dia pergi, tinggi mana aku lepaskan dia, kalau dia tahu siapa dia dengan aku, dia akan tetap setia dengan aku. Tapi kalau macam mana aku ikat dan kawal dia sekalipun, kalau dia tak tahu mana letak duduknya dia dengan aku, dia tetap akan curang dan cari lain. 

Aku tak suka nak control bf aku ikut cara yang aku suka. Sebab bagi aku kalau betul dia matang dan sayang aku, tak payah aku asyik nak jaga langkah kaki dia. Dia sepatutnya tahu apa yang boleh dan apa yang tak boleh dengan status dia. Kalau dia dah pandai nak bercinta, sepatutnya dia dah tahu tanggungjawab dan komitmen yang sepatutnya dia beri untuk aku. Sebab macam mana sekalipun aku jaga gerak geri dia, ingatkan dia itu ini, kalau dia tak tahu siapa aku dengan dia pun tak guna jugak. 

Eh, kau tahu tak. Kekadang, orang yang kita biar dia lepas tu lagi tahu jaga diri dan status dia dari orang yang kau control bagai nak mati tu tau. Serius. Sebab kekadang, lagi ketat kau ikat dia, lagi pandai dia 'makan luar'.  

Memang tak mudah nak percaya ke pasangan sendiri bila dia dengan orang lain. Nak nak kalau dia ramai kawan berlainan jantina dengan dia. Kang kalau tersangkut pulak dengan orang lain padah jugak ye dak. Tapi kau kena percaya kat dia. Dan kau pun kena cuba matang. Sampai bila kau nak control dia. Sampai satu masa, kau akan rasa penat untuk control dia.

Bila kau biarkan dia buat apa dia suka, pergi mana dia nak pergi tu bukan bermaksud kau tak endah pasal dia. Tapi kau bagi dia ruang untuk bernafas dan berseronok tanpa kau. Bagi aku tu tak salah. Kau sendiri pun boleh dapat ruangkan masa untuk diri kau sendiri. Eh, macam mana sekalipun, korang perlu masa untuk diri sendiri tau. Kau kena tahu tu.

Bila kau nak bagi kepercayaan tu biar kena dengan masanya. Bukan main bagi tak tentu hala. Dan untuk pihak yang dah diberi kepercayaan tu pun jangan ambik kesempatan. Secara timbal balik, kau setia dengan dia. Tak susah pun. Tak susah lah kalau kau tak gatal. Kalau kau gatal memang susah lah cerita dia. 

Percaya ke pasangan tu penting sebab kalau takde kepercayaan hubungan kau tak kan kemana. Kawal pasangan tu boleh tapi biar kena cara. Lepaskan pasangan tu perlu bila ada masanya. Dan setia tu tertakluk atas pilihan kau. Titik.